window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Avanza mabuk mengaku tak bersalah sebabkan mangsa meninggal, ikatjamin RM 10k

Mersita ยท Mar 5, 2021 04:00 PM

Pemandu Avanza mabuk mengaku tak bersalah sebabkan mangsa meninggal, ikatjamin RM 10k 01

Susulan laporan kami beberapa hari lalu tentang pemandu Toyota Avanza mabuk yang melanggar Muhammad Akmal Hakim Misnan (22) sehingga menyebabkan kematiannya di Jalan Sungai Lembing, Kuantan pada awal pagi 1 Mac, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan semalam (4 Mac) atas tuduhan di atas.

Tertuduh yang berasal dari Ipoh, K Mandave Singh (25), walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Mandave didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu Avanza mabuk mengaku tak bersalah sebabkan mangsa meninggal, ikatjamin RM 10k 01

Sebelum pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Namun, peguambela Farah Naz Kumar yang mewakili tertuduh memohon supaya ikat jamin dikurangkan atas sebab anak guamnya tidak bekerja. Majistret Nor Izzati kemudiannya membenarkan tertuduh diikatjamin RM 10,000 dengan dua penjamin.

Beliau juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan, menyerah pasport kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai sebutan semula kes.

Pemandu Avanza mabuk mengaku tak bersalah sebabkan mangsa meninggal, ikatjamin RM 10k 02

Tertuduh didakwa melanggar mangsa dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa terhumban dan cedera parah di kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Mandave yang dikatakan tidak sedar akan perlanggaran itu kemudiannya mengheret motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa sejauh kira-kira 1.5 km sebelum berhenti di hadapan rumah keluarganya.

Tertuduh yang juga sedang menganggur itu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had dibenarkan ketika memandu.

Sumber berita: Kosmo

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda