window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"26 km saja" - Bawa 100 budak pengakap naik lori ke kem, sekolah dikecam kaw-kaw!

Mersita · Feb 3, 2023 04:00 PM

Terkenang zaman sekolah dulu; dibawa naik bas beramai-ramai dengan rakan sekolah ke kem untuk aktiviti ko-kurikulum. Keselamatan anak murid sentiasa diutamakan, namun kadangkala pengangkutan alternatif (seperti kereta cikgu) terpaksa juga digunakan atas sebab kekangan seperti kekurangan bajet.

Perkara lebih kurang sama dihadapi sebuah sekolah di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand - tapi kali ini, ia agak ekstrem. Satu klip video berdurasi 23 saat telah tular di media sosial, memaparkan lebih 100 pengakap sekolah berhimpit lelaki dan perempuan di atas lori 18 tayar untuk dibawa ke kem pengakap - mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan The Thaiger, Pengarah Wat Lam Nao School, Sommai Sudthanom, mengesahkan ketulenan video berkenaan dan mengakui bahawa dialah yang mengeluarkan arahan untuk rombongan itu dibawa ke kem menggunakan lori sawit miliknya sendiri.

Katanya, rombongan pengakap itu bergerak dari sekolah mereka di Bang Khen menuju ke Chaloem Phrakiat Scout Camp di Huai Yot untuk aktiviti perkhemahan empat hari tiga malam.

Alasan yang diberi bagi menjelaskan tindakannya ini termasuklah sekolah kekurangan peruntukan untuk menyewa bas. Memandangkan lori yang digunakan adalah miliknya sendiri, maka tiada kos diperlukan untuk membawa murid-murid terlibat.

“Kem pengakap itu hanyalah 26 km jauhnya dari sekolah. Murid-murid tak penat langsung. Ia (trak) ialah kenderaan besar dan barangkali lebih selamat daripada trak pikap ataupun songthaew,” jelasnya lagi. Sommai juga mendakwa ibu bapa murid terlibat sudahpun dimaklumkan terlebih dahulu tentang mod pengangkutan yang digunakan sebelum aktiviti kem itu dijalankan.

Juga baca: Kanak-kanak main dalam cab terbuka Mitsubishi Triton tengah hujan, mana mak bapaknya?

Apa pun alasan yang diberikan, membawa penumpang menggunakan pengangkutan terbuka seperti ini adalah sangat berbahaya lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Apa kata anda? Jom komen di FB WapCar-BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda