window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!

Faisal ยท Apr 22, 2021 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang anda lihat di sini ialah GWM Pao. Ia merupakan trak pikap di kelas 1 tan yang akan bersaing dengan Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max, Ford Ranger, dan Nissan Navara.

GWM Pao ini apa benda?

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 01

Sewaktu jenama GWM dilancarkan di Thailand, syarikat itu memberikan petunjuk bahawa mereka ingin bertanding di segmen trak pikap. Bagi anda yang belum tahu, trak pikap GWM dipasarkan di China dengan nama Pao manakala pasaran Australia menggunakan nama Ute.

Juga bacaGreat Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 02

GWM Pao yang diperlihatkan eksklusif untuk anda ini dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 163 PS dan 400 Nm tork. Hembusan kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Menurut lampiran pelepasan yang wajib ditunjuk di Australia, trak pikap ini menggunakan bahan api sebanyak 9.4 liter/100 km.

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 03

Dari segi infotainment, GWM Pao spec Austalia hadir dengan skrin sesentuh bersaiz 9 inci sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, beberapa port USB termasuk satu yang berdekatan dengan cermin pandang belakang turut didatangkan bagi menyokong peranti dashcam.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 04

Untuk maklumat anda, GWM Pao atau Ute sarat dengan ciri keselamatan yang mana ia hadir dengan:

  • Autonomous emergency braking
  • Forward collision warning
  • Lane departure warning
  • Lane keeping assist
  • Sistem pengesan lampu isyarat
  • Kawalan pelayaran adaptif

Juga bacaINTIPAN - Haval First Love kini di Malaysia!

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 05

Di Australia, varian teratas ditawarkan dengan harga AUD 40,990 (RM 130k), lebih murah berbanding Toyota Hilux (AUD 68,990 atau RM 219k) ataupun Isuzu D-Max (AUD 62,900 atau RM 200k).

Jadi, bilakah GWM Pao akan mula dijual di Malaysia?

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger! 06

Walaupun pernah diintip, pelancaran GWM Pao tidak semestinya berlaku dalam masa terdekat. Malah di Thailand sendiripun belum dijual. Apapun, kami menjangkakan bahawa GWM Pao berspesifikasi Malaysia nanti akan diimport dari Thailand.

Juga bacaSpyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan siapakah yang bakal menjadi pengedar GWM di Malaysia.

Apapun, pengedar GWM yang baru nanti dijangka membuat pengumuman dalam masa terdekat. Segala persoalan seperti model, harga, dan stok juga akan terjawab tidak lama lagi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

GWM Cannon Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda