window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road!

Zamil Syaheer · Apr 15, 2021 05:00 PM

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 01

Tempoh hari, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mempelawa kami untuk menguji pandu Mitsubishi Triton Athlete, varian tertinggi dalam barisan keluarga Triton menggantikan Adventure X.

Pada harga RM 141,500, bezanya hanya kosmetik sahaja, tetapi apa yang menarik kali ini adalah kami diberi peluang untuk menguji betapa lasaknya Triton Athlete ini di gelanggang off-road.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, apakah 3 benda yang ‘best’ dan ‘tak best’ pasal Triton Athlete? Jom kita kupas lebih lanjut!

Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete 2021 dilancarkan - 2.4L turbodiesel, ADAS, harga RM 141k!

Kebaikan Mitsubishi Triton Athlete

1. Rupa lagi garang tanpa kemasan krom

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 01

Penggunaan warna hitam kilat pada muka depan "Dynamic Shield" jelas membuatkan Triton Athlete ini nampak lagi tangkas dan macho.

Tona warna hitam kilat ini juga dikenakan pada cermin sisi, pemegang pintu, scuff plate depan dengan reka bentuk lip baru, bampar belakang, pembuka tailgate, rim 18-inci berwarna, 'inner lens' lampu depan dan tangga sisi.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 02

Penambahan khas bagi model Athlete adalah pemesong angin tingkap (aero type window deflectors) dan stiker grafik sisi ‘Athlete’ yang agresif. Kalau Darth Vader dari Star Wars pakai pun nampak ngam habis.

2. Selesa untuk dipandu dan kabinnya senyap

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 03

Berbanding trak pikap lain, tempat sandar belakang Triton paling condong dan selesa.

Setelah diberi peluang untuk mencuba tempat duduk belakang beberapa trak pikap terkenal seperti Ranger, D-Max, dan Hilux, kami dapat rumuskan bahawa Triton mempunyai tempat duduk yang paling empuk serta sudut sandar yang amatlah selesa seperti sebuah sedan.

Ini kerana Triton adalah satu-satunya trak pikap dengan sudut condong diantara bahagian kabin belakang dengan tengah yang telahpun menjadi sebahagian daripada identiti Triton.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 04

Bukan itu saja, talaan suspensi bagi Triton ini juga cukup baik bagi sebuah pikap trak dengan ladder-frame. Ia menyerap segala lekuk dan lubang di jalan raya dengan begitu empuk.

Deruman enjin diesel juga tidak begitu kendengaran di dalam interior, dan tidak keterlaluan jika saya nyatakan Triton adalah trak pikap yang paling senyap dalam kelasnya.

3. Amat mantap dan konfiden di off-road

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 05

Saya amat terkejut dengan ‘feel’ pemanduan Triton di off-road kerana ianya amat selesa dan membuatkan anda berasa tenang, macam pandu di jalan raya.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 06

LC: locked centre differential

Sebagai satu-satunya trak dengan 4 mod pemanduan (trak lain 3 mod sahaja) dengan pilihan kerikil, pasir, keruh, dan batu – anda terasa yakin untuk meneroka dengan Triton kemana saja hala tuju yang anda ingin pergi.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 07

Radius pusingan 5.9 meter amat berguna di off-road.

Lebih mengejutkan lagi, tayar Dunlop Grandtrek A/T (All-Terrain) berukuran 265/60/18 yang standard pada Triton dengan mudahnya mengendalikan segala jenis permukaan jalan di off-road Janda Baik ini tanpa tersangkut atau hilang cengkaman.

Keburukan Mitsubishi Triton Athlete

1. Pintu belakang trak pikap masih lagi tiada strut damper

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 08

2021 bos, mana strut damper?

Dengan penambahan harga RM 3,600, kami tidak faham kenapa Mitsubishi tidak menambah strut damper pada pintu belakang Triton Athlete. Dah lah ianya begitu berat untuk dibuka mahupun ditutup. Trak pikap lain di pasaran Malaysia pun ada menatang ni.

2. Sportsbar di belakang menyukarkan akses

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 09

Sportsbar di belakang ini sebenarnya melengkapkan imej garang dan macho Triton Athlete ini, cuma ianya mengganggu akses jika anda ingin mengambil barang daripada bahagian sisi.

Dahlah Triton ini tinggi, jadi cara paling mudah ialah anda perlu panjat ke atas tayar, atau kena buka juga pintu belakang.

3. Enjin respon sedikit malas

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 10

Satu-satunya trak dengan bongkah enjin aluminium. Ianya agak senyap.

Mitsubishi Triton dikuasai oleh enjin 2.4L turbodiesel (181 PS/430 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Terdapat sikit ‘turbo lag’ pada kelajuan rendah, jadi anda perlu tekan pedal pendikit lebih.

Walaupun lebih berkuasa daripada Isuzu D-Max 1.9L (150 PS/350 Nm tork), ia sebenarnya masih “kureng” jika dibandingkan dengan Toyota Hilux 2.8L (204 PS/500 Nm tork) dan Ford Ranger Raptor 2.0L bi-turbo (213 PS/500 Nm tork).

Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete 2021 vs. Toyota Hilux Rouge: Mana satu ‘King’?

Konklusi

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 11

Kedalaman rendahan air untuk spesifikasi Malaysia ialah 700 mm (varian 4WD, roda 18 inci)

Secara keseluruhan, Mitsubishi Triton Athlete adalah sebuah trak pikap yang ‘all-rounder’ dalam pelbagai aspek. Ia mempunyai teknologi 4X4 yang canggih, trenkuasa yang baik, talaan suspensi yang mantap, dalaman yang kemas dan selesa, serta rupa yang macho.

Pemanduannya juga terasa seperti sebuah crossover. Dari segi nilai, warranti selama 5 tahun/200,000 km juga agak menarik.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton Athlete – begitu selesa dan konfiden di off-road! 12

Dari segi keburukan yang ada pada Triton ini, semua itu boleh diselesaikan dengan penukaran/penambahan aksesori ‘aftermarket’. Sama ada ia mengganggu waranti ataupun tidak kami tidak pasti, namun tiada kereta yang sempurna di dunia ini.

Juga baca: Mitsubishi Triton Athlete - pelapis L200 Storm, model trak pikap gaya hidup pertama dari Mitsubishi!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda