Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru!

Mersita · Mar 23, 2021 08:00 PM

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 01

Apabila anda membeli kereta yang serba baru, anda perlu menjalankan sesi ‘run-in’ bagi 1,000 km pertamanya. Pemilik disarankan untuk tidak ‘melenjan’ atau pandu dengan kasar sejurus selepas kereta diambil dari bilik pameran. Sama juga dengan Perodua Ativa baharu kami – kami jalankan sesi ‘run-in’ terlebih dahulu.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 02

Hanya 17 km pada odometer semasa kereta diambil

Bagaimana caranya nak ‘run-in’ kereta?

Pandu kereta dengan lembut dan berhati-hati dan jangan langkaui kadar rpm serta hadlaju yang tertentu. Di dalam setiap buku panduan pemilik kereta, jangkamasa yang diperlukan untuk ‘run-in’ dinyatakan dengan jelas.

Bagi Perodua Ativa pula, kaedah ‘run-in’ yang disarankan adalah seperti berikut:

  • Jangan dipandu lebih dari 90 km/jam
  • Jangan dipandu pada kelajuan sama dalam jangkamasa yang lama – samada laju mahupun perlahan
  • Elakkan pacuan mengejut yang tinggi
  • Elakkan brek mengejut kecuali dalam keadaan kecemasan, terutama sekali bagi jarak tempuh 300 km pertama

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 01

Dari buku panduan pemilik Ativa

Adakah panduan ‘run-in’ berbeza-beza mengikut kereta?

Panduan ‘run-in’ mungkin berbeza antara berlainan kereta. Tapi, secara amnya, anda hanya perlu memandu dengan cermat dan lembut.

Contohnya, Toyota Hilux mengagihkan jangkamasa untuk ‘run-in’ kepada tiga peringkat. Pengeluar juga menyarankan pemilik untuk mengelakkan pemanduan pada gear rendah secara berterusan.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 02

Dari buku panduan pemilik Toyota Hilux

Bagi Toyota Prius pula, jangkamasa/proses ‘run-in’ dibahagikan kepada dua peringkat dengan arahan yang mudah untuk diikuti.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 03

Dari buku panduan pemilik Toyota Prius

Bagaimana kami ‘run-in’ Ativa kami sendiri?

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 04

Kaedah untuk ‘run-in’ kereta baru secara amnya lebih kurang sama tak kira apa-apa model sekalipun, namun ada pengeluar yang menyarankan kaedah lebih ketat aturannya berbanding yang lain.

Memandangkan kami merancang untuk menjalankan beberapa ujian ketat terhadap Ativa secepat mungkin, kami bergilir-gilir memandu Ativa bagi mempercepatkan proses ‘run-in’ ini.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 05

Kami bergilir-gilir untuk lengkapkan ‘run-in’ Ativa

Bagi Ativa, kami akan pandu dalam kondisi trafik yang sederhana di sekitar bandar. Gabungan antara trafik terhenti-henti dan jalan lurus yang luas dan panjang membolehkan kami melaksanakan ‘run-in’ seperti yang disarankan di dalam buku panduan pemilik.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 06

Keadaan lalu lintas sederhana sesak di sekitar Lembah Klang cukup bagus untuk proses ‘run-in’. Gambar

Kami sasarkan capaian 1,000 km pada odometer dalam masa seminggu dan kami sudahpun tetapkan temujanji untuk pemeriksaan 1,000 km pertama.

“Bosan lah nak ‘run-in’ bagai. Kenapa kena buat?”

Proses ‘run-in’ bagi kereta baharu amat penting bagi memastikan jangka hayat kereta yang panjang.

Proses ‘run-in’ adalah untuk membolehkan komponen-komponen bergerak di dalam kereta untuk diselaraskan antara satu sama lain. Sasaran utama bagi ‘run-in’ enjin adalah supaya cincin omboh (piston rings) terletak pada posisi yang optimum dengan dinding silinder. Komponen ini haruslah membentuk kedapan dan salutan minyak yang sempurna untuk perjalanan operasi yang sempurna.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 07

Jika cincin omboh ini tidak terletak pada tempatnya dengan sempurna, kereta mungkin tidak dapat mencapai kecekapan minyak atau menjana kadar kuasa yang sepatutnya.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 08

Kita mahukan semua kuasanya terkandung di dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Gambar

Kedapan yang sempurna amat penting bagi memastikan semua kuasa yang dijana terkandung di dalam kebuk pembakaran. Kedapan yang kurang baik berpotensi untuk menimbulkan masalah ‘blow-by’ atau pelepasan tekanan, dan ini akan menyebabkan pembaziran kuasa dan kecekapan yang kurang dari sepatutnya.

Adakah proses ‘run-in’ hanya untuk enjin sahaja?

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 09

Bukan untuk enjin saja – tayar dan brek juga perlu ada proses ‘run-in’ untuk dapatkan seberapa banyak faedah yang boleh. Ia sama seperti kasut baru – kenalah ‘gigit’ dulu.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 10

Jika anda pilih filem gelap (tint) bagi cermin kereta anda, ia juga perlukan masa untuk ‘set’ betul-betul. Beringat-ingat untuk tidak menurunkan cermin sepenuhnya bagi beberapa hari pertama – anda boleh tanya penasihat jualan untuk jangkamasa yang optimum.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 11

Pelekat ini juga selalunya disediakan bagi mengelakkan anda daripada merosakkan filem cermin gelap

Adakah proses ‘run-in’ sukar untuk dilakukan?

Senang saja – anda hanya perlu banyakkan bersabar kerana anda perlu elakkan pacuan keras dan brek keras. Pandu saja dengan lembut dan cermat.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 12

Hadlaju 90 km/jam tidak dinyatakan bagi kebanyakan kereta. Tapi, jika ia ada dinyatakan, cuba pandu di sekitar kawasan bandar sahaja bagi mengelakkan kecenderungan untuk memandu terlalu laju. Pemanduan di kawasan bandar juga mempelbagaikan rpm dan kelajuan pemanduan anda – aspek yang bagus bagi proses ‘run-in’.

Kesimpulan

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 13

‘Run-in’ kereta serba baharu adalah sesuatu yang harus anda lakukan. Panduan bagi hal ini dinyatakan dengan jelas di dalam buku panduan pemilik kereta anda. Panduan, arahan atau langkah-langkahnya mungkin berbeza-beza antara buatan dan model berlainan. Namun secara amnya, anda hanya perlu pandu dengan cermat.

Ia bukanlah sukar untuk dilakukan dan ia memastikan kereta anda sendiri tahan lebih lama.

Cara ‘run-in’ kereta baru – Ini cara kami 'run-in' Ativa baru! 14

Baca juga:

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru