window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant!

Zamil Syaheer · Mar 19, 2021 07:00 PM

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 01

Mitsubishi Motors sedang mengalami sedikit masalah di Eropah, walaupun ia tidak akan menarik diri daripada pasaran sana. Tetapi, Mitsubishi Motors (MMC) United Kingdom berdepan isu kewangan dan terpaksa melelong 14 model daripada koleksi warisan mereka.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 02

Menurut senarai ini, lelongan Mitsubishi Heritage Fleet akan bermula pada 1-April bermula tanpa sebarang harga permulaan tetap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara 14 kereta yang bakal dilelong itu bukan sahaja termasuk model kesukaan ramai rakyat Malaysia iaitu Lancer Evolution, malah terdapat beberapa model klasik seperti Lancer dan Pajero generasi pertama serta replika skala Mitsubishi Model A yang merupakan kereta pertama yang dipasang di Jepun.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 01

Jadi kita mulakan dengan Model A. Produksi Model A bermula pada tahun 1917, namun begitu kesemua 30 buah kereta tidak wujud lagi. Replica skala 7/10 ini direka semula menggunakan pelan asal, dan ianya mungkin boleh dipandu kerana ia dilengkapi dengan enjin 1 silinder daripada pemotong rumput.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 02

Seterusnya adalah Colt Lancer. Mitsubishi diberi nama Colt di UK kerana nama Mitsubishi pada awalnya mempunyai hubungan dengan jet tempur Perang Dunia II. Colt Lancer 1400 ini adalah model Mitsubishi pertama yang didaftarkan di UK dan dipamerkan di Pameran Kereta British 1974 di Earl's Court.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 03

Terdapat juga dua model Galant dalam lelongan. Salah satunya adalah Colt Galant 2000 GL 1974 yang dibawa sebagai unit demo untuk merekrut pengedar Mitsubishi / Colt, manakala sebuah lagi adalah Galant 2.0 GTI AWD 1989 yang ditukar menjadi replika kereta reli. Yang terakhir ini disimpan dalam simpanan kering selama 14 tahun hingga 2017 ketika MMC UK membaikinya semula agak boleh dipandu di jalan raya.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 04

Idaman geng Proton Wira dan Waja.

Koleksi kereta warisan Mitsubishi tidak lengkap tanpa menyebut dua model legenda, iaitu Lancer dan Pajero. Selain daripada Lancer generasi pertama, terdapat empat lagi model Lancer Evolution yang akan dilelong iaitu Evo VI Tommi Makinen Edition (TME), Evo IX MR FQ-360 HKS, kereta rali Evo IX Group N, dan Evo X FQ-440 MR.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 05

Kesemua model Lancer Evolution mempunyai jarak perbatuan yang rendah dan Evo TME ini mempunyai tanda tangan daripada pemandu rali lagenda itu sendiri.

Sebelum Makinen terlibat dengan projek Toyota GR Yaris, dia memandu di bawah naungan Mitsubishi pada era 90an, memenangi beberapa kejuaraan rali dunia.

Juga baca: Mitsubishi Lancer Evo IX Wagon - yang pertama dan yang terakhir?

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 06

Shogun warna merah itu dipanggil  "Little Pea".

Manakala Pajero (digelar sebagai Shogun di UK) yang akan dilelong pula diwakili oleh dua model ini, iaitu model 3 pintu generasi pertama dan 3 pintu generasi kedua dengan enjin V6.

Apa yang menarik tentang model generasi kedua itu adalah ia merupakan varian tertinggi tetapi tiada kemasan kulit mahupun penghawa dingin.

Juga baca: Sejarah Mitsubishi Pajero pertama – dari juara rali Dakar Paris ke sebuah SUV keluarga

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 07

Selain itu, model lain yang bakal dilelong termasuklah Starion, 3000GT (GTO), Mitsubishi Jeep, Outlander PHEV, dan L200 (lebih dikenali sebagai Triton di Malaysia) klasik dengan varian khas ‘Desert Warrior’.

Mitsubishi UK terpaksa lelong 14 model warisan, termasuk Lancer Evo 6 TME, Evo 9 MR, dan Galant! 08

Boleh baca rebiu Mitsubishi Triton terkini disini.

Kerana 14 model ini dijaga dengan begitu rapi oleh pasukan warisan Mitsubishi UK, keadaan kereta-kereta ini memang macam baru dengan jarak perbatuan yang sikit. Kami harap pemilik baru kesemua kereta ini akan menjaga keaslian dan keadaan kereta warisan ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda