window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran!

Haris · Mar 29, 2021 03:00 PM

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 01

Ketika ini Kia Malaysia dikatakan sedang mengalami peralihan pihak pengurusan. Justeru itu, tiada sebarang khabar mengenai sebarang model baharu malah penjualan Kia Seltos turut terkesan akibat daripada proses peralihan yang panjang ini.

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 02

Foto kredit

Namun apa yang menarik, Kia Sorento generasi baharu sudah ditemui di Shah Alam. Kia Sorento generasi keempat MQ4 ini adalah model terbaharu kerana model yang ada di pasaran Malaysia sekarang adalah generasi UM.

Ia juga tampil sebagai model pemanduan belah kiri (LHD).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 01

Walaubagaimanapun, ini bukanlah petanda awal model Kia Sorento MQ4 ini akan dilancarkan di Malaysia kelak. Hal ini kerana Kia Motors Corporation mempunyai pusat latihan Asia Pasifik di sini.

Jika terdapat sebarang perubahan jadual pelancaran, Wapcar.my akan melaporkan segera.

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 02

Latar belakang Kia Sorento MQ4?

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 03

Model pasaran Vietnam diperlihatkan

Kia Sorento 2021 generasi MQ4 telah dilancarkan pada tahun lepas. Malah, beberapa negara serantau juga telah menawarkan model ini iaitu Singapura dan Vietnam. Indonesia dikatakan bakal menyusul (mungkin, sebelum Malaysia). 

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 04

Model pasaran Korea diperlihatkan

Secara luaran, ia mirip seperti sebuah Kia Seltos yang dipertingkatkan. Kali ini, Kia tampil berbeza dengan rekaan yang bersegi dan berlainan berbanding generasi UM yang lebih melengkung.

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 05

Bahagian kabin dalaman yang menarik dengan tujuh penumpang (baris kedua dengan captain seat) dilengkapi dengan dua skrin besar - kelompok instrumen digital 12.3 inci dan sistem infotainment skrin sentuh 10.3 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 06

Tak cukup dengan itu, kabin dalaman turut dilengkapi dengan heads-up display (HUD), 12 pembesar suara BOSE dan lampu ambien.

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 07

Dari segi keselamatan pula, Kia Sorento dilengkapi dengan 7 beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) sebagai standard. Varian yang lebih mahal dilengkapi dengan beberapa fungsi ADAS, iaitu:

  • Amaran perlanggaran hadapan (FCW)
  • Bantuan kekal lorong (LKA)
  • Kawalan pelayaran adaptif dengan Stop & Go (ACC)

Spyshot: Kia Sorento 2021 baharu ditemui di Malaysia tapi bukan untuk pelancaran! 08

Dari segi prestasi, Kia Sorento di negara-negara jiran kita dilengkapi dengan dua pilihan enjin iaitu:

Trenkuasa Kia Sorento

Empat silinder 2.2 liter NA diesel

202 PS / 404 Nm

Transmisi DCT automatik 8-kelajuan

Empat silinder 2.5 liter NA petrol

177 PS / 232 Nm

Transmisi automatik 6-kelajuan

Kedua-dua trenkuasa ini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda atau roda depan (FWD), bergantung pada varian yang dipilih.

Bacaan Lanjut:

Kia Sorento dan Kia Carnival bakal dilancarkan di Indonesia tahun 2021, tiada perancangan Malaysia?

Jenama Kia bakal bernaung di bawah Bermaz menjelang April 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda