window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos

Mersita Ā· Jun 11, 2020 04:09 PM

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos 01

Menjelangnya Ogos 2020, Honda Jazz generasi keempat serba baharu akan mula dijual di China.

Model ini terbocor di internet pada bulan Mei lepas, menonjolkan rupa hadapan yang berlainan berbanding dengan model yang kami nampak di Tokyo.

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos 02

Berbeza dengan rakannya di Jepun, Jazz bagi pasaran China ini (dijual di China sebagai Fit) mempunyai gril hadapan yang lebih menarik, manakala Jazz Jepun pula mempunyai rupa hadapan yang nampak biasa-biasa sahaja. Malah, rekaan bampar hadapan kedua-dua model ini juga berbeza antara satu sama lain.

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembeli di China juga mempunyai opsyen lain iaitu Jazz Crosstar – versi Jazz yang seakan-akan SUV dan ia mempunyai rekaan hadapan dan belakang, acuan fender, tayar dan rel bumbung yang berlainan.

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos 01

Perbezaan antara Honda Jazz China dan Jepun juga termasuklah bahagian enjinnya dimana Jazz di pasaran China akan dikuasakan dengan enjin petrol L15BU 1.5 liter 4 silinder yang boleh menjana 130 PS dan 155 Nm, dipadankan pula dengan transmisi automatik jenis CVT.

Honda Jazz 2020 baharu dipratonton untuk China, debut bulan Ogos 02

Bagi Honda Jazz pasaran Jepun pula, model tersebut boleh didapatkan dengan enjin hibrid petrol-elektrik 1.3 liter atau 1.5 liter. Tiada ura-ura tentang samada enjin hibrid akan ditawarkan di China juga.

Guangqi Honda (GAC Honda) telah membuka tempahan untuk Jazz terbaru ini dan ia akan tiba di bilik pameran China bermula dari bulan Ogos.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda