window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP!

Khairil ยท Jun 21, 2021 06:30 PM

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 01

Antara berita paling hangat diperkatakan ketika ini dalam arena MotoGP adalah mengenai masa depan legenda Itali, Valentino Rossi.

Juga baca: Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli

Sekalipun pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT itu menyatakan dia hanya akan memutuskan mengenai perkara itu pada rehat musim panas, sudah timbul laporan 'jodohnya' bersama pasukan Malaysia itu hanya semusim.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 01

Untuk Rossi yang juga juara dunia sembilan kali, musim 2021 adalah musim ke-26 buatnya jadi tidak mustahil, ia mungkin penamat kariernya dalam saingan elit berkenaan, terutama berpandukan kepada prestasi semasanya.

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 02

Selain menunggang, Rossi sememangnya diketahui seorang yang meminati perlumbaan kereta dan pernah menyatakan minat untuk bersaing dalam perlumbaan premier, Le Mans 24 Jam selepas bersara dari MotoGP.

Juga baca: Ferrari dedah pernah 'pancing' Valentino Rossi untuk berlumba di F1

Selepas pernah beberapa kali berlumba menggunakan jentera GT3 Ferrari sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Rossi berkata dia berhasrat untuk berlumba dalam kelas berkenaan namun belum memutuskan mengenai sirinya.

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 03

"Seperti yang saya sentiasa katakan, apabila saya selesai dengan MotoGP, saya mahu berlumba dengan kereta," kata Rossi. "Saya mempunyai pengalaman dengan perlumbaab rali kerana saya seorang yang fanatik rali.

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 04

"Saya juga ada berlumba di Kejuaraan Dunia tetapi bagi saya, perlumbaan rali adalah sukar kerana tuntutannya amat banyak dan saya mahu berlumba di litar kerana saya lebih menggemarinya.

Juga baca: Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi

"Saya pernah berpengalaman berlumba di GT3, yang juga kategori yang menarik kerana ada begitu banyak pengeluar kereta yang penting daripada Ferrari ke Porsche, dari Bentley ke Aston Martin.

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 05

"Jadi saya fikir saya akan berlumba dengan kereta seperti itu apabila saya berhenti berlumba di MotoGP. Tetapi saya sejujurnya tidak tahu kejuaraan apa.

Valentino Rossi 'ubah selera', lumba kereta selepas bersara dari MotoGP! 06

"Ada perbezaan, ada Kejuaraan Enduran, ada 24 Jam, ada banyak perlumbaan. Tetapi saya berharap untuk berlumba di sana."

Juga baca: Hangat, Valentino Rossi umum perancangan masa depan di MotoGP pada rehat musim panas ini!

Rossi pernah beberapa kali berlumba menggunakan jentera Ferrari GT3 dengan dua penampilan di kejuaraan Blancpain Endurance Series 2012 bersama pasukan Kessel Racing di Monza dan Nurburgring.

Juga beraksi bersama Kessel, Rossi pada 2019 meraih kemenangan dalam kelas Pro-Am dan tiga keseluruhan pada perlumbaan Gulf 12 Jam di Abu Dhabi bersama pelumba Avintia MotoGP yang juga adiknya, Luca Marini dan Uccio Salucci.

Sumber: GPOne

Sumber imej: Facebook VR46

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda