window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'?

Mersita · Apr 17, 2021 04:00 PM

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 01

Pasaran SUV sememangnya semakin berkembang di Malaysia. Dengan kelebihannya iaitu ruang kabin yang lebih luas dan lebih tinggi berbanding hatchback dan sedan membuatkannya digemari ramai – baik yang bujang mahupun yang sudah berkeluarga. Seperti mana-mana jenis kereta yang lain, harga atau nilai bagi SUV akan menurun sejurus selepas ia dipandu keluar dari bilik pameran.

Dalam entri terdahulu, kami dah bincangkan nilai jual-semula (resale value) bagi sedan segmen B dan sedan segmen C. Kali ini, kami ingin kupas tentang nilai jualan semula SUV segmen C pula.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 01

Nak jual kereta anda dengan mudah?

Walaupun pasaran masa kini menjadi semakin popular dimana pelanggan dihujani pula dengan pelbagai pilihan, namun lima tahun lalu keadaannya tidak seperti ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 01

Oleh itu, kami akan kupas satu-persatu nilai jualan-semula bagi tiga model SUV yang popular – Honda CR-V, Nissan X-Trail, serta Volkswagen Tiguan bagi mengkaji tahap ketahanan nilainya di pasaran kereta terpakai setelah berusia 5 tahun ke atas.

Pusingan Pertama: CR-V kekalkan nilai lebih baik

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 02

Kita mulakan dengan SUV kegemaran rakyat Malaysia. Sebelum Proton X70 dilancarkan, Honda CR-V merupakan SUV segmen C paling laris di Malaysia dan CR-V generasi keempat dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013. Satu model facelift diperkenalkan dua tahun kemudian pada 2015.

Penurunan nilai Honda CR-V 2016
Harga ketika serba baru RM 167,620
Purata harga CR-V 2016 terpakai RM 81,256
Nilai dikekalkan 48.5%

Pada tahun 2016, Honda CR-V 2.4 serba baharu dijual dengan harga bermula dari RM 167,620. Berdasarkan kajian kami, varian CR-V yang sama berusia lima tahun dijual pada harga purata RM 81,256.

Ini bermaksud yang SUV boleh mengekalkan sekitar 48.5% daripada nilai asalnya selepas lima tahun.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 03

Bolehkah Nissan X-Trail mengekalkan nilai yang lebih tinggi? Imbas semula, X-Trail generasi T32 dilancarkan pada tahun 2015. Jika ia dibandingkan dengan CR-V generasi keempat pada masa itu, X-Trail ini tampak lebih baru.

Penurunan nilai Nissan X-Trail 2016
Harga ketika serba baru RM 159,164
Purata harga X-Trail 2016 terpakai RM 74,110
Nilai dikekalkan 46.7%

Harga bagi X-Trail 2.5 serba baru bermula dari RM 159,164 pada tahun 2016. Kajian kami sendiri menunjukkan yang X-Trail varian sama keluaran tahun yang sama dijual pada harga purata sekitar RM 74,110 – memegang lebih kurang 46.7% daripada nilai asalnya.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 04

Error 404: Data tak mencukupi

Kesimpulannya, sebuah CR-V berusia 5 tahun boleh mengekalkan nilai lebih baik sedikit berbanding sebuah X-Trail yang sebaya dengannya.

Tapi, kajian kami belum sampai penghujungnya lagi. Ya, kami ada masukkan nama Volkswagen Tiguan di dalam tajuk entri ini, akan tetapi kami ‘terkandas’ sedikit kerana data tidak mencukupi untuk melihat nilai Tiguan 2016.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 05

Pada masa yang sama, kami berjaya kumpul data untuk Tiguan 2017. Oleh itu, bagi perbandingan yang adil lagi saksama, kami nak ubah sikit – jom bandingkan Tiguan 2017 dengan CR-V dan X-Trail yang sebaya dengannya pula.

Pusingan Kedua: Kereta Jerman lebih tinggi nilainya daripada kereta Jepun?

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 06

Tahun 2017 menyaksikan perubahan besar bagi dua daripada tiga SUV ini. Sebagai permulaan, Honda CR-V generasi kelimat dan generasi terkini dilancarkan dan enjin 2.4 liternya digugurkan untuk diganti dengan enjin VTEC 1.5 liter berpengecas turbo.

Penurunan nilai Honda CR-V 2017
Harga ketika serba baru RM 142,400
Purata harga CR-V 2017 terpakai RM 110,392
Nilai dikekalkan 77.5%

Varian 2.0 liter beraspirasi natural (NA) masih dikekalkan dan apabila ia dilancarkan, harganya bermula dari RM 142,400. Di dalam pasaran kereta terpakai, CR-V berusia 4 tahun dari varian yang sama dijual pada harga sekitar RM 110,392.

Ini bermaksud yang ia mampu mengekalkan sekitar 77.5% daripada nilai asalnya setelah 4 tahun berlalu.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 07

Perubahan kedua pula ialah kehadiran Volkswagen Tiguan generasi kedua di Malaysia pada tahun 2017. Tiguan CKD (dipasang tempatan) boleh didapati dengan enjin TSI 1.4 liter berpengecas turbo.

Penurunan nilai Volkswagen Tiguan 2017
Harga ketika serba baru RM 149,578
Purata harga Tiguan 2017 terpakai RM 99,917
Nilai dikekalkan 66.8%

Ia dikeluarkan dalam dua varian dengan harga bermula dari RM 149,578 ketika ia masih baru 4 tahun lalu. Hasil dapatan kami menunjukkan yang pada puratanya, Tiguan berusia 4 tahun dijual pada harga RM 99,917 – mengekalkan 66.8% daripada harga asalnya.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 08

Berbeza dengan Tiguan dan CR-V, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membiarkan X-Trail kekal sama pada 2017. Bagi memberi sedikit pembaharuan pada X-Trail, ETCM memperkenalkan Aero Edition sebagai bodykit SUV berkenaan.

Penurunan nilai Nissan X-Trail 2.0 2017
Harga ketika serba baru RM 136,976
Purata harga X-Trail 2.0 2017 terpakai RM 71,503
Nilai dikekalkan 52.2%

Harga bagi X-Trail serba baru bermula dari RM 136,976 bagi varian 2.0 liter pada tahun 2017. Pencarian info di internet bagi pasaran kereta terpakai mendedahkan yang model berusia 4 tahun dijual pada harga sekitar RM 71,503, bersamaan dengan pengekalan nilai sebanyak 52.2%.

Penurunan nilai Nissan X-Trail 2.5 2017
Harga ketika serba baru RM 159,164
Purata harga X-Trail 2.5 2017 terpakai RM 76,048
Nilai dikekalkan 47.8%

Nilai bagi varian 2.5 liter dengan usia sebaya sebenarnya lebih teruk dengan purata harga sekitar RM 76,048 berdasarkan kajian kami – bertahan dengan hanya 47.8% dari nilai asal!

Kesimpulan: Honda menang lagi dalam pusingan kali ini

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 09

Kuasa keunggulan ‘Lambang H’ sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Berdasarkan kajian kami, CR-V mampu mengekalkan nilai yang tinggi sama seperti adik-beradik jenis sedannya iaitu City dan Civic dalam segmen masing-masing.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 10

Dapatan yang lebih mengejutkan dari kajian ini ialah betapa teruknya nilai jualan-semula X-Trail, terutama sekali apabila dibandingkan dengan Tiguan. Kedua-dua varian X-Trail mempunyai nilai jual-semula yang paling teruk di antara tiga model ini setelah ia mencecah usia 4 tahun.

Apa-apa pun, nampak gayanya persepsi yang mengatakan kereta jenama Jepun sentiasa mempunyai nilai jual-semula tinggi adalah salah sama sekali.

SUV-C yang mana paling tahan nilai ‘resale’nya selepas 5 tahun? Honda masih 'King'? 01

Kami ada beberapa tip-tip lain bagi membantu anda dalam proses menjual kereta anda termasuklah borang-borang dan dokumen yang diperlukan serta faktor-faktor yang akan menjejaskan nilai jual-semula kereta anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda