window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia

Mersita Β· May 2, 2021 06:00 PM

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 01

Secara amnya, kebanyakan kereta tak kekal lama dan ramai pemilik yang akan menukar kereta mereka kepada yang baru setelah beberapa tahun menjadi kereta belasahan. Namun, masih ada beberapa kereta yang kekal sempurna fungsinya setelah sekian lama dibeli, ada juga yang sejak dari puluhan tahun lalu.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 02

Proton Waja berusia hampir 20 tahun milik rakan penulis kami

Bagi senarai Carta Tertinggi kami kali ini, kami ingin tumpukan pada kereta-kereta yang secara amnya tampak seperti takkan pupus di jalan raya. Ada juga antara kereta-kereta ini yang tahan lasak sehinggakan ia mampu bertahan walau apa pun yang terjadi. Sebagai konteks, anda mungkin boleh samakan ia dengan Nokia 3310 yang cukup lejen.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 03

Bentuk bersegi, namun ada kereta Continental yang lebih moden dan lasak

Sebahagian besar daripada kereta tersenarai di bawah masih boleh ditemui meluncur laju di jalan raya. Ada yang boleh dibeli dengan harga yang murah dan alat gantinya juga masih mampu-milik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz W124

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 01

Apabila ditanya tentang Mercedes-Benz yang tahan lasak, mungkin anda akan dapat W123 sebagai jawapannya. Tetapi, ia dianggap kereta yang agak berusia. Kereta Merc yang ‘old-school’ memang menarik; namun, jika anda mencari sesuatu yang lebih moden sedikit, apa salahnya Mercedes-Benz W124?

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 02

Enjin M104 yang amat tahan lasak

Mercedes-Benz W124 dilancarkan pada November 1984 sebelum ia diberi nama gelaran E-Class pada 1993. Sama seperti mana-mana model Mercedes-Benz yang dibangunkan pada era 1980-an, tahap kejuruteraannya melampau namu ia tidak serumit seperti W140 S-Class.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 03

Kereta ini sudah capai jarak-tempuh hampir 400,000! (Kredit: Drive Every Day)

Mercedes-Benz menyempurnakan formula bagi kebolehtahanan keatas W124 dari model sebelumnya.

Oleh itu, jangan terkejut jika melihat W124 terpakai dijual dengan jarak-tempuh sudah melebihi 200,000 km. Manakan tidak, 2.7 juta unit telah dibina ketika ia berada di pasaran selama lebih 10 tahun.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 04

Sebuah 300E-24 yang ‘rare’ dan pernah dipaparkan di Owner Review

Asalkan ia masih kereta mewah Jerman dan bergantung pada enjin mana yang anda dapat, anda samada menangis sebab kena bayar cukai jalan tinggi dan/atau kos penjagaan yang mahal. Apa-apa pun, ia masih sebuah kereta yang tahan lasak dan cukup selesa.

Nissan AD Resort

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 05

Station wagons atau estates sememangnya tidak mendapat sambutan begitu hangat dari rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, suatu ketika dahulu station wagons lebih popular daripada trak pikap.

Nissan AD Resort adalah salah satu station wagon yang terakhir ditawarkan oleh satu jenama terkenal apabila ia dilancarkan pada 1993.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 06

Dalam perspektif tertentu, anda boleh gelarkan AD Resort sebagai Nissan Sentra B13 versi wagon. Sentra B13 dahulunya pernah meluncur laju di Genting Highlands sebagai teksi.

Tetapi, titik jualan utama bagi AD Resort ialah praktikalitinya, bukan kebolehannya untuk touge atau layan corner.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 07

GA16, kurang kuasa tapi cukup tahan lasak

Tambahan pula, AD Resort dilancarkan lebih kurang sama waktunya ketika Sentra B13 digantikan dengan Sentra B14. AD Resort yang ditawarkan di Malaysia dikuasakan oleh enjin GA16 1.6 liter yang dipadankan dengan kotak gear samada jenis manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 08

Walaupun kemudiannya AD Resort menjadi kereta kegemaran untuk tukar-tukar enjin, enjin stok GA16 adalah enjin yang agak tahan lasak dan cekap minyak.

Malah, dengan ruang yang luas di belakang, anda boleh gunakannya untuk pergi memancing bersama rakan-rakan. AD Resort terpakai cukup murah dan ada banyak di pasaran.

Nissan C22 Vanette

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 09

Sebelum Toyota Unser diperkenalkan sebagai MPV mampu-milik di Malaysia, pilihan popular bagi kenderaan untuk membawa ramai penumpang ialah van biasa dan tiada van lain yang lebih ikonik daripada Nissan C22 Vanette.

Diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 80-an, C22 Vanette dahulunya dijual oleh Edaran Tan Chong Motors (ETCM) sehingga tahun 2010.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 10

Harganya RM 32,633 pada 1992, atau lebih kurang RM 65,000 dalam duit masa kini

Malah, walaupun produksi global bagi C22 Vanette berakhir pada tahun 1994, penghasilannya masih diteruskan di Malaysia iaitu di kilang ETCM di Segambut. Beberapa unit juga dieskpot ke negara luar.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 11

Percaya atau tidak, ini ialah model 2009

Setelah dijual di pasaran lebih 20 tahun, C22 Vanette merupakan salah satu model paling lama dihasilkan di negara ini. Walaupun ia melalui beberapa fasa perubahan reka bentuk terutama sekali pada jeriji hadapannya, ia masih mengekalkan rekaan ruang dalaman zaman 80-an.

Walaupun ia rekaan lama, ia memang tahan lasak terutama sekali bagi sebuah kenderaan belasahan.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 12

Vanette dikuasakan dengan enjin lama A15 1.5 liter yang menghasilkan kuasa 82 PS. Walaupun dengan usianya, ia cukup bagus untuk kegunaannya. Tak hairanlah ia masih lagi kekal sebagai van pasar malam yang sering kita lihat di belakang gerai-gerai.

Nissan Sunny 130Y

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 13

C22 Vanette bukanlah satu-satunya model yang paling lama dijual oleh ETCM. Walaupun ia boleh diterima sebagai kenderaan komersial yang masih digunapakai dalam jangkamasa lama, barangkali Nissan Sunny 130Y lain pula ceritanya.

Sebelum ada kereta nasional yang dilancarkan, persaingan bagi kereta paling popular di Malaysia dihangatkan oleh Toyota Corolla dan Nissan Sunny. Selalunya, Nissan Sunnylah yang jadi juara dan ini disebabkan oleh Sunny 130Y pada 1982.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 14

Ia didatangkan dengan bampar penyerap hentakan yang moden!

Model ini teramat popular di kalangan rakyat Malaysia dan walaupun apabila Proton mula mendominasi pasaran, ramai pembeli masih memilih Sunny dalam cubaan untuk mengelak daripada jenama baru tempatan.

Ia begitu popular sehinggakan jualan bagi Sunny berterusan sehingga tahun 1996, dijual seiring dengan 3 generasi barunya yang dilencanakan sebagai Sentra.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 15

Walaupun ia nampak cantik dan kemas serupa peralatan elektrik di rumah, Sunny memang tahan lasak seperti peralatan elektrik rumah yang dikatakan. Enjin E13 1.3 liternya cukup mudah untuk dijaga dan secara amnya jarang sekali buat hal.

Zaman sekarang, ia mungkin dianggap sebagai kereta belasahan memandangkan betapa murahnya ia di pasaran terpakai. Tapi, sekurang-kurangnya ia sebuah kereta yang tahan lama dan cukup lasak.

Perodua Kelisa

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 16

Kalau nak diikutkan, Kancil ialah kereta rakyat marhaen di Malaysia dan harganya yang mampu-milik membuatkannya kereta yang ‘simple’ dan tak memeningkan kepala.

Walau bagaimanapun, bagi senarai ini, kami ingin tumpukan perhatian pada Si Malaysian Mini, Perodua Kelisa.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 17

Ia dilihat sebagai ‘abang’ kepada Kancil walaupun kedua-duanya adalah berdasarkan Daihatsu Mira, cuma generasi berbeza. Kelisa dikuasakan oleh samada enjin ED-DE 847-cc ataupun enjin EJ-DE 989-cc. Kedua-dua enjin Daihatsu ini secara amnya memang tahan lasak.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 18

Kelisa ini menjadi peneman pemiliknya sejak dari kecil lagi. Anda boleh baca rebiu pemiliknya di sini

Tapi, perkara yang membezakan enjin-enjin ini dari yang lain adalah kelincahannya. Nak rev si kenit ini memang tak ada masalah. Walaupun kotak gear manualnya cukup menyeronokkan si pemandu setiap kali gear dialih, kotak gear automatiknya pula menyantuni poket anda dengan kecekapan minyaknya.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 19

Tak hairanlah jika anda dapati yang si Kelisa dapat mengekalkan nilai yang cukup tinggi di pasaran kereta terpakai. Ia adalah kereta kompak yang sesuai untuk ramai orang, tak kiralah jika anda mahukan kereta bandar yang simple atau roket jalan raya berbadan kecil.

Proton Iswara

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 20

Sama seperti Sunny 130Y, anda mungkin boleh pertimbangkan Iswara sebagai kereta belasahan dengan keistimewaannya yang tersendiri. Proton Iswara secara amnya dilihat sebagai Proton Saga facelift dengan rekaan Malaysia yang lebih ori.

Namun dalam caranya yang tersendiri, ia menjadi satu naik-taraf bagi kereta nasional pertama Malaysia.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 21

Iswara dilancarkan pada 1992 dan masih lagi mengekalkan trenkuasa bersumberkan Mitsubishi dalam bentuk enjin Magma 1.3 liter (4G13P) atau 1.5 liter (4G15P).

Walau bagaimanapun, berbeza daripada Saga original yang diberi beberapa naiktaraf trenkuasa sepanjang masanya berada di pasaran, Iswara masih lagi mengekalkan trenkuasa yang sama sehinggalah ia diganti dengan Saga LMST pada tahun 2003.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 22

Oleh itu, walaupun ia menggunakan trenkuasa yang sama sepanjang tempoh produks 10 tahunnya, Iswara masih lagi dianggap sebagai kereta yang tahan lasak dan alat gantinya masih lagi cukup murah. Memandangkan kebanyakan alat gantinya mekanikal, ia agak mudah untuk dijaga dan diselenggara.

Proton Wira

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 23

Berbeza dengan si Iswara, Proton Wira ditawarkan dengan pelbagai jenis enjin – dari enjin 4G13 1.3 liter sehinggalah enjin diesel 4D68 2.0 liter. Walaupun ada diantara enjin-enjin ini sangat ‘rare’ atau diangkat sebagai enjin berkuasa, satu tema yang dikongsi antara enjin-enjin ini ialah kebolehtahanannya.

Baca juga: Dah tahun 2021, kenapa Proton Wira kekal kereta #1 paling kerap dicuri? Inilah 4 sebab utama!

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 24

Proton menghasilkan 952,216 unit Wira bermula dari 1993 sehingga 2009, tapi kami tak mahu menggelarkannya sebagai kereta belasahan hanya kerana ia dijual pada harga murah di pasaran kereta terpakai. Secara amnya, Wira amat mudah untuk dibeli dan alat gantinya masih lagi boleh didapati.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 25

Enjin 4G92 1.6 liter seperti yang dilihat di dalam Wira

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak enjin yang boleh didapati, kami sarankan enjin 4G92 1.6 liter sebagai trenkuasa yang paling selamat dan paling seimbang berbanding pilihan lain.

Enjin 4G93 1.8 liter sememangnya berkuasa, namun jika anda mahukan kereta yang tak banyak ragam bagi kegunaan harian, pilihan enjin pertengahanlah yang paling sesuai.

Toyota Corolla SEG AE101

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 26

Japanese Bubble Era bukan saja menghasilkan beberapa kenderaan yang aneh dan lejen, namun zaman itu juga menghasilkan Toyota Corolla yang paling tahan lasak selama ini.

Apabila Toyota Corolla generasi ketujuh (dikenali ramai sebagai Corolla SEG di Malaysia) dibangunkan, ia sepatutnya menjadi kereta ala-Lexus mini.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 27

Mungkin nampak ‘boring’ tapi ia amat tahan lasak

Oleh itu, ia bukan sahaja Corolla yang selesa, namun ia juga dianggap sebagai kereta mewah untuk kegunaan harian. Tetapi, memandangkan topik kita kali ini ialah tahap kebolehtahanan, Corolla generasi yang inilah menjadi kereta contoh bagi kereta tahan lasak.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 28

SEG dikuasakan oleh enjin 4A-FE 1.6 liter. Walaupun ia tidak sepopular 4A-GE, ia sememangnya amat tahan lasak. Enjin ini secara amnya disayangi oleh para peminat Toyota disebabkan oleh penjagaannya yang mudah dan kebolehtahanannya yang hampir tiada cela.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 29

Tak hairanlah pada masa itu Corolla ini masih lagi meluncur laju di jalanan dengan kumpulan peminat yang semakin membesar. Bila kali terakhir anda lihat kereta ini dibiarkan mereput di sisi jalan? Barangkali tak pernah, bukan?

Toyota Hiace

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 30

Kenderaan komersial kedua di dalam senarai kami kali ini lebih besar saiznya berbanding C22 Vanette. Toyota Hiace pastinya van yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tanpa mengira pelbagai jenis Hiace celup dari China, van ini amat tahan lasak terutama sekali bagi enjinnya.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 31

Jauhnya mileage! (Kredit)

Kami tak boleh main petik saja Hiace generasi mana untuk senarai ini. Walau generasi terkini yang masih dijual di pasaran kenderaan baru cukup tahan lasak, merujuk kepada salah sebuah yang pernah tular kerana berjaya mencecah sejuta kilometer pada odometernya!

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 32

Tak hairanlah jika kebanyakannya digunakan sebagai van-van penghantaran yang membolehkan banyak antaranya mencapai jarak-tempuh tinggi pada odometer van masing-masing.

Hiace dikuasakan oleh pelbagai jenis enjin, namun unit-unit yang dijual di Malaysia kebanyakannya dikuasakan oleh samada enjin diesel 2.5 liter ataupun enjin petrol 2.7 liter. Enjin petrol sudah tidak ditawarkan di sini.

Toyota Hilux

Apabila kita memasuki tahun millennium, tiga orang lelaki yang mengendalikan satu pameran permotoran secara kecil-kecilan di sebuah pulau di Eropah mendemonstrasikan kebolehtahanan sebuah trak pikap Jepun di dalam program mereka. Dari sinilah bermulanya lagenda kelasakan Toyota Hilux di mata dunia.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 33

Malah, ia mendapat perhatian daripada Toyota sendiri sehinggakan mereka mula menggelar Hilux di UK sebagai “The Invincible” (Tidak Terkalahkan). Sama seperti Hiace, kami tidak boleh bertumpukan kepada satu generasi Hilux sahaja bagi senarai ini.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 34

Walaupun Hilux yang diuji dan dibuktikan oleh Top Gear merupakan model terdahulu dari tahun 80-an, Toyota berjaya mengekalkan resipi kelasakannya sehingga ke generasi terkini.

Ia bermula dari sebuah kenderaan lasak/belasahan bagi tujuan komersial dan kini telah berkembang sebagai penakluk hutan konkrit di kawasan-kawasan urban.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 35

Tanpa mengira enjin turbodiesel 2.4 liter mahupun turbodiesel 2.8 liter, kelasakan menjadi satu kualiti istimewa bagi Hilux.

Walaubagaimanapun, seperti yang ditunjukkan oleh Hilux Rogue terkini, kebolehtahanan dan kelengkapan moden seperti keselamatan serta kemudahan boleh dipakejkan dalam sebuah trak pikap.

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia 36

Kesimpulan

Inilah senarai kami bagi 10 kereta paling tahan lasak dan boleh dipercayai yang pernah atau masih dijual di Malaysia. Walaupun kereta-kereta ini secara amnya dilihat sebagai kereta yang tahan lasak, setiap kereta masih memerlukan penjagaan yang baik dan penyelenggaraan yang sesuai supaya ia boleh dipandu tanpa sebarang masalah, mungkin juga buat selama-lamanya.

Baca juga: Nak kereta anda tahan lasak sampai sejuta batu? Ambil nasihat daripada lelaki yang capai 3.2 juta batu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda