window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Mersita · May 17, 2021 08:00 PM

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Memandangkan PKP 3.0 telah dikuatkuasakan, kami terpaksa menangguh rancangan untuk perjalanan jarak jauh bersama Perodua Ativa kami. Hampir semua ahli pasukan WapCar telah memandu Cik Tiva dan setakat ini, khidmatnya cukup memuaskan.

Walaupun kami anggap Ativa sebagai kereta Perodua paling bagus setakat ini, masih ada beberapa perkara yang kami kurang gemari dan ia perlu ditambahbaik. Kali ini, kami ingin kupas satu-persatu kekurangan Perodua Ativa berdasarkan pengalaman pemilikan kami.

1. Ia tidak cekap/jimat minyak seperti yang dikatakan

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami sudahpun memandu Ativa lebih 4,000 kilometer setakat ini, dan kami dapati bahawa enjin 1.0L turbo Ativa bukanlah secekap atau jimat petrol seperti yang dinyatakan.

Stiker EEV-nya bertulis “5.3 liter/100km”, namun kami belum lagi dapat angka yang hampir dengan ini setelah beberapa bulan memandu Ativa kami.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 01

Isian pertama Cik Tiva

Setakat ini, kami hanya mampu mendapat bacaan purata 7.5 liter/100 km. Dalam kondisi pemanduan yang paling konservatif, kami mampu mencapai 6.76 liter/100 km.

Malangnya, Ativa tidak dapat menandingi hasil ujian penggunaan minyak kami pada enjin 1.0L turbo Nissan Almera iaitu 5.8 liter/100 km.

Berdasarkan ujian penggunaan minyak kami, Ativa juga kalah dengan kereta berenjin lebih besar tanpa turbo seperti Honda City (6.3 liter/100 km) serta Toyota Vios (6.5 liter/100 km).

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 02

5.3 litre/100km pada stiker EEV Ativa

Kami tidak tahu standard ujian yang mana satu digunakan bagi mencapai prestasi 5.3 liter/100 km berkenaan.

Walaupun ketika memandu, kami dapat rasakan yang Ativa membakar lebih banyak petrol. Pada kelajuan lebuh raya (sekitar 110 – 130 km/jam), enjin 1.0 liter Ativa ‘rev’ pada tahap hampur 3,000 rpm.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 03

Ativa sememangnya mempunyai enjin yang tangkas atau ‘punchy’, dipadankan pula dengan kotak gear yang bagus. Namun, jika kecekapan minyak adalah salah satu perkara penting bagi anda, Ativa mungkin menghampakan anda.

2. Tiada pelaras stereng teleskopik

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 04

Pelaras stereng teleskopik amat berguna bagi mendapatkan posisi pemanduan ideal anda. Namun malangnya, Ativa tidak didatangkan dengan perincian ini.

Oleh itu, anda terpaksa menarik tempat sandar ke depan sedikit supaya lengan anda boleh mencapai stereng dengan elok dan selesa.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 05

Gambar kereta media. Lihat ketiadaan cat dwi-tona

Ada antara kami yang berbadan tinggi dengan kaki panjang – disorong kerusi ke belakang untuk meluaskan ruang kaki namun lengan pula yang terpaksa diregang lurus. Akhirnya, terpaksalah duduk menegak – agak payah untuk dapatkan posisi pemanduan yang betul-betul selesa.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 06

Proton X50 didatangkan dengan pelaras stereng tinggi-rendah serta teleskopik.

Kami sudah agak selesa dengan kehadiran pelaras stereng teleskopik di dalam Proton X50 dan Honda City. Selain daripada Ativa, antara contoh kereta lain yang tiada perincian ini adalah Toyota Vios dan Proton Persona.

3. Suspension tidak menimbulkan keyakinan, dan terasa hampir terpencil

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 07

Jika anda baca artikel-artikel kami yang terdahulu, anda mungkin sudah maklum yang kami pernah memuji suspensi Ativa. Ia amat mengagumkan pada rebiu awal kami dengan kereta media dan kekaguman itu kekal ada pada beberapa minggu pertama pemilikan kami.

Walau bagaimanapun, perasaan itu kekal ada selagi Ativa dipandu di kawasan urban. Apabila dipandu di jalan raya berombak, Ativa terasa melayang-layang. Anda perlu memandunya dengan lembut supaya Ativa boleh menempuh jalan tidak rata dengan selesa.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 08

Gambaran contoh, bukan jalan di Malaysia. Foto

‘Rebound’-nya perlahan dan walaupun perasaan ‘terapung’ cukup selesa untuk meluncur perlahan, ia agak menakutkan sedikit jika anda mahu pandu dengan lebih laju di atas permukaan mencabar.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 09

Namun, kami masih lagi beranggapan yang ini ialah model Perodua paling selesa setakat ini. Jika suspensinya lebih keras sedikit, ia mungkin membantu untuk mengimbangi kekurangan ini.

4. Tiada Android Auto atau Apple CarPlay

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 10

Sambungan telefon bimbit yang bagus patut ada di dalam kereta ‘entry level’ varian paling tinggi pada masa kini. Skrin terapung di dalam Ativa dah nampak cantik, ia cuma perlukan sambungan Android Auto/Apple CarPlay untuk duduk setara dengan pesaing-pesaingnya.

5. ‘Tonneau cover’ agak menyukarkan proses memasukkan barang/muatan

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 11

‘Tonneau cover’ Perodua Ativa memang cekap ruang pada pandang pertama. Ia tidak memakan ruang ketika dipasang ataupun ketika dicabut dan disimpan.

Walau bagaimanapun, setelah menggunakan kereta ini sekian lama, ia sebenarnya menyusahkan sedikit.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 12

Para but (parcel shelves) kereta hatchback membolehkan akses mudah memandangkan ia terangkat sekali dengan pintu but (tailgate).

Mengapa?

Ia tidak terangkat sekali dengan pintu but (tailgate) seperti para (parcel shelf) kereta hatchback, dan ia sukar untuk ditarik balik seperti yang ada pada SUV lebih besar.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 13

Walaupun besar, ‘tonneau covers’ yang boleh ditarik balik memudahkan akses sekiranya anda perlu menyusun muatan dan barang-barang di dalam but.

Katakan anda perlu menyusun beberapa item di dalam but Ativa. ‘Tonneau cover’nya perlu ditanggalkan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja anda. Nak tanggalkan memang senang, namun anda perlu sedikit latihan untuk melipatnya dengan kemas.

Jika ia tidak ditanggalkan, bukaan but jadi kecil dan ia menyukarkan proses memasukkan muatan ke dalam but.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 14

Mungkin anda fikir yang kami terlalu memilih, namun itulah pengalaman kami setakat ini. ‘Tonneau cover’ Ativa cukup hebat dalam menjimatkan ruang, namun rekaannya tidak begitu sesuai jika dibandingkan dengan yang lain.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 15

‘Tonneau cover’ Ativa menjimatkan ruang, namun kelebihannya setakat itu sahaja.

Kesimpulan

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 16

Setakat ini, itulah kekurangan yang kami kesan sebagai pemilik Perodua Ativa selama beberapa bulan. Pada mulanya, kami ingin masukkan sekali bunyi bergetar di bahagian brek dram belakang sebelah kanan ke dalam senarai kali ini, namun kami masih beri peluang untuk Perodua betulkan isu ini.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 17

Selain daripada perkara-perkara yang telah kami senaraikan, kebanyakan aspek lain bagi Ativa masih boleh diterima. Kami masih lagi menganggapnya sebagai kereta Perodua paling bagus setakat ini, dan pastinya apa-apa jenis model sekalipun ada “room for improvement”.

Pengumuman berkaitan PKP 3.0 baru-baru ini mungkin mengekang kami dari membuat pelbagai ujian untuk Ativa. Namun, kami masih lagi ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang PKP kali ini dan kami akan kongsikan di dalam entri akan datang.

Ikut kami rapat-rapat untuk dapatkan lebih banyak pengalaman pemilikan jangkamasa panjang bersama Perodua Ativa!

Purata penggunaan minyak/petrol Ativa kami setakat ini:

Bacaan meter FC (fuel consumption) Perodua Ativa
Bacaan odometer ketika isian semula Bacaan FC 'onboard'
20 km - -
421 km 13 km/l 7.69 l/100 km
740 km 12 km/l 8.33 l/100 km
1,032 km 14.8 km/l 6.76 l/100 km
1,453 km 13.2 km/l 7.57 l/100 km
1,750 km 11.9 km/l 8.40 l/100 km
1,976 km 12.5 km/l 8.00 l/100 km
2,200 km 12.6 km/l 7.94 l/100 km
2,577 km 12.8 km/l 7.81 l/100 km
2,826 km 9.6 km/l 10.41 l/100 km
3,217 km 14.1 km/l 7.09 l/100 km
3,490 km 13.1 km/l 7.63 l/100 km
3,873 km 13.4 km/l 7.46 l/100km
4,191 km 12.2 km/l 8.19 l/100 km
4,592 km 12.7 km/l 7.87 l/100 km
4,956 km 12.3 km/l 8.13 l/100 km

Lebih banyak artikel rebiu jangkamasa panjang kami ada di sini.

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki 18

Baca juga:

Kami dah beli Perodua Ativa untuk rebiu pemilikan dan lerai komponen!

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Pengalaman Pemilikan: Bunyi getaran misteri Ativa kami dah dibaiki! Di mana puncanya?

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Video: Bunyi getaran Ativa di belakang kembali lagi, memang stress dibuatnya

Video: Enjin 1.0L 3-silinder turbo mana satu lagi bergegar, Nissan Almera atau Perodua Ativa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda