window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Haris · Apr 5, 2021 01:00 PM

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 01

Al Haj Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan telah melancarkan model Proton Saga di sana. Terdapat 4 varian dilancarkan iaitu Saga MT, Saga AT, Saga Ace dan Saga R3 Limited Edition. Ya, Proton Saga R3 Limited Edition turut ditawarkan di Pakistan sebanyak 100 unit terhad untuk membantu promosi pengenalan jenama Proton di sana.

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga pasaran Pakistan menggunakan enjin bersesaran 1,299 cc (95 PS, 120 Nm) berbanding enjin 1,332 cc (output kuasa sama) yang berada di pasaran Malaysia. Hal ini adalah disebabkan oleh struktur cukai di Pakistan yang lebih tinggi untuk enjin bersesaran 1.3 liter.

Walaubagaimanapun, model Proton Saga R3 tetap ditawarkan dengan enjin 1.3 liter (1,332 cc) yang sama seperti ditawarkan di Malaysia.

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 01

Khas untuk pasaran Pakistan, warna Quartz Black

Lebih menarik lagi, Proton Saga R3 ini ditawarkan dalam transmisi manual 5 kelajuan; suatu gandingan transmisi yang sangat diidam-idamkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, strategi pemasaran yang ini jelas memberi kelebihan untuk Proton Saga pasaran Pakistan di mana Proton perlu bertapak dengan lebih kukuh.

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 02

Dari segi kelengkapan, Proton Saga pasaran Pakistan masih berkongsi sebahagian besar ciri utama dengan model pasaran Malaysia. Varian paling atas ditawarkan dengan lampu LED siang (DRL), roda aloi 15 inci, dan skrin infotainment jenis terapung 7 inci.

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 03

Model Proton Saga pasaran Pakistan ditawarkan pada harga seperti berikut bermula PKR 1,975,000 (~ RM 54k) untuk Saga Standard MT manakala varian tertinggi Proton Saga Ace AT berharga PKR 2,225,000 (~ RM 60k).

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k! 04

Model Proton Saga R3 pula ditawarkan pada harga PKR 2,175,000 (~RM 59k) untuk transmisi manual manakala harga PKR 2,425,000 (~RM 66k) untuk transmisi automatik.

Bacaan Lanjut:

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Proton lancar edisi istimewa 2021 - Proton Saga R3, Proton Iriz R3, Proton Persona Black Edition dan Proton Exora Black Edition!

Proton lancar edisi istimewa 2021 - Proton Saga R3, Proton Iriz R3, Proton Persona Black Edition dan Proton Exora Black Edition!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda