window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k?

Haris · Mar 31, 2021 08:00 PM

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 01

Mykar adalah sebuah prototaip kereta elektrik yang dibangunkan dengan syarikat tempatan iaitu System Consultancy Services (SCS). Terbaru, syarikat ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-sama beberapa pemain industri iaitu MARii dan Ingress Corporation Berhad.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengikut persefahaman yang ditandatangani, MoU tersebut akan menyaksikan Mykar akan membekalkan sistem dan perisian bagi pembangunan kereta elektrik, dibantu oleh MARii untuk proses homologasi bagi membenarkannya digunakan atas jalan secara sah. Ingress Corp pula akan membekalkan komponen untuk kereta elektrik tersebut.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 01

Ini bukan kali pertama Mykar dipertontonkan kepada umum. Wapcar.my berpeluang untuk menyaksikan kebolehlaksanaan prototaip kereta elektrik tersebut pada September 2020 dan kali ini, Mykar dipertontonkan di litar Sepang.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 02

Mykar dibangunkan berasaskan model Honda Jazz generasi pertama tetapi di atas platform dan beberapa bahagian badan menggunakan gentian komposit yang dibuat oleh syarikat subsidiari SCS. Komponen lain seperti bateri dan sebagainya ditempah daripada pengilang OEM.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 03

Dari aspek teknikal, Mykar dikuasakan oleh kapasiti bateri 28.7 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 300 km. Pengecas AC 6.6 kW pula digunakan pada kereta ini bagi membolehkan masa pengecasan selama 4 jam.

MyKar turut dipacu oleh 2 motor elektrik pada kedua-dua roda belakang, masing-masing menghasilkan 32 PS kuasa kuda dengan 294 Nm tork. Kesemuanya dapat diterjemahkan dengan ujian pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 18 saat.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 04

Mykar adalah manifestasi kebolehan bakat watan dalam membangunkan sistem yang berkaitan untuk kereta elektrik di samping menjadi suatu jemputan terbuka kepada pemain industri lain untuk bekerjasama dalam pembangunan.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 05

Tiada sebarang demonstrasi perisian pada prototaip ini tetapi menurut wakil Mykar, antara sistem yang sedang dibangunkan adalah:

  • Sistem Pengurusan Bateri
  • Teknologi Pengecasan Nirawayar
  • Sistem Jaringan Komunikasi

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 06

Data yang distrim secara langsung

Walaubagaimanapun, pihak SCS telah menunjukkan demonstrasi penstriman data secara langsung di mana Mykar yang sedang dipandu menghantar data kepada perisian yang dibangunkan. 

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 07

Ketika ini, Mykar masih dalam fasa R&D untuk menambah kapasiti bateri, mengintegrasikan keseluruhan sistem secara bersepadu dengan antaramuka dan pembangunan sistem lain antaranya seperti yang disenaraikan di atas.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 08

Mengikut pandangan beberapa pengamal industri, model Mykar dilihat boleh disasarkan untuk harga sekitar RM 50,000. Walaubagaimanapun menurut pengerusi eksekutif SCS, Datuk Khalilur Rahman Ebrahim, Mykar bukan untuk dijual.

Model tersebut hanyalah sekadar ‘bukti konsep’ di mana projek kereta elektrik boleh dibangunkan di Malaysia dan SCS mampu membekalkan perisian untuk tujuan tersebut.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 09

“SCS tidak berminat untuk menjual kereta. Kami tidak akan mempunyai jenama kereta apatah lagi dengan nama MyKar. Kami menjual teknologi tersebut kepada mereka yang berminat membangunkan EV," ujar beliau.

Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k? 10

Secara rumusannya, Mykar bukanlah sebuah jenama kereta elektrik baharu, hanya sebuah bukti konsep sahaja di mana pihak yang membangunkannya akan membekalkan perisian. Namun, tiada sebarang demonstrasi perisian yang dipertontonkan. Oleh yang demikian, kami akan sentiasa menantikan sebarang maklumat terbaru dari pihak Mykar.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda