window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022!

Faisal · May 24, 2021 12:00 PM

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 01

Lakaran dari Best Car Web.

Selepas varian petrol diperkenalkan, Honda Civic FE 2022 nampaknya bakal hadir dengan varian hibrid e-HEV dan Type R pada tahun depan.

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 02

Varian hibrid e:HEV yang hadir dengan trenkuasa i-MMD.

Trenkuasa e-HEV ini menggunakan sistem i-MMD yang sama pada Honda City RS. Bagi anda yang belum tahu, motor elektriknya adalah sumber kuasa yang utama.

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 03

Sokongan enjin 1.5L NA 4 silinder pula hanya akan memandu generator bagi menghembuskan kuasa tambahan buat motor elektrik tersebut. Selain itu, enjin ini akan memandu roda secara terus sewaktu belayar pada kelajuan tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaRebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 01

Butiran lanjut mengenai varian Type R pula masih belum dikeluarkan tetapi kami sudah menghasilkan lakaran untuk tatapan peminat tegar.

Juga bacaLakaran: Honda Civic Type R 2022, raja pacuan ‘tarik depan’?

Jepun akan melancarkan Honda Civic ‘biasa’ pada Ogos ini

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 02

Diintip di Jepun baru-baru ini.

Walaupun pengeluaran Civic sedan di Jepun telah dihentikan, Civic Hatchback nampaknya akan tetap dilancarkan di sana. Tetapi masih belum dapat dipastikan samada model sedan akan diperkenalkan semula atau sebaliknya.

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 03

Honda Civic generasi FE yang membuat debut pada April lepas.

Apapun, sumber menyatakan bahawa Honda Civic biasa ini dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo yang dipadankan samada ke transmisi CVT ataupun manual 6 kelajuan.

Juga bacaRASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga?

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 04

Di samping itu, pengedar di sana dilaporkan sudah menempah unit ‘display’. Dengan produksi yang akan bermula pada Jun depan, pelancaran Honda Civic Hatchback di Jepun dijangka pada bulan Ogos.

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 05

Menariknya, Honda Civic FE 2022 berharga lebih mahal daripada generasi FC yang ada di pasaran kita sekarang.

Juga bacaPembeli Honda Civic 2022 di Singapura bakal terima seawal Oktober - lagi mahal daripada Civic FC!

Honda Civic FE serba baru – varian hibrid e:HEV & Type R bakal debut pada tahun 2022! 06

Di Malaysia, sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar, Honda Civic generasi baru ini dijangka hadir dalam tahun ini juga. Sementara itu, Civic ketam yang ada sekarang akan kekal menguasai pasaran.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda