window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V!

Haris · Apr 24, 2021 06:00 PM

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V! 01

Honda City RS 2021 adalah model hibrid Honda paling murah namun ia masih berharga premium iaitu RM 105,951. Justeru itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan Honda City RS, adakah enjin hibrid i-MMD akan menghukum anda dengan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi?

Oleh itu, di sini kami senaraikan jadual untuk kos selenggara Honda City RS 2020!

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapa kos selenggara Honda City RS 2020?

Jadual kos dan servis Honda City RS 2020
Bulan Jarak (km) Kos (RM)
1 1,000 0
6 10,000 267.98
12 20,000 317.98
18 30,000 401.25
24 40,000 317.98
30 50,000 267.98
36 60,000 473.01
42 70,000 267.98
48 80,000 317.98
54 90,000 401.25
60 100,000 693.2
Jumlah 3,726.59

Dalam jangka masa 5 tahun / 100,000-km, kos sebanyak RM 3,726.59 diperlukan untuk menyelenggara Honda City RS di pusat servis sah Honda. Jumlah ini hanyalah RM 56.88 lebih tinggi berbanding Honda City 1.5 biasa.

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V! 01

Honda Malaysia kini menawarkan caj pemasangan/tenaga kerja percuma untuk setiap selang 2 kali perkhidmatan, sehingga jarak 5 tahun / 100,000-km.

Servis paling mahal untuk Honda City RS dilakukan pada jarak 60-bulan / 100,000-km disebabkan oleh palam pencucuh (spark plug) diganti. 4 palam pencucuh iridium berharga RM 502.42 untuk diganti.

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V! 02

Harga ini tidak termasuk kos penggantian tayar atau bateri. Selain itu, pilihan minyak enjin juga akan mempengaruhi jumlah kos servis yang perlu dibayar.

Walaubagaimanapun, kos menggantikan bateri hibrid pada Honda City RS masih belum dinyatakan oleh Honda Malaysia secara rasmi, tetapi sebagai perbandingan, harganya untuk menggantikan bateri hibrid pada City Hybrid dan Jazz Hybrid generasi sebelum ini adalah kurang dari RM 6,000.

Jika anda masih ragu-ragu, bateri hibrid Honda sebenarnya lebih tahan berbanding Toyota. Rujuk artikel kami di bawah.

Honda City RS 2020: rupanya 'maintain' hibrid Honda tak mahal, cuma lebih RM 56 berbanding varian V! 03

Selain itu, semak juga artikel untuk kos penukaran tayar yang kami tulis. Masih ragu-ragu dengan kebolehpercayaan hibrid? Maaflah, dunia semakin maju meninggalkan persepsi anda.

Bacaan Lanjut:

Honda City 2020 serba baru: Harga dan kos servis yang lebih murah berbanding generasi dahulu?

Panduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Inilah tayar terbaik tahun 2020 untuk saiz 13 hingga 17 inci!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda