window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu?

Faisal · Mar 18, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebangkitan oleh UMWT ini tidak menghairankan sama sekali memandangkan selama ini, mereka hanya mampu melihat Honda HR-V merangkul gelaran SUV buatan luar yang paling laris sejak tahun 2015.

Minggu depan, UMWT akan melancarkan Toyota Corolla Cross 2021 tetapi sekali harapan bahawa SUV ini dapat menghasut anda ke bilik pameran mereka, bukannya Honda.

Apa sebenarnya Toyota Corolla Cross ini?

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 01

Dengan nama yang diberi, model ini diibarat seperti sebuah Corolla Altis tetapi versi crossover. Disebabkan itu, trenkuasa, ciri, dan kelengkapan keselamatan dijangka sama seperti Corolla Altis.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 02

Untuk menyaingi Honda HR-V, UMWT dijangka menawarkan sesuatu yang lebih menarik berbanding SUV segmen B yang cukup hangat itu.

Juga bacaMampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR?

Corolla Cross akan tebus kelemahan yang ada pada C-HR sebelum ini

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 03

Corolla Cross spec Thailand.

Pertama sekali, Toyota Corolla Cross dijangka sarat dengan kelengkapan keselamatan.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 04

Ciri Adaptive Cruise Control (ACC) pada Corolla Cross spec Thailand.

Spesifikasi yang sah akan diumumkan pada 25 Mac ini. Apapun, ciri keselamatannya dijangka sama seperti apa yang terdapat pada Corolla Altis 1.8 G. Oleh yang demikian, ciri ADAS Toyota Safety Sense (TSS) dijangka hadir pada varian yang lebih atas.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 05

Interior Corolla Cross spec Thailand.

Sebagai perbandingan, Honda HR-V hanya mendatangkan ciri kamera Honda LaneWatch sahaja. itupun hanya untuk varian RS.

Kelengkapan keselamatan
Ciri Honda HR-V RS Toyota Corolla Cross
ESC ✓ (VSA) ✓ (VSC)
ESS
HSA
Beg udara 6 7
Auto Brake Hold
AEB ✓ (PCS)
FCW
ACC ✓ (DRCC)
LKA ✓ (Lane Tracing)
LDW ✓ (LDA)
Auto High Beam
BSM LaneWatch

Seperti Corolla Altis, Corolla Cross juga dijangka hadir dengan ciri Blind Spot Monitor (BSM) dan kamera 360-darjah. Untuk maklumat anda, kedua-dua ciri tidak ada langsung pada Honda HR-V.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 06

Corolla Cross spec Thailand.

Corong penyaman udara di tempat duduk belakang juga dijangka hadir pada Corolla Cross memandangkan Corolla Altis ada ciri ini. Sebagai perbandingan, Honda HR-V hanya bergantung pada penyaman udara depan untuk menyejukkan keseluruhan bahagian kabin.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 07

Corolla Cross spec Thailand.

Menurut spesifikasi yang terdapat di Thailand, Toyota Corolla Cross mempunyai kapasiti but seluas 487 liter. Namun begitu, Corolla Cross di sana tidak didatangkan dengan tayar ganti. Kalau ada, kapasiti but berkurang ke 440 liter. Apapun, ia tetap lebih besar daripada but Honda HR-V (437 liter).

Dimensi
  Honda HR-V Toyota Corolla Cross
Panjang (mm) 4,346 4,460
Lebar (mm) 1,790 1,825
Tinggi (mm) 1,605 1,620
Jarak roda (mm) 2,610 2,640
Ruang but (liter) 437 440

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 08

Seperti Honda HR-V, Toyota Corolla Cross di Malaysia akan ditawarkan dengan enjin petrol 1.8L aspirasi natural. Enjin yang sama pada Corolla Altis ini menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork. Berbanding dengan Honda HR-V, enjin ini mempunyai jumlah tork yang serupa. Namun begitu, kuasanya kurang 3 PS daripada Honda HR-V.

Output enjin
Model Kuasa (PS) Tork (Nm)
Toyota Corolla Cross 139 172
Honda HR-V 142 172

Apapun, kedua-dua saingan ini menggunakan transmisi CVT dan berpacuan roda depan.

Jadi, bilakah pelancarannya?

Seperti yang pernah kami laporkan, UMWT akan melancarkan Toyota Corolla Cross pada 25 Mac ini.

Toyota Corolla Cross 2021 vs Honda HR-V – apa rahsia yang patut rakyat Malaysia tahu? 09

Sebelum ini, kami pernah laporkan bahawa SUV segmen B ini akan dipasang di kilang Toyota di Bukit Raja. Tetapi dengan spyshot bulan lepas yang dilihat di Wesport, Klang, nampaknya batch awal akan hadir sebagai model import (CBU) dari Thailand. Model yang dipasang tempatan (CKD) pula dijangka beransur kemudian.

Juga bacaSpyshot: Toyota Corolla Cross 2021 tiba di pelabuhan, status CBU / CKD terjawab!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda