window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia!

Haris ยท May 24, 2021 05:00 PM

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 01

GWM Pao (turut dikenali sebagai GWM Poer) adalah trak pikap dari Great Wall Motors yang mensasarkan untuk memecahkan norma trak pikap Jepun dan Amerika. Nampaknya, pasaran awal yang disertai oleh GWM Pao iaitu Australia menawarkan beberapa petanda yang baik untuk trak pikap ini.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama, GWM Pao telah berjaya menduduki tempat ke-8 dalam senarai trak pikap paling laris di Australia. Hal ini turut menyaksikan bahawa GWM Pao adalah trak pikap China terlaris di Australia. Jenama trak pikap Australia lebih kompetitif dengan jenama popular seperti Volkswagen bersaing dengan jenama China seperti Maxus yang menawarkan trak pikap mereka tersendiri.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 01

Kedua, media Australia turut memuji GWM Pao yang hadir dengan beberapa aspek yang menjadi kekuatan utama trak pikap ini. Antaranya adalah rekaan kabin dalaman yang diinspirasikan daripada model SUV, pengalaman pemanduan yang selesa dan tahap praktikaliti yang tinggi.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 02

Ketiga, bukan sekadar omong kosong, GWM Pao turut mengungguli beberapa anugerah media. Antara anugerah yang diperolehi adalah "Best Pickup of the Year" (Pikap Tahunan Terbaik) daripada industri automotif Chile dan "Best Model of the Year" (Model Terbaik Tahunan) dalam kategori pikap oleh Autocar Australia.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 03

Konsep GWM Pao edisi Black Bullet, Motor1

GWM Pao dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 163 PS kuasa kuda dan 400 Nm tork dengan padanan transmisi automatik 8 kelajuan. Ia juga tidak sehaus trak pikap biasa dengan penggunaan bahan api sebanyak 9.4 liter/100 km.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 04

Model GWM Pao turut diintip di Malaysia sebelum ini dan Wapcar adalah antara media yang bertuah untuk meninjau model tersebut sebelum pelancarannya. Ia turut ditemui bersama-sama dengan model Great Wall Motors yang lain seperti SUV Haval H6 dan kereta elektrik Ora Good Cat.

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia! 05

Di Australia, GWM Pao varian paling tinggi ditawarkan dengan harga AUD 40,990 (RM 130k), lebih murah berbanding Toyota Hilux pada AUD 68,990 (RM 219k) atau Isuzu D-Max pada AUD 62,900 (RM 200k). Model ini berkemungkinan besar akan dibawa masuk secara CBU Thailand justeru kita nantikan dahulu pelancaran di Thailand sebelum ia menjengah ke Malaysia.

Bacaan Lanjut:

SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!

GWM Pao Baja Snake, trak pikap aneh talaan Shelby, lagi padu dari Ford Ranger Raptor?

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

GWM Cannon Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda