window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia

Faisal · Apr 4, 2021 12:00 PM

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 01

4x4 seringkali dilihat sebagai sebuah kereta yang lebih sasa. Imej yang ditonjolkan juga nampak lebih tegap dan lasak. Tetapi kebiasaannya, kereta yang ranggi seperti ini terlalu besar untuk digunakan di kawasan bandar. Di sinilah Suzuki Jimny tonjolkan kehebatannya yang agak sukar untuk ditandingi.

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 02

Sejak diperkenalkan pada tahun 70-an, Suzuki Jimny telah menempah nama sebagai salah satu ikon off-roader di mata dunia. Tetapi kenapa kereta offroad 4x4 mini ini sangat diminati sehinggakan ia terjual laris di semua pesaran? Mari kami perincikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Reka bentuk dan gaya yang ditonjolkan

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 01

Sehingga ke generasi sekarang, Suzuki Jimny kekal dengan reka bentuk retro yang nampak lasak tetapi tetap menawan. Malah, ia kelihatan hampir sama dengan Mercedes-Benz G-Class, iaitu sebuah lagi legenda dalam dunia offroad.

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 02

Kredit: Carwow.

Disebabkan ini, Suzuki Jimny turut dianggap sebagai “baby G-Wagen”. Ditambah pula dengan harga yang jauh lebih murah, tidak hairanlah dengan permintaannya yang tidak pernah putus-putus.

2. Bahagian dalam yang ringkas tetapi tetap menarik

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 03

Sejak keluaran pertama, Suzuki Jimny memperlihatkan bahagian kabin yang cukup ringkas tetapi masih praktikal untuk pelbagai kegunaan. Malah sehingga ke generasi sekarang, bahagian dalamnya tetap rasa lasak.

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 04

Apa yang lebih menarik ialah zaman sekarang, pasaran lebih meminati elemen klasik dan Suzuki Jimny terbaru sekalipun masih mempunyai kesemua unsur ini.

3. Serba boleh

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 05

Walaupun kapasiti enjinnya tidak pernah lebih dari 1.5L, Suzuki Jimny tetap berkemampuan untuk tugasan offroad. Hal ini berkait rapat dengan badannya yang hanya berlingkungan 1000 kg.

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 06

Ditambah pula dengan platform ladder frame yang cukup lasak, Suzuki Jimny sering dianggap sebagai kereta offroad peribadi yang boleh dipercayai.

4. Saiz yang kompak dan mudah alih

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 07

Bercakap mengenai mini, Suzuki Jimny terkenal dengan saiznya yang begitu kompak. Selalunya, kereta offroad mempunyai saiz yang agak lebar dan panjang. Untuk maklumat anda, panjang Suzuki Jimny hanyalah 3,645 mm. Lebarnya pula hanya 1,645 mm.

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 08

Suzuki Jimny generasi ketiga, lihat sahaja saiz comelnya dengan SUV kompak di sebelah.

Saiz yang kompak sebegini bukan setakat memudahkan pemanduan di kawasan bandar, malah ia juga boleh diletakkan di tempat parkir yang sempit. Dengan jarak roda yang pendek, pemanduan offroad yang mencabar juga boleh menjadi lincah dan seronok.

Suzuki Jimny di pasaran sekarang

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 09

Kredit: driven.co.nz

Disebabkan permintaan yang tinggi, tempoh menunggu di Indonesia untuk offroad mini yang cilik ini boleh mencecah 2 tahun. Malah, di Thailand, jualan untuk kesemua 90 unit yang berharga RM 200,000 sekalipun sudah habis licin.

Juga bacaSuzuki Jimny berharga RM 200k habis dijual di Thailand, Malaysia apa macam?

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 10

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 11

Di Malaysia, Suzuki Jimny ada dijual oleh pengimport kereta dengan harga yang bermula dalam lingkungan RM 140,000.

Dengan kembalinya Suzuki di Malaysia secara rasmi pada Jumaat lepas, Jimny nampaknya akan menembus pasaran tempatan dengan khidmat selepas jualan yang lebih menyeluruh.

Juga bacaSAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia 12

Kredit: MotorTrend.

Walaupun 4x4 mini ini bukan untuk semua, ia sesuai bagi mereka yang sukakan sesuatu yang unik untuk digunakan di mana-mana sekalipun. Disebabkan inilah Suzuki Jimny menjadi idaman ramai sehingga ke hari ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda