window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Mersita · Apr 2, 2021 08:00 PM

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Sudah lebih kurang dua minggu kami dapat Perodua Ativa kami sendiri. Apa khabar Cik Tiva setakat ini?

Bunyi ‘misteri’ yang pernah kami laporkan sebelum ini semakin lama semakin buat kami tak senang duduk. Setiap kali kami pandu di jalan kurang rata di sebelah kanan kereta, bunyi getaran itu semakin lama semakin ketara.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 02

Kami yakin bunyi getaran itu datang dari bahagian belakang sebelah kanan, tapi kami tak pasti dari mana datangnya bunyi tersebut.

Kami perlu bawa Ativa ke Sepang pada hari Selasa lalu untuk melihat beberapa kereta elektrik buatan Malaysia di sana. Oleh itu, kami tangguh temujanji kami dengan pusat servis sehingga hari Rabu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setelah dua minggu memandu Cik Tiva dengan bunyi getaran itu, kami akhirnya dapat menghantar Ativa untuk pemeriksaan di pusat servis Perodua di Sungai Penchala pada jam 10.30 pagi hari Rabu lalu.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 01

Kami datang lagi!

Kami dah maklumkan kepada penasihat servis tentang masalah yang kami hadapi sebelum sampai di pusat servis berkenaan supaya mereka boleh rancang dengan sepatutnya.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 02

Setelah menunggu seketika di ruang rehat pelanggan, juruteknik di sana memanggil kami untuk pergi memandu uji Cik Tiva bersama-sama. Nak cari jalan berlubang dan tidak rata di Sungai Penchala satu misi mudah, dan seperti yang dijangkakan, juruteknik itu juga boleh mendengar bunyi getaran itu dengan jelas.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 03

Pandu uji Cik Tiva dengan juruteknik pusat servis Perodua

Bunyi itu tidak kedengaran apabila kereta dipandu melepasi bonggol jalan. Tetapi, jika ia terkena bahagian jalan yang bertampal, jalur penegah kelajuan (speed strips), ataupun lubang jalan kecil; bunyi getaran itu pasti kedengaran.

Tambahan pula, bunyi itu juga kedengaran apabila tayar sebelah kiri terkena jalan tidak rata.

Setelah juruteknik berkenaan jelas akan masalah yang dihadapi Cik Tiva, kami dijemput untuk menunggu di ruang rehat sekali lagi. Nasib baik telefon bimbit kami bateri penuh, tak lah bosan tengok Wow Shop saja.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 04

Kami rasa disebabkan pandemik COVID-19, tiada kudap-kudap disediakan untuk pelanggan

Setelah menunggu selama lebih kurang 2 jam, Cik Tiva masih lagi di ruang selenggara. Kami rasa mekanik yang menguruskannya pergi memandu uji kereta kami beberapa kali lagi bagi memastikan punca sebenar bunyi misteri tersebut.

Memandangkan Ativa masih lagi teramatlah baru - ditambah pula dengan juruteknik yang belum lagi dilatih secara rasmi untuk menyelenggara Ativa disebabkan kekangan pandemik - kami tak kisah menunggu lama sedikit. Kami pun pastinya keliru sedikit jika diberi tugas untuk menyelenggara kereta yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 05

Masih lagi digodek-godek

Apabila kami intai dari jendela ruang rehat, kami lihat tayar belakang Ativa sudah dibuka. Boleh jadi puncanya datang dari roda?

Tak lama selepas itu, kami pun dipanggil. Akhirnya mereka dah jumpa punca sebenar bunyi getaran Cik Tiva yang menjengkelkan kami sepanjang dua minggu ini.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 06

Tayar belakang sudah dibuka

Nak tahu apa puncanya?

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 07

Penutup brek dram pun dibuka?

Bunyi getaran Cik Tiva disebabkan oleh brek dram belakang sebelah kanan. Rupa-rupanya, kasut brek (brake shoe) Cik Tiva longgar. Cuma brek belakang sebelah kanan sahaja yang menghadapi masalah ini manakala brek belakang sebelah kiri pula semuanya OK saja.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 08

Oleh itu, ia hanya perlu diketatkan semula. Secara semulajadinya, jarak tarik tuas brek tangan juga menjadi lebih pendek.

Setelah semuanya selesai diketatkan semula, kami turunkan Cik Tiva untuk dibawa pandu uji sekali lagi bagi memastikan masalahnya sudah dibaiki sepenuhnya.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 09

Jarak tarik tuas brek tangan semakin pendek

Setelah dipandu melepasi lubang jalan pertama, bunyi getarannya hilang! Setelah dipandu melalui lebih kurang 10 bahagian jalan tidak rata, kami dah yakin yang masalah bunyi getaran misteri itu telahpun berjaya diatasi.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 10

Settle. Cik Tiva nak pandu dekat sini pun dah tak ada bunyi sama dah

Setelah dipandu sekitar pusat servis tersebut, kami pasti bunyi getaran itu dah hilang. Memang lega, dan lebih lega lagi bila kami dapat tahu yang servis kali ini percuma. Terima kasih, Perodua!

Baca juga: Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 11

Akhirnya, selesai juga. Itulah sumber bunyi getaran yang kami alami dengan Cik Tiva – bahagian brek dramnya ada yang longgar tapi prestasi brek masih terasa seperti biasa. Bunyi itu bukannya datang dari tayar ganti, suspensi, mahupun bahagian badan plastik longgar.

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 12

Jika anda baru sahaja membeli Ativa dan anda dengar bunyi aneh dari mana-mana bahagian kereta anda, usah ragu-ragu dan hubungi pusat servis pilihan anda dalam masa terdekat. Ia boleh jadi masalah lebih serius daripada yang ini.

Kami dah boleh pandu Cik Tiva dengan lebih selesa setelah masalah ini diselesaikan. Kami ingin ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Perodua bagi khidmat servis yang pantas dan cekap ini.

Nak tahu kisah-kisah lain berkaitan pengalaman pemilikan jangkamasa panjang kami bersama Cik Tiva? Klik pautan ini atau ikut kami rapat-rapat di Facebook WapCar – BM!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya? 13

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda