window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Mersita · Mar 29, 2021 08:00 PM

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 01

Sudah seminggu berlalu setelah kami bawa keluar Perodua Ativa dari bilik pameran dan kami sudahpun berjaya mencapai jarak tempuh lebih 1,000 km. Kami juga sudah selesai menjalankan sesi ‘run-in’ kereta baru ini bagi 1,000 km pertamanya, dimana kami patuhi segala nasihat yang diberi di dalam buku panduan pemilik.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 02

Tempoh ‘run-in’ sudah tamat

Jadual kami di WapCar agak padat dengan ketibaan “Cik Tiva” ini, dan masih ada antara kami yang belum berkesempatan untuk membawanya bersiar-siar. Bagi mereka yang sudah memandunya ke sana ke mari, mereka suka dan kagum akan SUV terbaru dari keluaran Perodua ini.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cik Tiva belum lagi dibawa keluar dari sempadan negeri Selangor, tapi ia sudahpun dipandu dalam cuaca hujan dan panas yang kita tempuhi di Malaysia.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 01

Apa khabar Cik Tiva setakat ini? Apa yang kami boleh katakan ialah penghawa dinginnya sangat hebat untuk keselesaan kabin dengan cuaca panas terik kita di Malaysia dan bunyi kabinnya juga tidaklah begitu bising ketika dipandu dalam hujan lebat.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 02

Satu ciri yang berguna pada Ativa ialah permukaan bahagian bawah pelapik kakinya yang ala-Velcro – tidak mudah bergerak atau teralih dari posisi asalnya.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 03

Pelapik kaki di dalam Ativa tidak bergerak-gerak kerana bahagian bawahnya yang ala-Velcro

Baru seminggu kami pandu Ativa sekitar Lembah Klang dan kami dah rasa seperti selebriti. Penulis pernah singgah ke restoran nasi kandar di Gombak dan seorang pakcik yang memandu Proton Persona memberi isyarat ibu jari seperti bertanyakan “bagus atau tidak?”, lalu saya pun membalas isyarat tangan ‘bagus’ dengan senyuman lebar.

Pakcik tersebut bersama isterinya nyata kagum melihat SUV P2 ini.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 04

Ada aduan tak tentang Ativa setakat ini?

Setelah Cik Tiva dipandu bergilir-gilir antara ahli pasukan kami, satu aduan yang kami pernah dapat ialah ‘A-pillars’nya yang agak tebal sehingga mengganggu skop penglihatan pemandu.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 05

Ada antara kami yang merasakan ‘A-pillar’ Ativa yang tebal menyebabkan penglihatan terganggu. Bola tenis sebagai rujukan skala

Kami juga perasan yang saiz tayar Ativa bagi varian bersaiz 17-inci agak sukar untuk dicari.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 06

Varian AV yang kami miliki menggunakan tayar bersaiz 205/60R17. Apabila kami luangkan sedikit masa ‘window shopping’ untuk tayar, kami dapati yang saiz ini bukanlah saiz biasa yang boleh didapati di kedai-kedai tayar setakat ini.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 07

Kami dapati tayar bagi Ativa varian X dengan saiz tayar 16 inci (205/65R16) lebih mudah untuk ditemui.

Ada perkara aneh tak yang kami rasakan dengan Ativa?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 08

Secara jujurnya, ya. Kami perasan ada bunyi getaran yang mudah didengari – datangnya dari bahagian belakang apabila kereta dipandu pada permukaan kurang rata.

Pada mulanya, kami ingatkan tayar gantinya di bonet tidak diletakkan dengan elok, ataupun mungkin ada bahagian plastik di dalam bonet yang longgar.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 09

Kami ingatkan tayar gantinya ‘salah parking’

Kami dah cuba ketatkan apa-apa yang longgar dan pada mulanya bunyi itu hilang. Lalu, kami pun anggap isu bunyi itu sudah diselesaikan dan kami pun tidak menyatakan isu ini ketika sesi pemeriksaan di pusat servis bagi jarak tempuh 1,000 km pertama dibuat.

Apabila difikirkan semula, kami sebenarnya patut beritahu isu ini kepada mekanik yang memeriksa.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 10

*Kami hantar Cik Tiva untuk sesi pemeriksaan 1,000 km pertama, kisah lanjutnya dalam entri lain nanti.

Setelah kami meninggalkan pusat servis, kami perasan yang bunyi getaran itu masih ada. Apabila ahli pasukan kami mencari sumber bunyi tersebut ketika kereta dipandu, kami rumuskan yang bunyi tersebut datangnya dari bahagian suspensi belakang sebelah kanan.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 11

Kami rasakan bunyi getaran itu datang dari suspensi belakang sebelah kanan, namun ia belum dapat dibuktikan

Kami akan bawa semula Cik Tiva ke pusat servis dalam minggu ini untuk selesaikan masalah tersebut, dan kami harap isunya tidak serius.

Bagaimana pula penjimatan minyak Ativa setakat ini?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 12

Setelah dipandu sejauh 1,032 km bermula dengan tangki minyak penuh pada bacaan 20 km (jarak tempuh 1,012 km), kami sudah berbelanja sebanyak RM 155.05 dan menggunakan petrol sebanyak 75.63 liter.

Oleh itu, purata penggunaan petrol kami bagi Ativa setakat ini ialah 7.47 liter/100 km. Ini adalah angka bagi sepanjang tempoh ‘run-in’ dijalankan dan kami akan mula menguji kecekapan petrol bagi selepas ‘run-in’ pula tak lama lagi.

 
Bacaan Odometer Pengisian semula tangki penuh (L) Kos isi minyak (RM)
20 km Tangki dah penuh -
421 km 29.195 L RM 59.85
740 km 27.777 L RM 56.94
1,032 km 18.662 L RM 38.26
Jumlah 75.634 L RM 155.05

*Tidak termasuk pengisian minyak pertama kami dari tangki yang kosong, memandangkan pengedar selalunya memberi tangki penuh ketika kereta diambil.

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 13

Buat masa sekarang, kami masih lagi mencari punca bunyi getaran tersebut yang datang dari bahagian belakang kereta. Kami rasakan ia datang dari suspensi belakang sebelah kanan, tapi mungkin juga sangkaan kami salah. Nantikan pendedahan sumbernya setelah kami hantar Cik Tiva untuk pemeriksaan nanti dalam entri akan datang.

Klik di sini untuk baca semua artikel kami bagi pandu-uji jangkamasa panjang Ativa!

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang 14

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda