Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu?

Haris · Jun 15, 2021 05:00 PM

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 01

Jika anda meminati Honda CR-V generasi baharu (lebih dikenali sebagai Honda Vezel ketika ini) dan mahu melihatnya dengan lebih dekat, mungkin anda perlu ke Singapura. Di sana, Honda CR-V generasi ketiga telah tiba secara import parallel (recond).

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 02

Laman pasaran kereta recond atas talian, Vincar.com.sg telah berjaya membawa 2 buah Honda CR-V generasi ketiga ke Singapura. Kedua-dua model ini telah dibawa secara recond dan mempunyai jarak perbatuan yang sangat rendah, bawah 15 km sahaja.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 01

HR-V 1.5G

Di sana, kita dapat melihat Honda HR-V varian G iaitu varian paling rendah. Varian ini dijana oleh oleh enjin 4-silinder sebaris 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi CVT, memberikan 118 PS kuasa kuda dan 142 Nm tork.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 02

Model paling asas ini dilengkapi dengan kerusi kemasan fabrik, skrin infotainment tegak dengan pautan Android Auto dan Apple Carplay serta suite bantuan pemandu Honda Sensing yang merangkumi Collision Mitigation Brake (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Adaptive cruise control (ACC), dan Stereng Pengurangan Kemalangan Pejalan kaki.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 03

Untuk model berwarna hitam pula, ini merupakan satu varian atas kepada varian G. Honda HR-V varian X e:HEV. Varian hibrid ini dijana oleh  sistem hibrid petrol-elektrik Honda e:HEV yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter dengan motor elektrik. Enjin petrol menjana 106 PS dan 127 Nm, sementara motor elektrik memberi tambahan 131 PS dan 253 Nm.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 04

Tak banyak perbezaan antara kedua-dua model G dan X e:HEV, masih menggunakan kemasan fabrik untuk kerusi manakala kelengkapan lain juga sama. Kedua-duanya menggunakan rim alumunium 16-inci.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 05

Harga jualan bagi Honda HR-V ini adalah sekitar SGD 131,988 (RM 409,694) oleh Vincar. Tentunya, harga ini tidak mencerminkan harga yang mungkin dijual di Malaysia kerana perbezaan struktur harga antara negara.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 06

Secara realistik, harga bagi Honda HR-V yang sedang dijual sekarang adalah sekitar RM 104k hingga RM 119k. Harga Honda HR-V generasi baharu ini pula mungkin akan jauh lebih tinggi dan hingga mencecah harga Honda CR-V. Sebagai rujukan, Honda CR-V berharga antara RM 140k hingga RM 163k.

Honda HR-V (Vezel) generasi baru semakin dekat tapi di Singapura dulu? 07

Disebabkan oleh perbezaan harga Honda HR-V serba baru itu, kami berpendapat bahawa Honda Malaysia mungkin akan mengisi jurang itu dengan Honda WR-V, sebuah lagi SUV terbaru dari Honda. Namun siapa tahu, mungkin Honda HR-V akan hadir sebagai pesaing Toyota Harrier dan SUV Lexus?

Bacaan Lanjut:

Berbaloi 'trade-in' X50 anda? Ini panduan Honda HR-V 2021 serba baharu, mungkin tiba di Malaysia

Honda HR-V 2021 laku keras – sebulan 32,000 tempahan, varian e:HEV berwarna putih paling popular!

Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru