window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000

Mersita Β· Mar 11, 2021 01:00 PM

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 01

Bagi tahun 2021, Bermaz Motor (pengedar kereta Mazda di Malaysia) telah memberi Mazda CX-3 sedikit pembaharuan bagi mengutuhkan posisinya di dalam pasaran SUV yang kian hangat di Malaysia. Jom kita lihat satu persatu penambahan yang ada.

Baca juga: Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium

Apa yang baru?

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sistem infotainment MZD Connect kini didatangkan standard dengan Android Auto dan Apple CarPlay untuk integrasi yang mudah dan komprehensif dengan telefon pintar anda. Selain dari itu, CX-3 kini juga dilengkapi dengan 360º View Monitor bagi memudahkan pemandu untuk memarkir kereta di ruang yang sempit.

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 01

Tambahan pula, suite ADAS i-ACTIVSENSE Mazda yang dipadatkan di dalam CX-3 baru ini meningkatkan lagi tahap keselamatannya dan ia merangkumi:

  • Blind Spot Monitoring (BSM)/Pemantauan Titik Buta dengan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)/Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • High Beam Control (HBC)/Kawalan Lampu Tinggi
  • Lane Departure Warning System (LDWS)/Sistem Amaran Keluar Lorong
  • Driver Attention Alert (DAA)/Amaran Perhatian Pemandu
  • Smart City Brake Support (SCBS)/Sokongan Brek Pintar untuk bahagian hadapan dan belakang

Ada peningkatan prestasi?

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 02

CX-3 kekal dengan tawaran satu pilihan enjin iaitu enjin petrol Skyactiv 2.0 liter yang menjana 154 PS dan 206 Nm. Transmisi automatik 6 kelajuan dan G-Vectoring Control (GVC) Mazda juga kekal sebagai standard. Yang menariknya, tingkap bumbung suria/’sunroof’ dipasang semula pada CX-3 baru ini. Ia dikeluarkan dari model facelift 2018 sebelum ini.

Harga CX-3 baru?

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 03

Mazda CX-3 yang diimpot (CBU) dari Jepun ini dijual pada harga RM 130,729 (atas-jalan/OTR tanpa insurans). Perlu diingatkan yang harga ini sah sepanjang pengecualian SST dilaksanakan. Anda boleh pilih kemasan warna berikut bagi model ini: Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Machine Gray, dan juga warna baru iaitu Polymetal Gray.

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000 04

Apa pendapat anda tentang Mazda CX-3 baru ini? Jom komen di Facebook WapCar - BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda