window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya!

Mersita · Apr 27, 2021 11:59 AM

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya!

Sudah lebih 5 minggu berlalu sejak kami dapat Perodua Ativa kami dan ia sudahpun dipandu sejauh 3,000 km menurut bacaan odometer. Cik Tiva kami terbukti memudahkan dan cukup praktikal bagi pasukan WapCar dan tak banyak aduan yang kami terima dari ahli penulis kami.

Namun malangnya, kami ada satu perkhabaran kurang baik tentang Cik Tiva. Ingat tak laporan kami yang terdahulu tentang bunyi bergetar di bahagian belakang kereta? Nampak gayanya bunyi itu kembali menghantui kami, buat kami stress.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 02

3,490 kilometer sudah ditempuh Ativa kami

Jika anda pengikut tegar kisah pengalaman pemilikan Ativa kami, anda pasti sudah maklum yang masalah ini sudah diselesaikan pada awal bulan April ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pusat servis Perodua di Sg. Penchala telah berjaya mengesan dan mengenal pasti punca masalah bunyi getaran ini – brek dram belakang sebelah kanan.

Ada kelonggaran sedikit pada brake shoe, mengakibatkan bunyi getaran tersebut.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 01

Bunyi getaran ini sudah dibaiki dalam servis terdahulu, namun kini ia kembali lagi

Proses pembaikannya mudah saja – mekanik di pusat servis Perodua itu cuma ketatkan dan laraskan semula beberapa komponen pada brek belakang sebelah kanan Cik Tiva, bunyinya pun hilang.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 02

Kami memang berpuas hati dengan servis yang diberikan, lalu kami teruskan memandu Cik Tiva seperti biasa. Namun, 2 minggu kemudian, nampak gayanya bunyi sama kembali menjengkelkan kami setiap kali kereta dipandu atas permukaan jalan tidak rata. Walau dipandu atas tampalan jalan yang kecil pun boleh mendatangkan bunyi kurang enak ini.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 03

Tampalan jalan yang kurang rata boleh mengakibatkan bunyi getaran didengari di dalam Ativa kami

Agak sukar bagi kami untuk jelaskan bunyinya dalam bentuk penulisan. Oleh itu, sila klik dan tonton video di bawah untuk dengar bunyi yang dimaksudkan – datang dari bahagian belakang sebelah kanan Ativa kami:

Dapat dengar tak? Bunyinya seperti ada benda yang longgar bergerak-gerak di dalam but atau poket pintu. Bagi yang baru menaiki kereta ini buat pertama kali, mungkin tak perasan akan bunyi ini. Namun, jika anda terpaksa hadap bunyi ini hari-hari, anda pun stress.

Perodua sudah jelaskan pada kami yang isu ini bukan isu keselamatan. Oleh itu, jalan penyelesaian ringkas kami buat sementara waktu ialah pasang bunyi radio kuat-kuat bagi menenggelamkan bunyi getaran berkenaan.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 04

Kami tak kisah kalau bunyi getaran ini datang dari kereta berusia 5 tahun. Namun, bagi kereta yang baru saja 5 minggu dibeli serba baru, hal ini bagi kami tak patut ada. Tak sangka hanya satu bahagian longgar boleh jejaskan pengalaman berkereta baru kami.

Kami sudah sedia maklum yang bunyi ini datang daripada brek dram belakang sebelah kanan. Oleh itu, agaknya tak perlu lagi kami tercari-cari puncanya. Persoalannya sekarang ialah; bagaimana caranya kami boleh singkirkan bunyi ini sama sekali supaya ia tidak muncul kembali?

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 05

Apa yang patut kami buat?

Yang pasti, kami akan pergi semula ke pusat servis Perodua. Tetapi, adakah kami patut gunakan kaedah sama seperti dahulu iaitu ketatkan komponen sahaja? Ataupun adakah kami perlu minta pemasangan semula brek dram baharu?

Apa pendapat anda, patutkah kami ketatkan saja atau ganti baru? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen WapCar – BM.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 06

Purata penggunaan petrol Ativa

Bunyi getaran ditolak ketepi, kami nak ceritakan pula tentang stiker EEV yang menyatakan penggunaan petrol 5.3 liter/100 km (angka akuan Perodua). Al-kisahnya angka bacaan ini belum lagi dapat kami capai.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 07

Bacaan terbaik yang kami dapat setakat ini hanyalah 6.7 liter/100 km berdasarkan meter penggunaan minyak di dalam Ativa. Dengan menggunakan kaedah pengisian semula petrol kami, kami berjaya dapatkan bacaan terbaik iaitu 6.39 liter/100 km.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 08

Secara puratanya, bacaan yang kami perolehi ialah 7.5 liter/100 km dengan kombinasi pemanduan di kawasan urban dan lebuhraya. Gaya pemanduan juga biasa-biasa saja seperti kebanyakan pemandu di Malaysia.

Purata penggunaan petrol Ativa kami setakat ini:

Bacaan meter penggunaan petrol (FC) Perodua Ativa
Bacaan odometer ketika diisi semula Bacaan FC (km/l) Bacaan FC (l/100km)
20 km - -
421 km 13 km/l 7.69 l/100 km
740 km 12 km/l 8.33 l/100 km
1,032 km 14.8 km/l 6.76 l/100 km
1,453 km 13.2 km/l 7.57 l/100 km
1,750 km 11.9 km/l 8.40 l/100 km
1,976 km 12.5 km/l 8.00 l/100 km
2,200 km 12.6 km/l 7.94 l/100 km
2,577 km 12.8 km/l 7.81 l/100 km
2,826 km 9.6 km/l 10.41 l/100 km
3,217 km 14.1 km/l 7.09 l/100 km
3,490 km 13.1 km/l 7.63 l/100 km

*Perbezaan ketara dalam penggunaan minyak pada 2,826 km adalah disebabkan oleh drag race yang kami jalankan dengan rakan dari laman web automotif lain.

Itu saja kemaskini kisah pengalaman pemilikan Ativa kami setakat ini. Kami sedang dalam proses menyiapkan beberapa perbandingan untuk disiarkan tak lama lagi; contohnya Ativa vs. Almera dan Ativa vs. Myvi. Sementara kami cuba untuk selesaikan masalah bunyi getaran ini sekali lagi, ikut kami rapat-rapat di laman ini dan laman Facebook WapCar – BM.

Lebih banyak kisah pengalaman pemilikan jangkamasa panjang kami di sini.

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya! 09

Baca juga:

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda