window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9?

Zamil Syaheer · Feb 14, 2021 04:00 PM

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 01

Sebut sahaja Isuzu D-Max, akan ada dua jenis pemahaman serta kepercayaan terhadap pikap trak ini. Bagi para pemilik, mereka rasa ini adalah pikap trak moden yang paling tahan di pasaran, manakala yang lain pula merasakan ia agak kolot dan tidak stailo berbanding pesaingnya.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 02

Satu benda yang kami tak pernah sangkal adalah betapa tahan lasak dan dipercayai trak pikap ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah ketika kami diberi peluang untuk mengujinya, D-Max mengejutkan kami ketika melakukan beberapa ujian diantara trak pikap yang lebih berkuasa dan moden. Jadi apakah kebaikan dan keburukan Isuzu D-Max? Jom kita terjah.

Kebaikan Isuzu D-Max

1. Enjin 1.9 Bluepower sebenarnya padu

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 01

Dilengkapi dengan enjin 1.9 liter RZ4E-TC, mesti pengguna trak pikap dari kalangan generasi terdahulu terasa serba tak kena. Lagipun, 150 PS dan 350 Nm kendengaran agak ‘sikit’ pada zaman dimana trak pikap semua sudah mempunyai kuasa diantara 180~200 PS dan tork dalam lingkungan 450~500 Nm.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 02

Namun setelah memandunya, semua cerita mengenai trenkuasa ini ternyata bukan benar. Dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik, enjin 1.9 liter ini meluncur dengan lancar tanpa sedikit pun rasa lembab.

Ia juga senyap untuk sebuah enjin diesel. Tak percaya? Anda boleh lihat video perlumbaan drag diantara pesaing yang jauh lebih berkuasa pada akhir artikel ini.

2. Sangat jimat minyak

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 03

Kelebihan utama dengan enjin berseseran 1.9 liter adalah anda cukai jalan sangatlah murah. Berbanding Toyota Hilux Rogue 2.8, perbezaan cukai jalan adalah dalam RM 850 berbanding D-Max. Ini bersamaan dengan 5 isian penuh diesel Euro 5 untuk D-Max dengan tangki 76 liter!

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 04

Enjin 1.9 liter RZ4E-TC ini juga teramatlah efisyen. Pada ujian penggunaan minyak, ia memberikan bacaan 8.0 l/100 km. Untuk sebuah trak pikap dengan berat 1.9 ton, tiada pesaing dalam segmen ini yang mampu menandinginya.

Sebagai contoh, Mitsubishi Triton VGT Adventure X dengan trenkuasa yang moden hanya mencapai bacaan 10.5 l/100 km.

3. Tahan lasak dan kuat di off-road

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 05

Isuzu D-Max ini mempunyai aura “susah nak mati mahupun rosak” di dalam mahupun luar. Rupa eksteriornya memberi imej seperti ia sedia untuk pergi berperang ke mana sahaja, dan ia nampak lebih baik dengan kesan 'calar balar'.

Interiornya pula penuh dengan penggunaan bahan dan permukaan yang tahan lasak untuk jangka masa yang panjang.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 06

Tema lasak dan kuat ini boleh dirasai di off-road, dimana D-Max boleh melakukan apa saja yang anda inginkan dalam pelbagai jenis permukaan dan situasi. Masuk air, lumpur, bukit yang curam, batu – semua takdehal!

Keburukan Isuzu D-Max 1.9 Premium

1. Eksterior nampak biasa-biasa sahaja

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 07

Berbanding trak Ford Ranger, Mitsubishi Triton, mahupun Toyota Hilux, Isuzu D-Max nampak paling utilitarian. Tak kisahlah spesifikasi tertinggi mahupun aras pertengahan, reka bentuk D-Max bukan apa yang anda kata macho mahupun garang.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 08

Perlu ke ulang 'D-Max' dan 'Bluepower' sampai dua kali?

Tambahan pula, saya rasa sticker Bluepower pada trak pikap ini terlalu banyak. Nampak macam ‘try hard’ sangat. Tapi nak salahkan 100% pun tak boleh juga kerana reka bentuk ini sudah berada di pasaran sejak tahun 2016 dengan beberapa kemas kini.

Isuzu Malaysia, tolonglah lancarkan D-Max baru secepat mungkin!

2. Interior terasa seperti awal zaman 2010

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 09

Tema utilitarian di luaran ini juga dibawa masuk ke interior D-Max. Benar ianya tahan lasak dan mampu tahan lama, tetapi reka bentuk interior ini memang tiada seni langsung. Ergonomiknya agak baik, tetapi susun atur dalaman agak serabut.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 10

Sistem infotainment Android laju, tetapi terasa agak ketinggalan zaman.

Trim berwarna perak di tengah papan pemuka nampak macam tak kena. Kami faham Isuzu cuba untuk menaikkan seri kabin ini, tetapi ini seolah-olah macam penambahan saat terakhir yang tidak membuatkan tema kabin terasa satu.

3. Pengalaman pemanduan yang agricultural

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 11

Sebenarnya kami rasa macam tak adil nak hentam Isuzu D-Max dari segi pengalaman pemanduannya, kerana ia bukanlah trak pikap yang diberi fokus lebih dari segi pemanduan di atas jalan.

Namun begitu, pesaingnya yang lain telah berjaya mendapatkan formula yang seimbang diantara pemanduan di atas jalan dan kebolehan off-road yang agak mantap.

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 12

Bukan saja tahap kawalannya biasa saja, tetapi talaan suspensi D-Max juga agak keras dan kurang diperhalusi. Senang cerita, Isuzu D-Max ini bukanlah trak pikap yang selesa untuk pemanduan jarak jauh, sebaliknya lebih kepada expedisi off-road dan berkhemah di dalam hutan.

Konklusi

3 Kebaikan & Keburukan: Isuzu D-Max 1.9 Premium – tahan lasak, tapi 'power' ke enjin 1.9? 13

Isuzu D-Max 1.9 Premium ini tidak mencerminkan sebarang jenis ‘premium’ secara keseluruhan, tetapi jika anda inginkan trak pikap yang mampu bertahan sehingga perang zombi (harap tak berlakulah), maka inilah trak yang paling baik.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda