window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris?

Zamil Syaheer Ā· Nov 9, 2020 09:00 AM

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 01

Mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan kemudiannya menerima kemas kini pada tahun 2017, Honda Jazz adalah sebuah hatchback segmen B bukan nasional yang masih lagi dijual di Malaysia.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 01

Honda Jazz GK5 dilancarkan pertama kali pada tahun 2014.

Walaupun ia bukanlah model baru, adakah ia masih lagi berbaloi untuk dibeli pada tahun ini?

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 02

Model kemaskini pula diperkenalkan pada tahun 2017.

Ini adalah ringkasan tentang apa yang kami suka dan tidak suka tentang Honda Jazz. Anda boleh baca rebiu penuh kami tentang hatchback cilik ini disini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan Honda Jazz

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 01

1. Fungsi Ultra Seats memang terbaik

Walaupun ia kedengaran seperti gimik, tapi pada siapa yang pernah cuba fungsi 'Ultra Seats' ini (ia juga dikenali sebagai 'Magic Seats' di pasaran lain) ‘confirm’ boleh mengakui kegunaannya.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 02

Nak angkat barang yang tinggi? Anda boleh lipat bangku tempat duduk ke atas ('Tall Mode'). Jika anda ingin membawa barang yang panjang, anda boleh melipat tempat duduk Jazz ('Long Mode') dimana tiada hatchback segmen B di pasaran yang menawarkan fungsi sebegini.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 03

Jika jumlah but 363 liter (Yaris 286 liter je tau) tak cukup, anda boleh lipat tempat duduk di barisan kedua, mengembangkan ruang sehingga 881 liter.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 04

2. Praktikaliti interior terbaik dalam kelasnya

Berbanding pesaing rapatnya iaitu Toyota Yaris, tempat penyimpanan Honda Jazz memang betul-betul luas.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 05

Menggunakan falsafah “Man Maximum, Machine Minimum”, jurutera Honda tidak membazirkan segala inci ruang didalam kabin.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 06

Ada ruang yang lebih dari cukup untuk barang seperti telefon, kunci, kad akses, atau pembaca Smart Tag.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 07

3. Jimat minyak

Dengan enjin 1.5 liter 4 silinder petrol dan transmisi CVT Earth Dreams, Honda Jazz memberikan bacaan 5.8 liter/100km. Kami mendapat bacaan 6.7 liter/100km semasa ujian kami, dan ini masih satu angka yang mengagumkan kerana kami betul-betul ‘lenjan’ kereta ni masa rebiu.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 08

Jika anda pandu seperti biasa, kami yakin ia mampu mencapai tahap penjimatan yang lebih baik.

Keburukan Honda Jazz

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 09

1. Sistem infotaimen kurang cun

Pada mana yang ingat, Honda Jazz sebelum kemas kini dilengkapi dengan sistem infotainmen yang memaparkan tahap kegunaan minyak, bacaan yang senang dibaca, dan port USB yang disorok rapi.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 10

Sistem infotainmen pada model sebelum kemas kini, lagi baik.

Namun begitu, Honda Jazz yang dikemas kini pada tahun 2017 dilengkapi dengan sistem infotainmen yang lagi teruk. Paparan skrin susah dibaca, port USB ditempat yang kurang sesuai, dan anda tidak boleh membaca tahap kegunaan minyak.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 11

2. Penebat bunyi teruk

Walaupun interiornya praktikal, tetapi lain ceritanya dengan penebat bunyi.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 12

Menurut ujian tahap kesenyapan, Honda Jazz mempunyai kabin yang paling bising dalam segmennya. Ia mencatatkan bacaan 71 dB pada kelajuan 100 km/h. Untuk perbandingan, Mazda 2 Hatchback mencatatkan bacaan sekitar 70 dB, manakala Toyota Yaris paling senyap dengan 68 dB.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 13

Di kelajuan yang rendah pun, bunyi tayar agak kuat. Ini sedikit sebanyak mengganggu pengalaman pemanduan yang mantap.

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 14

Imej untuk model 1.5 V.

3. Model aras mula tiada kawalan stabiliti

Agak mengejutkan bukan? Masa Honda memperkenalkan Honda Jazz yang dikemas kini pada tahun 2017, model aras mula tidak menerima kawalan stabiliti. Peliknya, varian aras mula Honda City yang diperkenalkan pada tahun yang sama dapat pula.

Kekurangan kawalan stabiliti serta dua beg udara sahaja membuatkan varian aras mula Honda Jazz (RM 72,511) antara model yang paling kurang kelengkapan dalam kelas hatchback segmen B bukan nasional. Varian aras mula Toyota Yaris (RM 69,576) pun ada tujuh beg udara dan kawalan stabiliti.

Konklusi

3 Kebaikan & Keburukan: Honda Jazz, masih baloi beli ini dari Toyota Yaris? 15

Walaupun Honda Jazz sudah tua, kami masih yakin ia antara pembelian yang baik untuk tahun 2020 kerana ia menawarkan tahap praktikaliti dan penjimatan minyak yang padu.

Dinamik pemanduan Honda Jazz juga sangat mantap, walaupun pada mulanya ia tidaklah memberi anda rasa konfiden yang begitu tinggi.

Pastikan anda memilih varian teratas dan langkau varian aras mula. Harga bermula pada RM 72,511 untuk Jazz 1.5 S, RM 78,161 untuk Jazz 1.5 E dan RM 84,955 untuk Jazz 1.5 V.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda