window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Avanza mabuk rempuh motosikal EX5, seret 1.5 km. Penunggang maut

Mersita ยท Mar 2, 2021 03:00 PM

Pemandu Avanza mabuk rempuh motosikal EX5, seret 1.5 km. Penunggang maut 01

Kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin bertambah apabila seorang pekerja kilang maut setelah motosikal Honda EX5 ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh pemandu kereta Toyota Avanza yang memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Sungai Lembing, Kuantan pada awal pagi semalam (1 Mac), kira-kira 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa, Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng terlibat dalam kemalangan itu ketika mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke rumah keluarganya di Kampung Padang.

Pemandu Avanza mabuk rempuh motosikal EX5, seret 1.5 km. Penunggang maut 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pemandu MPV itu dipercayai memandu dalam keadaan laju sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa mengakibatkan mangsa terpelanting ke cermin hadapan kenderaan suspek.

“Suspek berusia 26 tahun itu kemudiannya menyeret motosikal mangsa dan terus memandu sejauh kira-kira 1.5 kilometer sebelum berhenti di hadapan rumah ahli keluarganya,” katanya.

Mohamad Noor berkata pegawai penyiasat trafik dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan berjaya menahan suspek. Suspek yang juga sedang menganggur itu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had dibenarkan ketika memandu.

Pemandu Avanza mabuk rempuh motosikal EX5, seret 1.5 km. Penunggang maut 01

“Suspek kini direman sehingga 4 Mac ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih RM100,000,” katanya.

Bedah siasat mangsa akan dijalankan selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diperoleh. Takziah kami ucapkan pada keluarga mangsa.

Sumber berita: Utusan Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda