window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan?

Faisal · Apr 5, 2021 08:00 PM

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 01

Varian 1.8 G.

Toyota Corolla Cross sudah terjah pasaran kita untuk bersaing dengan SUV seperti Honda HR-V, Subaru XV, Mazda CX-30 dan Proton X70.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 02

Varian 1.8 V.

SUV Toyota yang terbaru ini ditawarkan dengan varian 1.8 G dan 1.8 V dengan julat harga RM 124,000 - RM 134,000.

Berapa banyak wang yang perlu diperuntukkan untuk anda memiliki Toyota Corolla Cross?

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 03

Varian 1.8 V.

Perkara ini bergantung pada varian yang anda berkenan dan kadar kewangan yang anda tetapkan seperti bayaran pendahuluan, tempoh pinjaman, dan faedah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk memudahkan pengiraan, kami akan gunakan kadar faedah sebanyak 2.27% dan bayaran pendahuluan sebanyak 10%.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 01

Varian 1.8 V.

Untuk itu, bayaran bulanan minimum yang diperlukan ialah RM 1,312,33. Tetapi, pengiraan ini adalah untuk varian G mengikut tempoh pinjaman selama 9 tahun.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 02

Varian 1.8 G.

Berdasarkan nasihat umum yang menyarankan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20% dari gaji bulanan, anda seharusnya bergajikan sekurang-kurangnya RM 6,561,65 sebulan.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 03

Varian 1.8 G.

Bayaran bulanan yang paling mahal sekalipun adalah untuk varian V dengan tempoh pinjaman selama 5 tahun. Untuk ini pula, bayaran bulanan yang diperlukan ialah RM 2,311.50. Umumnya, tempoh pinjaman yang pendek memerlukan gaji bulanan yang lebih tinggi sebagai syarat pelepasan pinjaman dari pihak bank.

Bayaran bulanan untuk pinjaman 5 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.8 G  124,000 2,139.00
1.8 V  134,000 2,311.50
Bayaran bulanan untuk pinjaman 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.8 G 124,000 1,607.57
1.8 V 134,000 1,737.21
Bayaran bulanan untuk pinjaman 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.8 G 124,000 1,312.33
1.8 V 134,000 1,418.17

Setakat manakah bezanya komitmen bulanan Toyota Corolla Cross berbanding pesaing?

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 04

Untuk ini, kami akan meletakkan fokus untuk perbandingan varian teratas.

Harga Toyota Corolla Cross hampir serupa dengan Subaru XV. Bertuahnya, Subaru XV bukanlah SUV yang popular di Malaysia, Jadi, tiada apa yang perlu Toyota Corolla Cross risaukan.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 05

Bagi anda yang belum tahu, Subaru XV adalah pilihan terbaik untuk mereka yang perlukan SUV AWD. Namun demikian, Toyota Corolla Cross menawarkan lebih praktikaliti dengan ruang but belakang yang lebih besar daripada Subaru XV (perbezaan sebanyak 100 liter).

Juga bacaToyota Corolla Cross 2021 vs Subaru XV : TNGA vs AWD - pertarungan 2 casis terbaik?

Bayaran bulanan untuk pinjaman 5 tahun
Model Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Mazda CX-30 High 2WD 159,109 2,744.63
Toyota Corolla Cross 1.8 V 134,000 2,311.50
Subaru XV GT 133,788 2,307.84
Proton X70 Premium X 122,800 2,118.30
Honda HR-V RS 118,581 2,045.52

Apa yang lebih menarik dari segi harga dan bayaran bulanan ialah Honda HR-V RS.

Namun begitu, Honda HR-V yang ada di pasaran Malaysia sekarang adalah model yang dibangunkan pada tahun 2013. Toyota Corolla Cross pula baru sahaja dibangunkan tahun lepas.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 06

Apapun, bayaran bulanan Toyota Corolla Cross sebenarnya RM 300 lebih daripada Honda HR-V. Tambahan RM 300 untuk sebuah SUV yang serba baru dengan teknologi yang paling terkini? Renung-renungkanlah.

Bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Mazda CX-30 High 2WD 159,109 2,062.73
Toyota Corolla Cross 1.8 V 134,000 1,737.21
Subaru XV GT 133,788 1,734.47
Proton X70 Premium X 122,800 1,592.01
Honda HR-V RS 118,581 1,537.32

Kemudiannya, kita ada Proton X70, antara SUV yang paling popular di Malaysia kerana harga dan spesifikasi yang luar biasa.

Untuk perbandingan varian tertinggi, bayaran bulanan diantara Corolla Cross dan Proton X70 hanya berbeza sebanyak RM 200.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 07

Namun begitu, harga Proton X70 Premium X sebenarnya lebih dekat dengan harga Toyota Corolla Cross 1.8 G.

Juga bacaToyota Corolla Cross vs Proton X70 - pilih ketahanan atau harga berbaloi?

Bayaran bulanan untuk pinjaman 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
Mazda CX-30 159,109 1,683.90
Toyota Corolla Cross 1.8 V 134,000 1,418.17
Subaru XV GT 133,788 1,415.92
Proton X70 Premium X 122,800 1,299.63
Honda HR-V RS 118,581 1,254.98

Jika dibandingkan dengan Mazda CX-30, walaupun untuk varian paling rendah (2WD High), anda perlu menambah RM 400 setiap bulan.

Konklusi

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 08

Dengan hadirnya ia di pasaran Malaysia, Toyota Corolla Cross dapat bersaing dengan SUV dari kedua-dua segmen B dan C sekaligus. Varian permulaan sahaja sudah bersaing terus dengan SUV popular seperti Proton X70.

Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan? 09

Varian 1.8 G.

Walaupun sambutan Toyota RAV4 dan C-HR yang lalu tidak berapa menggalakkan di pasaran Malaysia, impak yang diberi oleh Corolla Cross terbukti berbeza. Tidak sampai seminggu dilancarkan, model CBU telah dilaporkan habis licin. Kalau anda berminat, tempahan yang boleh dibuat sekarang hanyalah untuk model CKD.

Juga bacaToyota Corolla Cross 1.8G (CBU) 2021 laku keras dalam masa 6 hari, tempahan melebihi sasaran!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda