window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Haris Β· Apr 29, 2021 02:00 PM

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 01

Sebagai sebuah model idaman ramai OKB (Orang Kaya Baru) di Malaysia, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire agak sukar ditemui dengan warna selain daripada hitam dan putih. Kedua-dua model ini hanya dapat dilihat dengan warna hitam dan putih, jarang sekali ditampilkan dengan warna lain

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 02

Penjelasan mudah adalah warna putih dan hitam adalah warna yang paling popular bagi pemilik kereta Jepun tetapi kekurangan permintaan untuk warna konservatif lain seperti perak juga sedikit membingungkan, walaupun mengikut standard moral Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 01

Warna Sparkling Pearl Blue. Foto: Hamza

Tahukah anda, rakyat Jepun tidak suka menonjol, sekurang-kurangnya pada kereta harian mereka? Selain itu, ia dianggap tidak sopan untuk menghadiri majlis sosial penting seperti majlis perkahwinan menggunakan kenderaan berwarna selain daripada warna konservatif - putih, perak, kelabu, atau hitam.

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 02

Toyota Alphard berwarna perak. Foto: XZYT Cars

Golongan kayangan di Jepun yang menyimpan Porsche 911 GT3 dalam warna Miami Blue tetap akan memiliki sebuah Toyota Alphard atau Toyota Crown sedan berwarna konservatif untuk acara sosial atau korporat yang penting.

Oleh itu, mengapa Toyota tidak mahu menampilkan sedikit personaliti warna pada 2 model mercu mereka ini?

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 03

Juga jarang ditemui dalam warna ini

Seperti yang anda jangkakan, ini semua bisnes, didorong semata-mata oleh nilai jualan semula. Hal ini dijelaskan oleh sebuah portal automotif Jepun selepas menemu ramah beberapa pengedar Toyota di sana.

Toyota Alphard sangat laris bukan hanya di Jepun tetapi juga di seluruh dunia. Terdapat persepsi bahawa kereta berwarna putih atau hitam mempunyai nilai jualan semula yang terbaik, justeru memperkuatkan lagi persepsi positif ini terhadap kitaran pembelian.

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 04

Sebab lain adalah warna putih kelihatan sangat sesuai dengan imej Toyota Alphard, manakala Toyota Vellfire kelihatan cocok dengan warna hitam. Minat terhadap Vellfire semakin berkurangan tetapi masih lagi sebuah model yang sangat popular di seluruh Asia.

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 05

Malangnya, tiada alasan yang lebih mendalam mengenai persoalan ini selain daripada nilai jualan semula dan persepsi bahawa warna monokrom selamat mempunyai daya tarikan yang lebih luas.

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih? 06

Toyota Alphard / Vellfire sebenarnya boleh didapati dalam 7 warna, termasuk Dark Red Mica Metallic tetapi yang dijual oleh pengedar recond kebanyakannya terdiri daripada salah satu daripada dua warna iaitu putih - White Pearl atau Luxury White Pearl - atau hitam.

Bacaan Lanjut:

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta

Sejarah Toyota Alphard: Pembangunan yang menjadi raja segala MPV

Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda