window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan

Mersita ยท Mar 16, 2021 07:00 PM

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 01

Kenderaan nasional berperisai mobiliti tinggi 4x4 buatan tempatan pertama yang dihasilkan oleh MILDEF International Technologies Sdn. Bhd. telah berjaya mengharungi sesi ujian pertama dengan kerjasama daripada Pasukan Uji Nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Jentera buatan Malaysia itu dilaporkan telah mengharungi ujian seperti ujian laluan off-road sejauh 300 km, on-road 700 km, ujian mendaki, ujian di atas jalan berpasir, ujian berhalangan, brek, bebanan, dan macam-macam lagi.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ujian-ujian ini telah dijalankan di beberapa lokasi seperti Kuantan, Kemaman, Kota Bharu, Sungai Petani, Gemas, dan Sungai Merab. Tatacara pelaksanaannya adalah mengikut piawaian Tentera Darat Malaysia (TDM) yang setanding dengan standard antarabangsa.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 01

HMAV 4x4 buatan Malaysia ini berkebolehan untuk menggerakkan pasukan dengan kepantasan 110 km/jam.

Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, berkata HMAV 4x4 sudah diuji oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada minggu lalu dan ia melalui pelbagai struktur jalan dan cabaran darat dan air. Berdasarkan maklum balas awal, mereka berpuas hati dengan kemampuan HMAV 4x4.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 02

Beliau juga berkata HMAV 4x4 ini dicipta sesuai dengan kehendak muka bumi dan iklim negara serantau. MILDEF yakin sepenuhnya jentera ini adalah seiring dengan standard yang ditetapkan kebanyakan pasukan tentera di dunia.

Perkara ini sekali gus menepati komitmen MILDEF untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar kenderaan pertahanan utama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 03

Pembangunan HMAV 4x4 ini terdiri daripada 70% kepakaran tempatan, manakala selebihnya berdasarkan kerjasama dengan pihak ketiga.

Selain daripada menyediakan jentera yang boleh menjimatkan kos ditanggung TDM, industri kenderaan pertahanan mampu melonjakkan lagi ekonomi negara serta memberi lebih banyak peluang pekerjaan selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja mahir tempatan melalui perkongsian dengan pihak lain.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 04

Mohd Nizam berkata, sejak diperkenalkan dua minggu yang lalu, MILDEF mendapat pertanyaan permintaan daripada beberapa negara untuk pembelian dan perkongsian hak cipta intelek. Syarikat tempatan itu juga sudah menyertai penghantaran tender kepada Kementerian Pertahanan bagi menawarkan pembelian kenderaan berperisainya itu.

HMAV 4x4 MILDEF selesai pandu-uji pertama, sudah terima tempahan 05

"Mildef ketika ini juga dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) beberapa model kenderaan berperisai yang baharu," katanya.

Sumber berita: Berita Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda