window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo?

Haris · Jun 17, 2021 06:00 PM

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo? 01

Subaru Forester facelift 2021 baru sahaja melakukan debut di Jepun beberapa hari lepas. Sehubungan dengan itu, tempahan untuk SUV segmen C ini telah dibuka di sana dan kita dapat melihat pilihan naik taraf yang tersedia untuk model ini. 

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo? 02

Subaru Technica International (atau lebih dikenali sebagai STI, cabang prestasi Subaru) telah mengeluarkan katalog penampilan yang menarik dan komponen naik taraf yang menarik untuk Subaru Forester ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 3 aspek prestasi yang menjadi tema kepada naik taraf STi ini iaitu pengendalian (strut bar dan flexible draw stiffener), respon (muffler ekzos) dan aerodinamik (kit badan aero keseluruhan).

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo? 01

Tanpa perlu ke Jepun, anda boleh layari e-katalog yang tersedia untuk peminat Subaru di sini. Untuk lebih pengamatan deria, anda juga boleh mendengar bunyi muffler ekzos sport yang bakal dikenakan pada Subaru Forester facelift 2021 ini. Menarik bukan?

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo? 02

Terdapat juga aksesori STI lain seperti butang penghidup, penapis minyak, nat lug roda dan sebagainya.

Subaru Forester adalah antara model terlaris di dunia namun persoalan mengenai sama ada ia akan hadir ke Malaysia untuk model facelift ini masih menjadi tanda tanya. Subaru Malaysia masih tidak menunjukkan sebarang iklan acah setakat ini.

Subaru Forester facelift 2021 dengan aksesori STI, bukan sekadar kit badan macam CR-V Modulo? 03

Subaru Forester pra-facelift

Di Malaysia, Subaru Forester pra-facelift (CBU Thailand) dikuasakan oleh enjin 4-silinder 'Boxer' 2.0 liter NA (156 PS, 196 Nm) yang digandingkan dengan transmisi CVT Lineartronic.

Secara peribadi, Forester adalah SUV pilihan pertama saya kerana dinamik pemanduan yang sangat mantap. Harganya pula adalah sekitar RM 139,788 - 163,788

Bacaan Lanjut:

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’

Subaru Forester GT Lite Edition 2021 dilancarkan, bermula RM 163,788

Subaru Forester mungkin hadir semula dengan enjin turbo dan lebih jimat cukai jalan?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda