window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah!

Faisal · Apr 5, 2021 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Istimewa untuk kaki offroad yang gemar menggembara dunia, Mitsubishi Motors Germany kini menawarkan sesuatu yang unik di pasaran Jerman. Turut dikenali sebagai Mitsubishi L200, trak pikap yang istimewa ini adalah hasil kerjasama Mitsubishi Motors Germany dengan GentleTent untuk menghasilkan versi yang lengkap sekali dengan khemah.

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 01

Khemah ini boleh disimpan seperti ini apabila tidak digunakan.

Pembeli yang berminat dengan khemah ini ditawarkan dengan pilihan pakej GT Roof, sepertimana yang anda dapat lihat pada Triton biru di atas. Satu lagi pilihan yang ada ialah pakej GT Pickup, seperti di gambar yang pertama.

Juga bacaGadis ubahsuai kereta jadi ‘Camper Myvi’. Myvi Boleh!

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 02

Untuk maklumat anda, khemah ini didirikan dengan menggunakan pemampat udara mudah alih ataupun pam tangan. Setelah angin diisi, khemah ini berupaya menghasilkan lantai seluas 1.5 meter persegi dengan kelegaan kepala sehingga 2.1 meter tinggi. Pada masa yang sama, ia dilengkapkan dengan 5 rongga udara ala tingkap dan satu tempat keluar masuk.

Secara teknikal, khemah ini boleh memuatkan 2 orang. Malah, tilam saiz penuh pun boleh dimuatkan dalam khemah ini. Jadi, anda boleh khayal dan lena di bawah jutaan bintang.

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 03

Sebenarnya, GentleTent turut menghasilkan khemah untuk pengeluar lain. Tetapi, Mitsubishi Motors Germany mengambilnya terus sebagai aksesori yang rasmi.

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 04

Menariknya, Mitsubishi Motors Germany turut menawarkan aksesori berkelah yang lain. Antaranya termasuklah gas memasak Primus, besen membasuh, sumber kuasa 12V, dan sumber air. Dah macam di rumah kan?

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 05

Untuk pengetahuan anda, pakej khemah GT Roof bermula dari harga €2,338 (RM 11,640). Khemah GT Pickup pula berharga dari €3,410 (RM 16,630).

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 06

Tetapi itulah. Pakej unik ini hanya terdapat di pasaran Jerman. Kalau anda idamkan sangat, boleh cuba gabungkan khemah berkelah biasa dengan Mitsubishi Triton anda. Kami yakin kaki offroad di luar sana pasti boleh.

Mitsubishi Triton tampil sebagai pikap 'camper', tak payah ubah suai Myvi dah! 07

Triton Athlete spec Thailand.

Di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia bakal melancarkan Triton Athlete tidak lama lagi. Sementara itu, anda boleh lihat perbandingaan Mitsubishi Triton dengan Toyota Hilux dan Isuzu D-Max di bawah.

Juga bacaMitsubishi Triton vs Toyota Hilux vs Isuzu D-Max - perbandingan trak pikap 3 penjuru!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda