window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Khairil ยท Mar 9, 2021 05:00 PM

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 01

Aprilia mempertontonkan imej jentera 'Superbike' RSV4 dan RSV4 Factory 2021 kepada umum pada Januari lalu. Tindakan itu pantas mencetuskan keterujaan buat peminat jenama Itali itu di seluruh dunia.

Sekalipun kebanyakan spesifikasi dan ciri-ciri jentera berkenaan sudah pun diketahui, begitupun jumlah kuasa dan tork yang dihasilkan oleh motosikal berkenaan hanya didedahkan, baru-baru ini.

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 02

RSV4 Factory 2021

Sekalipun enjin V4 yang dipertingkatkan kepada 1,099 cc itu kini patuh piawaian emisi Euro 5, ia meraih peningkatan dari sudut tork iaitu 125 Nm pada 10,500 rpm manakala kuasa yang dihasilkan ialah 217 Hp namun pada 13,000 rpm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 01

Aprilia turut mendakwa ia adalah enjin paling berevolusi dan berkuasa pernah dibina oleh syarikat berkenaan.

Dari sudut reka bentuk, kedua-dua varian RSV4 dan RSV4 Factory 2021 memperoleh penggayaan baru yang diambil daripada jentera Aprilia RS-GP yang bersaing di kancah perlumbaan elit MotoGP.

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 02

Kedua-dua varian itu kini disertakan dengan sayap ‘winglet’ di bahagian fairing kiri dan kanan. Ia dikatakan meningkatkan kestabilan jentera terutamanya ketika berada dalam kelajuan yang tinggi.

 Antara teknologi yang diserap daripada MotoGP adalah penggunaan casis dan swingarm yang lebih ringan. Segala naik taraf berkenaan didakwa oleh Aprilia sebagai meningkatkan kemampuan menunggang dan menjadikan jentera RSV4 2021 lebih intuitif dan mudah dikawal.

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 03

Antara pembaharuan lain yang ada pada RSV4 2021 adalah penggunaan panel meter TFT serba baharu yang lebih besar. Seperti motosikal moden lain, RSV4 juga menggunakan teknologi Ride-by-Wire.

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 04

Ia juga kini menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) baharu iaitu Marelli 11MP dan platform inersia 6-paksi dengan pakej pengurusan elektronik dan logik operasi APRC. Ia mempunyai enam mod tunggangan (3 untuk litar dan 3 untuk tunggangan biasa), engine brake multilevel control, traction control, wheelie control, ABS. 

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 05

Sain itu, Aprilia berkata ergonomik RSV4 2021 ini dinaik taraf dengan reka bentuk tangki dan tempat duduk baharu yang lebih selesa dengan penggunaan lampu LED penuh bersama lampu siang (DRL).

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 06

Kedua-dua varian dibezakan dengan pilihan warna. Varian RSV4 2021 ditawarkan dalam satu warna saja iaitu Dark Losail manakala RSV4 Factory datang dengan dua pilihan warna Aprilia Black dan Lava Red.

Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan! 07

Tambahan kepada RSV4 Factory 2021 adalah termasuk rim aluminium tempa, sistem suspensi semi-active Ohlins Smart EC 2.0 dan kaliper brek Brembo Stylema.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda