window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat!

Khairil · Mar 7, 2021 06:00 PM

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 01

Selain penunggang motosikal, pembonceng adalah golongan paling berisiko atas jalan raya. Malah, ada kajian mendakwa pembonceng lebih mudah untuk berdepan kecederaan apabila berlaku kemalangan berbanding penunggang itu sendiri.

Ada pelbagai faktor mengapa ia berlaku. Antaranya ialah pembonceng memang bergantung kepada kemampuan penunggang terhadap keselamatan mereka dan ada kes, pembonceng memang tidak ambil tahu mengenai keadaan sekeliling. Tahu-tahu saja sudah tergolek.

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 02

Jangan ikut tindakan ini, salah dari sudut undang-undang.

Malah dalam banyak kes, ramai diantara pembonceng sememangnya tidak bersedia untuk menghadapi impak kemalangan. Ia berbeza dengan penunggang yang mempunyai sedikit kelebihan iaitu lebih bersedia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai pembonceng, memang banyak yang anda perlu perlu perhatikan. Dan bagi kami di WapCar, selain panduan keselamatan, tujuan artikel ini dibuat adalah membolehkan perjalanan anda bersama penunggang menjadi lebih selesa.

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 01

Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengikuti segala peraturan termasuk penggunaan topi keledar yang patuh piawaian SIRIM.

Tidak mahu bercerita panjang, ini antara tips asas yang kami dapat kumpulkan kepada anda selaku pembonceng. Harapnya bermanfaat.

1. Jangan pakai terjah

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 02

Membonceng seperti ini adalah salah.

Ia mungkin nampak remeh namun jika tidak kena caranya, anda dan penunggang boleh tergolek. Sebelum naik, lebih baik tanya kepada penunggang adakah mereka sudah bersedia. Pastikan penunggang sedia untuk menahan daya yang diperoleh ketika anda ingin menaiki motosikal berkenaan.

2. Gunakan teknik yang betul

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 03

Teknik yang betul untuk menaiki motosikal sebagai pembonceng ialah anda perlu memijak 'peg kaki' sebelum melonjakkan untuk duduk di atas tempat duduk. Jangan malu untuk gunakan badan penunggang untuk memudahkan anda naik, tidak kiralah berapa saiz badan anda.

3. Duduk serapat yang boleh

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 04

Ketika di atas pelana, pembonceng perlu duduk serapat yang mungkin dengan penunggang (jika boleh). Posisi anda perlu selari dengan penunggang kerana secara asasnya, posisi pembonceng memang mempengaruhi pengendalian motosikal.

4. Jangan malu

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 05

Tips ini agak subjektif. Tetapi jika boleh, peluklah pinggang penunggang. Ini membolehkan pergerakan tubuh pembonceng sama dengan penunggang.

Selain badan, kedudukan kaki atau paha anda juga perlu rapat dengan penunggang. Ia juga sebenarnya memberi lebih keselesaan dan kestabilan kepada motosikal itu sendiri.

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 06

Jika motosikal ada penyandar belakang, ia boleh digunakan namun posisi duduk itu perlu betul kerana kedudukan kaki dan badan perlu seiring dengan penunggang.

Bagi yang keberatan untuk memeluk tubuh penunggang, pegang bahu atau besi pemegang namun ia sebenarnya boleh menjejaskan kestabilan dan pengendalian motosikal berkenaan. Penting juga untuk pastikan sama ada penunggang selesa dengan kedudukan anda.

5. Sentiasa berwaspada

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 07

Perkara ini memang sukar diramal tetapi apabila penunggang terpaksa membrek dengan keras, anda sebagai pembonceng perlu bersedia dan tidak menggelabah.

6. Badan jangan 'keras'

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 08

Tips ini penting terutama ketika membelok atau 'menyelit'. Pergerakan anda perlu selari dengan penunggang. Jangan mengubah posisi badan secara tiba-tiba sebagai contoh, apabila penunggang ingin membelok ke kanan, anda juga perlu menyegetkan badan ke arah sama.

7. Jangan buat kejutan

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 09

Ketika motosikal sedang bergerak, jangan melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti berdiri secara tiba-tiba. Perkara ini mungkin nampak kelakar namun percayalah, ada pembonceng yang melakukannya.

Apabila motosikal sudah berhenti pula, pastikan kaki anda kekal di atas peg kaki. Ketika hendak turun, pastikan terlebih dulu penunggang sudah bersedia. Jangan lakukannya dengan mengejut kerana padah menanti.

7 benda yang anda perlu tahu ketika membonceng motosikal untuk kekal selamat! 10

Nota* Tips ini terpakai untuk golongan dewasa. Tetapi bagi kanak-kanak, secara asasnya adalah sama namun penunggang perlu lebih peka mengenai keselamatan mereka.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda