Inilah dia, Honda Civic FE 2022 (FE) versi produksi – debut dunia pada 28 April ini!
Zamil Syaheer · Apr 15, 2021 09:30 AM
0
0
Tiada lagi imej tertiris, spyshot, atau paten – Honda akhirnya telah menunjukkanHonda Civic2022 generasi ke-11 di mata dunia lebih awal daripada debut 28 April akan datang.
Menggunakan kod FE, Civic terbaru ini menukar penampilannya daripada FC yang agresif ke rupa dan garisan badan yang lebih elegan serta matang ala abangnya, Honda Accord.
Persiapan untuk produksi besar-besaran model ini di kilang Honda yang berada di Alliston, Canada hampir siap. Buat pertama kalinya, Civic Hatchback bakal dibina di Amerika Syarikat pada suatu masa yang akan diberitahu kelak tahun ini.
Honda hanya mengeluarkan satu-satunya imej Civic berwarna merah ini untuk menggoda anda buat masa ini. Maklumat tambahan, termasuk lebih banyak imej, video, dan spesifikasi akan dikeluarkan pada 28 April melalui acara dalam talian.
Di rantau ASEAN pula, Civic serba baru ini sedang sibuk diuji di Thailand. Tetapi ianya tidak akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat kerana Honda memerlukan masa untuk pemasangan tempatan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.