window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Mersita · May 13, 2021 11:59 AM

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 01

Dengan 12 bulan masa menunggu untuk Suzuki Jimy serba baru di seluruh dunia, peminat 4x4 semakin hilang sabar dan mencuba nasib mereka di pasaran kereta terpakai. Oleh itu, permintaan yang tinggi untuk Jimny terpakai telah melonjakkan harganya di pasaran Australia, Jepun, dan Indonesia jauh lebih tinggi daripada harga jualan rasmi yang disenaraikan.

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 02

Suzuki mula-mula memperkenalkan Jimny generasi keempat di Australia pada tahun 2018. Sekelip mata, ia menjadi SUV popular di kalangan pembeli yang mahukan SUV off-road mampu-milik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daya tarikannya juga datang dari reputasi Jimny sebagai kenderaan yang tahan lasak dan praktikal, ditambah pula dengan rupa bentuk 3-pintunya yang menarik.

Baca juga: Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900!

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 01

Menurut Dmarge, sebuah Jimny MSRP serba baru ditawarkan dengan harga AUD 28,490. Jimny GJ terpakai paling murah yang anda boleh temui di platform kereta terpakai Australia, Carsales, ialah model asas 2019 manual berwarna kuning cair – ditawarkan pada harga AUD 34,000. Tanda harga ini lebih kurang 20% lebih tinggi daripada harga runcit.

Disamping itu, model paling mahal yang ada di Carsales ialah satu lagi unit berwarna kuning cair tapi dengan kotak gear automatik. Ia disenaraikan pada 2020 dan ditawarkan dengan harga AUD 50,000 – 75% lebih mahal dari harga runcit!

Baca juga: Kia, Peugeot, Citroen dah ‘karam’ dengan Naza. Apa masa depan Suzuki pula?

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 02

Imej di ambil dari Carsales, Suzuki Jimny paling murah anda boleh temui di Australia

Fenomena ini bukan saja terjadi di Australia, namun ia juga berlaku di Indonesia. Setakat Julai 2020, Jimny MSRP ditawarkan dengan harga dari IDR 372,5 juta hingga IDR 388 juta. Kereta berkenaan ditawarkan di platform kereta terpakai bermula dari IDR 450 juta hingga IDR 500 juta.

Di Negara Matahari Terbit pula, permintaan tinggi bagi Suzuki Jimny juga melonjakkan harganya. Sebuah Jimny serba baru di Jepun dijual bermula dari JPY 1.96 juta hingga JPY 2.06 juta, manakala unit yang terpakai harganya bermula dari JPY 2.51 juta!

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 03

Suzuki Jimny MSRP serba baru

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 04

Suzuki Jimny terpakai dengan harga Jepun

Di Malaysia pula, ada ura-ura mengatakan yang pengedar baru Suzuki iaitu Naza Eastern Motors sedang merancang untuk melancarkan Jimny di negara kita.

Tapi, sanggupkah anda berbelanja lebih untuk dapatkan Jimny terpakai jika harganya jauh lebih tinggi daripada harga runcit asal?

Baca juga: SAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia! 05

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda