window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu?

Haris · Mar 9, 2021 06:00 PM

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 01

Gambar hiasan

Perodua Myvi baru sahaja menerima kemaskini warna baharu pada tahun 2020 dengan warna Electric Blue dan tawaran A.S.A 2.0. Walaubagaimanapun, Perodua nampaknya bermurah hati untuk menambah pilihan warna pada Perodua Myvi setahun kemudian.

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 02

Dalam sebuah dokumen yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my, Perodua Myvi dilihat bakal menerima warna merah ‘Red Mica’. Warna ini berlainan dengan warna merah yang sedia ada iaitu warna merah ‘Lava Red’.

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 03

Perodua Myvi Lava Red

Tona warna Red Mica dipercayai lebih gelap berbanding warna Lava Red. Setakat ini warna Red Mica dapat ditemui pada model Toyota seperti Toyota Yaris dan Toyota Vios

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 01

Toyota Yaris Red Mica Metallic

Walaubagaimanapun, terdapat 1 lagi perincian mengenai warna terbaru ini. Ia dikatakan hanya boleh didapati pada varian paling atas Perodua Myvi iaitu varian 1.5 AV.

Varian ini menerima tambahan seperti kabin dalaman dengan kemasan kulit, sistem infotainment dengan fungsi navigasi dan pautan Multilink untuk Android, A.S.A 2.0 dan kamera pandang belakang.

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 02

Kemasan kulit pada Perodua Myvi 1.5 AV dengan jahitan merah

Sebelum ini, Perodua Myvi kemaskini 2020 menaiktaraf sistem ADAS Perodua paling terkini A.S.A 2.0 pada 3 varian atas Perodua Myvi. Belum dapat dipastikan sekiranya terdapat sebarang naik taraf untuk Perodua Myvi Red Mica 2021 ini.

Perodua Myvi bakal tampil dengan warna ‘Red Mica’ baharu? 03

Perodua selalunya menampilkan sebarang penambahan atau kemaskini produk sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun. Tahun 2021 memperlihatkan pelancaran Perodua Ativa 2021 baru-baru ini. Adakah Perodua Myvi Red Mica akan menjadi kemaskini produk kedua Perodua dalam tahun ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda