window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara!

Faisal · May 10, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, Honda of Canada Manufacturing (HCM) yang terletak di Alliston, Ontario telah memasang Honda Civic sejak 33 tahun yang lalu. Secara tidak langsung, ia adalah kilang Honda Civic yang paling sulung di dunia.

Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara! 01

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mengehadkan perjalanan jurutera R&D Honda dari Jepun serta pasukan produksi dari Amerika, jurutera dan pakar HCM perlu menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam menpersiapkan produksi Honda Civic yang baru ini. Hasilnya, pasukan produksi HCM telah berjaya menghasilkan:

  • Badan Honda Civic yang paling kukuh
  • Sambungan bumbung tanpa jurang melalui penggunaan laser
  • Honda Civic yang paling senyap dengan menggunakan spray foam pada bahagian badan yang kosong
  • Honda Civic pertama dengan hud depan jenis aluminium
  • Enjin 2.0L aspirasi natural 4 silinder yang menghasilkan 158 PS dan 187 Nm tork.

Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara! 02

Apapun, enjin 1.5L turbo dengan 180 PS and 240 Nm tork tetap dibina di kilang Honda di Amerika sendiri.

Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara! 03

Untuk pengetahuan anda, Civic Hatchback serba baru pula akan dipasang di kilang Indiana, Amerika buat kali pertama memandangkan kilang Honda di United Kingdom telahpun dihentikan.

Walau bagaimanapun, perlu dimaklumkan bahawa produksi yang dimulakan ini adalah untuk Honda Civic di pasaran Amerika Utara. Perincian mengenai versi untuk pasaran Asia pula akan diumum kemudian.

Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara! 04

Kembali ke tanah air, Honda Malaysia telah memberikan petunjuk bahawa Honda Civic akan dipertonton di Malaysia dalam tahun ini juga sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar, bergantung juga pada situasi pandemik Covid-19 yang melanda.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda