window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam?

Mersita · May 8, 2021 04:00 PM

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 01

Artikel asal dalam B. Inggeris oleh Shaun

Pada 1 Februari 1989, Had Laju Nasional yang menetapkan had tetap di lebuh raya, jalan raya persekutuan, dan jalan raya negeri mula dikuatkuasakan. Setakat ini, had laju di lebuh raya belum berubah, masih kekal pada 110 km/jam. Sudah tibakah masanya untuk kita naikkan had laju ini?

Topik ini pasti akan menimbulkan debat kerana ada beberapa isu yang perlu dibincangkan. Ini bukanlah bermaksud yang kita patut membatalkan sebarang had laju yang ditetapkan, kita semua sudah sedia maklum mengapa undang-undang itu penting.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 02

Sudah ada pelbagai cubaan bagi meningkatkan kadar had laju, malah sejak tahun 1991 lagi. Namun, ia jelas tidak membuahkan sebarang hasil disebabkan oleh aspek keselamatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi tujuan kupasan isu ini, katakanlah, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan pindaan undang-undang had laju ini. Kami akan jelaskan rasional kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentang cadangan untuk peningkatan kadar had laju di jalan raya Malaysia.

Menyokong – Kenderaan sudah semakin kompeten

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 01

Hari ini di Malaysia, setiap kereta baharu yang dijual kecuali Perodua Axia ‘spec kosong’ didatangkan sekurang-kurangnya dengan ABS. Namun, kemajuan dari segi keselamatan bukanlah terhad kepada kelengkapan semata-mata. Aspek keselamatan di kala kemalangan, dari keselamatan penumpang/pemandu sehinggalah keselamatan pejalan kaki, sudah maju jauh ke depan sejak 1989.

Antaranya; A-pillar sudah semakin menebal sehinggakan ia mengganggu sudut pandang dalam kes-kes tertentu, brek pun bukannya bersaiz seperti penutup botol seperti dulu, dan jika anda rujuk kembali kereta-kereta yang dijual pada 1989, tak semua kereta dilengkapi dengan tali pinggang keledar di barisan belakang.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 02

Jika diambil kira kemajuan aspek keselamatan kenderaan zaman sekarang, jelas lagi bersuluh yang kenderaan masa kini jauh lebih moden daripada zaman pada masa had laju ini diperkenalkan. Itu cuma aspek keselamatan, ada banyak lagi yang memainkan peranan.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 03

Trenkuasa, kekukuhan struktur badan kereta serta penghalusan juga sudah semakin maju berbanding dahulu. Usahkan kereta premium atau mewah zaman dahulu kala, ambil saja Proton Saga sebagai contoh. Saga masa kini mampu meluncur dengan mudah pada kelajuan 110 km/jam.

Tahap bunyi di dalam kabin cukup bagus dan enjin menderum pada sekitar 2,500 rpm tanpa masalah. Saga terasa selamat dan yakin semasa dipandu pada kelajuan tersebut.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 04

Proton Saga telahpun diberi naiktaraf yang pelbagai sejak 30 tahun yang lalu. Ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan Proton Saga generasi pertama sehinggalah tiba masanya mereka dapat membeli Saga sendiri di masa dewasa.

Yang pasti, pengalaman memandu Saga pada kelajuan 110 km/jam pada 1989 keadaannya tak sama seperti hari ini. Secara ringkasnya, Saga zaman dahulu bukanlah dibina untuk dipandu pada kelajuan tinggi. Jika anda pijak sepenuhnya pedal brek sedan lama tersebut, tayarnya akan terkunci dan pemandu akan hilang kawalan stereng.

Baca juga: Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia?

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 05

Oleh itu, ini membawa kita kepada subjek brek pula. Salah satu kriteria paling penting di dalam proses penetapan had laju ialah jarak pemberhentian (braking distance).

Memandangkan kita tiada data jarak pemberhentian bagi kereta-kereta sejak 3 dekad lalu, kami jalankan satu carian ringkas – Honda Civic 1996 berhenti dari kelajuan 100 km/jam ke 0 km/jam dalam jarak lebih kurang 45 meter.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 06

Honda Civic 2020 pula berjaya diberhentikan dalam jarak 35.1 meter dalam ujian kami. Ini bermaksud bezanya dengan model dari 24 tahun lalu adalah sekitar 10 meter – sekurang-kurangnya panjang 2 buah kereta.

Ya, diakui bahawa tak semua kereta mempunyai brek sebagus Honda Civic terkini. Ini hanyalah gambaran bagi kemajuan yang telah dicapai bagi aspek teknologi brek dan tayar.

Secara keseluruhannya, memang tidak dinafikan yang kereta secara amnya sudah jauh lebih moden dari tahun penggubalan had laju nasional.

Menentang – Kebolehan pemandu tidak ‘semaju’ teknologi kereta

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 07

Kredit gambar

‘Superiority bias’ atau secara ringkasnya anggapan yang mengatakan diri sendiri cukup bagus atau lebih bagus daripada orang lain merupakan fenomena biasa dikalangan pemandu. Jika kami minta anda untuk beri markah kepada diri sendiri berkenaan kebolehan memandu, anda rasa apa jawapan anda?

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 08

Dari 1 ke 10, mungkin ada jawab 7? Hakikatnya, jika semua orang anggap dirinya lebih bagus dari biasa, maksudnya semua orang sama – tiada yang lebih, tiada yang kurang. Lagipun, sebenarnya semua orang ada kriteria mereka sendiri bagi menilai pemandu yang bagus dan cemerlang.

Ada sesetengah orang beranggapan pemandu yang bagus/kompeten adalah pemandu yang boleh memecut dengan yakin. Ada juga menganggap pemandu yang berkebolehan untuk memandu dengan sebelah tangan sahaja membuatkannya sehebat Vin Diesel.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 09

Gambar ihsan Universal Pictures

Rakan penulis kami, Zamil Syaheer yang juga seorang pakar pelatih pemandu, telah menyenaraikan beberapa kriteria yang harus dimiliki oleh semua pemandu. Zamil telah memerhati pelbagai jenis perangai dan pe’el pemandu kereta di Malaysia, oleh itu kami yakin beliau layak untuk memberi komen bertauliah berkenaan kualiti pemanduan di negara kita.

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 10

Zamil menerangkan beberapa tabiat buruk yang sering diamalkan dalam pemanduan seharian. Usah risau, beliau juga ada saranan untuk memperbetulkan tabiat buruk ini. Namun, sudah menjadi lumrah dalam perbincangan di internet, semua orang ada pendapat masing-masing dan kurang setuju dengan senarai ini. Ingat ‘superiority bias’ tadi?

Sikap terlalu selesa dan berhenti mencuba adalah musuh kemajuan. Jika anda rasa anda sudah cukup bagus, besar kemungkinan anda tak mahu berusaha untuk memperbaiki diri lebih lagi.

Baca juga: “Aku seorang pemandu yang baik!” – macam mana nak tahu, bukan setakat sembang je?

Menentang – Menaikkan had laju juga menaikkan kepelbagaian kelajuan

Beberapa kajian telah menunjukkan yang risiko kemalangan lebih cenderung untuk meningkat dengan peningkatan kepelbagaian/varians kelajuan berbanding satu kelajuan sahaja.

Katakanlah median kelajuan trafik bagi satu lebuh raya adalah 110 km/jam, mana satu yang anda rasa akan berisiko lebih tinggi untuk kemalangan – kereta yang dipandu 60 km/jam ataupun 130 km/jam?

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 11

Gambar oleh afiq fatah di Unsplash

Hakikatnya ialah semua orang ada kebolehan yang berbeza-beza antara satu sama lain, serta mempunyai pilihan kelajuan yang paling selesa untuk diri masing-masing. Mungkin ada yang lebih selesa memandu pada kelajuan 90 km/jam walau di lebuh raya dengan had laju 110 km/jam.

Namun, jika had laju betul-betul dinaikkan nanti, kepelbagaian kelajuan akan turut meningkat kerana kita tak boleh anggap disiplin pemandu akan meningkat dengan sejajar.

Cadangan untuk had laju minimum juga boleh diutarakan, tapi ini layak dibincangkan dalam topiknya sendiri. Tidak dinafikan memang banyak debat dan perbincangan yang akan timbul berkenaan aspek had laju ini.

Kesimpulan

Patutkah had laju nasional Malaysia dinaikkan lebih daripada 110 km/jam? 12

Gambar oleh nik radzi di Unsplash

Langkah meningkatkan had laju nasional sememangnya memerlukan lebih banyak pertimbangan dari pelbagai pihak. Jika rakyat Malaysia terikat dengan standard pemanduan seperti di Finland misalnya, debat ini mungkin akan lain fokusnya.

Tambahan pula, apa yang akan terjadi jika rakyat Malaysia dibenarkan memandu dengan lebih laju daripada had sedia ada? Bak kata pepatah, “Diberi betis, nakkan peha.” Boleh percaya ke?

Baca juga: Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda