window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research

Zamil Syaheer · Jun 5, 2020 09:35 AM

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 01

Race.Rally.Research atau lebih dikenali sebagai R3 adalah divisyen prestasi dan sukan permotoran rasmi untuk Proton yang ditubuhkan pada tahun 2003.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 02

Permulaan terawal R3 pada tahun 2003.

Bertapak di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) di Shah Alam, R3 bukan sekadar ingin menjual aksesori kosmetik mahupun rim semata-mata, mereka mempunyai azam untuk mencapai taraf yang sama seperti badan panala rasmi sama dengan pengeluar-pengeluar lain seperti NISMO untuk Nissan dan STI untuk Subaru.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh sebab itu, Proton R3 merasakan bahawa mereka perlu mengeluarkan produk ‘complete tuned up car’ beserta waranti untuk membuktikan bahawa R3 ingin dipandang (dan diambil) serius di mata pemilik dan peminat jenama Proton. Dari situ, lahirlah model lengkap pertama pada tahun 2004 iaitu Proton Satria R3 (M24).

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 01

Ramai menyangka Satria R3 berasaskan GTI disebabkan keduanya datang dengan reka bentuk eskterior yang sama, tapi ini tidak benar sama sekali.

Terhad kepada 150 unit sahaja, kebanyakkan orang menyangka bahawa Satria R3 ini dibinakan berasaskan casis Satria GTI, tapi ini tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Satria R3 ini dibina berasaskan casis Satria 1.3. Mesti ada yang merasa pelik kenapa R3 memilih casis 1.3, sedangkan ini adalah kereta berprestasi.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 02

Bos besar R3 terkini Gary Lee (kiri, berbaju hitam), dan Pengasas MSF Adian Yein Khalid (kanan). Imej dari msfracing.com.

Pendek kata, casis Satria 1.3 adalah yang paling ringan didalam barisan model Satria. Info ini telah disahkan oleh Ketua Projek Istimewa Divisi Sukan Permotoran Proton ketika itu, Adian Yein Khalid, antara rakan lama kami yang sekarang adalah pengasas dan penganjur kepada Malaysia Speed Festival (MSF), siri kejuaraan grassroot terkemuka di Malaysia.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 03

Untuk menguatkan lagi tahap kekerasan casis ini sama seperti sebuah kereta lumba, R3 telah mengunakan teknik kimpalan sirat berganda (double stitch welded) di mana frem dan cantuman komponen casis telah dikimpal sebanyak dua kali bagi menguatkan struktur dan mengurangkan tahap lentur (body flex) ke jumlah yang minima.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 04

Selepas casis ditegapkan, R3 kemudian menala bahagian suspensi dan penyerap hentak dengan berkolaborasi bersama pihak APM bagi membolehkan Satria ini mengambil selekoh dengan lebih tangkas, serta lebih stabil semasa di jalan lurus.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 05

Untuk memantapkan lagi kekuatan casis serta menaikkan tahap kelincahan kawalan, R3 telah memasang strut bar di bahagian atas suspensi depan dan belakang, serta memasang anti-roll bar.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 06

Menjadikan model Satria R3 ini lebih unik ialah segala penebat-penabat bunyi serta kemasan yang tidak diperlukan lagi telah dibuang untuk meringankan berat.

Malah, beg udara juga tidak ada didalam Satria R3 (pada masa itu pengunaan beg udara bukanlah mandatori), dan digantikan dengan stereng jenama MOMO Tuner.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 07

Tempat duduk asal hadapan telah digantikan dengan sepasang tempat duduk Recaro SR4, manakala tombol gear dibuat menggunakan bahan gentian karbon, dan kabin dalaman telah diberi kemasan tema hitam-merah.

Dengan melalui diet ini, R3 telah berjaya menurunkan berat Satria ini sehingga 995 kg!

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 08

Sama seperti sebuah kereta lumba, sistem Brek Anti-Kunci (ABS) asal telah dikeluarkan dan digantikan dengan brek cakera performance cross-drilled jenama DBA (Disc Brake Australia) dikeempat-empat tayar, digabungkan dengan pad brek prestasi M1144 dari Mintex Racing dari Britain.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 09

Untuk tayar dan rim pula, R3 memilih rim aloi jenama Advanti berukuran 16x7 inci lima jejari yang sangat ringan berbanding rim standard GTi, dan dibalut dengan tayar berprestasi tinggi jenama Yokohama Advan Neova AD07 bersaiz 205/45R16.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 10

Enjinnya sama seperti Satria GTi iaitu 1.8 liter empat-silinder 4G93P yang telah ditala dengan sistem ekzos free-flow dan penapis udara K&N, menghasilkan kuasa sebanyak 140 PS dan 168 Nm tork. Ianya dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan dari Satria GTi.

Pengurusan enjin diuruskan oleh kotak computer Siemens EMS 400. Ini membolehkan Satria R3 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 205 km/j.

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 11

Pada bahagian eksterior pula, Satria R3 ini menggunakan kit badan yang sama seperti GTi, hanya spoiler belakang sahaja yang dibuat dengan bahan gentian karbon yang jauh lebih ringan dari asal.

Model R3 ini hanya datang dengan warna Incognito Black, bersama jalur sisi badan ikonik R3 bewarna merah yang digelar Blood Stripe. 

Proton Satria R3 1.8 2004, bintang pertama dari Race Rally Research 12

Untuk sedikit hiburan sisi semasa anda memandu melalui jalan yang sesak atau di touge (jalan berliku) Batang Kali bak Takumi Fujiwara dari siri Initial D, anda boleh mendengar lagu genre Eurobeat melalui unit pemain Clarion 2-Din bersama empat pembesar suara.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda