window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti

Mersita · Jun 30, 2021 07:00 PM

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 01

Setelah diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2016, Honda BR-V kini sudah menjangkau usia 5 tahun. Kalau nak diikutkan, ia bukanlah model yang terlalu lapuk. Tetapi, apabila dibandingkan dengan model-model Honda baharu serta pesaing dalam segmennya, BR-V tampak seperti model tua.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 02

Penampilan Honda N7X Concept baru-baru ini juga menjadi satu lagi petanda bahawa sudah tiba masanya BR-V menerima generasi baharu. Perkara ini sebahagian besarnya mengikut formula yang sama, walaupun syarikat Lambang ‘H’ berkenaan menegaskan yang kereta konsep 7 tempat duduk ini mewakili barisan model berasingan yang serba baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 01

Apa-apa pun, kami percaya yang Honda patut buat beberapa pembaharuan kepada SUV ini yang dahulunya pernah menjadi pilihan utama keluarga.

Keselesaan dan penebat lebih baik

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 02

Isu utama yang perlu diperbaiki bagi BR-V ialah kabinnya yang bising. Penebat bunyi kabin SUV ini agak lemah – ia lebih bising daripada Perodua Aruz/Toyota Rush pada setiap kelajuan dari 60 km/jam ke 110 km/jam.

Tahap bunyi kabin Honda BR-V
Kelajuan Bacaan tahap bunyi
60 km/jam 63 dB
90 km/jam 69 dB
110 km/jam 71 dB

Sebagai perbandingan, ini perbezaannya dengan Aruz:

Tahap bunyi kabin Perodua Aruz
Kelajuan Bacaan tahap bunyi
60 km/jam 60 dB
90 km/jam 64 dB
110 km/jam 70 dB

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 03

71 dB pada kelajuan 110 km/jam jauh lebih teruk daripada Aruz, malahan juga daripada Proton Exora (kedua-duanya 70 dB pada 110 km/jam).

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 04

Ya, BR-V menawarkan peluncuran lebih selesa dan pengendalian yang cukup baik, namun kualiti-kualiti ini dengan mudahnya tumpas apabila bunyi kuat dari luar kedengaran jelas dan mengganggu perbualan.

Baca juga: Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal?

Kelengkapan keselamatan perlu dipertingkatkan

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 05

Ada kawalan penstabilan. Itu saja.

Dalam keadaannya sekarang, standard keselamatan BR-V terasa seperti zaman 1990-an. Ia cuma ada 2 beg udara – menjadikannya pilihan kurang menarik dengan adanya Rush/Aruz yang diberi 6 beg udara bagi semua varian.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 06

Selain itu, BR-V juga tidak dilengkapi dengan kelengkapan biasa seperti Honda LaneWatch, jangankan pula kelengkapan keselamatan aktif seperti brek kecemasan berautonomi (AEB) seperti yang ada pada duo Toyota/Perodua berkenaan.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 07

Walau bagaimanapun, Honda melengkapi N7X Concept dengan kamera LaneWatch – menunjukkan yang ia mempunyai tahap keselamatan lebih baik. Kami harap penambahbaikannya lebih lagi daripada itu.

Ruang simpanan harus lebih pintar, lebih banyak peralatan

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 08

Sistem infotainment berskrin sentuh BR-V tampak lapuk, tak seronok digunakan

Bukan Aruz/Rush sahaja yang perlu dirisaukan BR-V, namun pesaingnya Mitsubishi Xpander juga memberikan saingan yang hebat.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 09

Xpander ada banyak ruang simpanan yang memudahkan

SUV 7 tempat duduk Mitsubishi ini menewaskan BR-V dalam bermacam-macam aspek, antaranya dari segi ruang simpanan yang disediakan. Xpander mempunyai ruang simpanan tersembunyi di bawah tempat duduk penumpang hadapan dan juga lantai but dua tingkat untuk ruang ekstra yang cukup berguna untuk menyembunyikan barangan disimpan di dalam kereta.

Baca juga: 5 perincian Mitsubishi Xpander 2020 yang pasti buat anda dan si gadis jatuh cinta!

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 10

Selain dari itu, Xpander juga menawarkan ‘armrest’ tengah yang agak dalam – sesuatu yang tiada pada BR-V. Kalau nak diikutkan, Honda cukup hebat dari segi praktikaliti. Namun kali ini ia terpaksa akur dengan pesaingnya.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 11

Tiada kos tambahan diperlukan untuk Xpander

Bagi aspek kelengkapan pula, Xpander juga menawarkan kamera bersudut-pandang 360 darjah. Honda baru-baru ini mula menawarkan kelengkapan sama sebagai alatan tambahan yang boleh ditambah, namun ia agak mahal dengan tanda harga RM 3,300.

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 12

Mitsubishi Xpander pula menawarkan pemantau bersudut-pandang 360 darjah serta sambungan Android Auto dan Apple CarPlay – kedua-duanya tiada dalam Honda BR-V yang lebih mahal harganya.

Kesimpulan – BR-V memang perlukan banyak pembaharuan

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 13

Namun, masih ada beberapa kualiti yang masih ada pada BR-V, termasuklah ruang tempat duduk, rupa bentuk yang agak versatil, dan juga kecekapan minyak yang hebat walaupun ia mempunyai prestasi enjin paling tinggi dalam kelasnya.

Baca juga: Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Honda BR-V nak jadi ‘king’ semula? Ini pembaharuan patut ada pada generasi baru nanti 14

Namun, memandangkan pelanggan kini mahukan kereta lebih moden, agak merugikan jika BR-V selesa dengan hanya tiga kualiti di atas. Inilah sebabnya mengapa BR-V generasi seterusnya nanti boleh bersaing dengan lebih hebat jika ia lebih senyap, selamat, dan cukup kelengkapannya.

Baca juga: 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda