window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz?

Zamil Syaheer · Oct 21, 2020 05:00 PM

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 01

Tahukah anda: Toyota Yaris dan Perodua Myvi menggunakan enjin 1.5 liter yang sama? Malah, kedua enjin ini dibina di Daihatsu Perodua Engine Manufacturing (DPEM) di Sendayan.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 01

Walaupun sama, kedua enjin ini mempunyai kod enjin yang berbeza - 2NR-FE untuk Toyota Yaris dan 2NR-VE untuk Perodua Myvi. Pada dasarnya enjin ini menggunakan blok aluminium yang sama dengan penalaan yang sedikit berbeza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris menghasilkan kuasa lebih sedikit iaitu 107 PS dan 140 Nm berbanding 103 PS dan 136 Nm untuk Myvi.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 01

Jadi mengapa anda perlu membayar lebih untuk Toyota Yaris? Kerana pemanduan Yaris jauh lebih baik dan selesa berbanding Myvi yang biasa-biasa saja.

Kami telah menyenaraikan kebaikan dan keburukan Perodua Myvi dalam catatan kami yang lebih awal di sini.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 02

Berbanding pencabar utamanya iaitu Honda Jazz, Yaris lagi sedap dipandu dan mempunyai talaan suspensi yang jauh lebih padat serta selesa.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 03

Dalam rencana kali ini, kami akan menyenaraikan kebaikan dan keburukan mengenai Toyota Yaris. Ulasan yang lebih terperinci boleh didapati di sini.

Kebaikan

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 04

1. Pengalaman pemanduan yang baik

Toyota Yaris mungkin tidak memiliki banyak kuasa, tetapi ia mempunyai stereng yang sangat responsif beserta berat yang secukup rasa.

Sangat jarang sebenarnya bagi stereng elektrik terasa begitu baik, terutamanya dalam segmen sensitif harga ini. Stereng Jazz tidak begitu komunikatif dan terasa ‘kosong’ ketika dipandu.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 05

Yaris pasaran Malaysia tidak menggunakan platform TNGA terbaru Toyota (Yaris untuk pasaran Eropah / Jepun Yaris adalah model yang berbeza, tiada berkaitan) tetapi cukup menarik dan komunikatif, meletakkannya di taraf yang sama seperti Mazda 2 yang sudah tua.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 06

Transmisi CVT Yaris juga jauh lebih baik daripada Honda Jazz, tetapi masih tak boleh lawan transmisi 6 kelajuan automatik Mazda 2.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 07

2. Ciri keselamatan tahap tertinggi

Selalunya, anda  perlu membayar lebih untuk mengambil varian teratas yang dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan. Toyota Yaris hadir dengan 7 beg udara di semua varian termasuklah kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Satu-satunya ciri keselamatan yang tidak ada pada varian asas J adalah monitor titik buta dengan amaran lalu lintas belakang, dan kamera letak kenderaan 360 darjah. Sebenarna ciri keselamatan sebegini tidak diperlukan ybtyj kereta sekecil ini.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 08

Bercakap tentang monitor buta mata, kembar Yaris versi sedan iaitu Toyota Vios mengeluarkan bunyi bip yang menjengkelkan setiap kali anda menghidupkan isyarat belok, dan tidak ada cara untuk menutupnya. Bagi kami, ia agak potong stim. Nasib Yaris punya takde bunyi.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 09

3. Paling selesa dalam kelasnya

Toyota Yaris mempunyai kabin yang paling senyap di antara hatchback segmen B. Bila digabungkan dengan suspensi lembut dan lentur yang masih mengekalkan kawalan badan yang baik, ia menjadikan perjalanan sangat selesa.

Pada kelajuan 110 km/j, kabin Yaris mencatatkan 68 dB sahaja, berbanding 71 dB untuk Honda Jazz dan 70 dB untuk Mazda 2 hatchback.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 10

Posisi pemanduan Honda Jazz lebih tinggi, mempunyai talaan suspensi yang agak keras dan sokongan punggung serta paha yang lebih lemah untuk tempat duduknya. Toyota Yaris lebih mirip kereta segmen C yang lebih tinggi.

Keburukan

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 11

1. Apa dah jadi dengan ruang interior?

Walaupun Yaris ni selesa, kelemahan terbesar Yaris adalah kekurangan ruang kabin. Terdapat ruang kaki yang baik di depan dan di belakang, tetapi ruang bahu sedikit sempit. Ini bermakna Yaris lebih sesuai sebagai sebuah ‘four-seater’.

Namun masalah terbesar dengan kabin Yaris bukanlah kekurangan ruang bahu yang masih dalam had yang dapat diterima untuk segmen ini, tetapi kekurangan ruang penyimpanan.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 12

Untuk kereta hatchback sebegini, anda menjangkakan ia untuk dilengkapi dengan ruang utiliti yang banyak. Malangnya, poket pintunya kecil dan but belakang hanyalah 286 liter, jauh lebih kecil berbanding 363 liter pada Honda Jazz.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 13

Ruang utiliti yang ada tidak mencukupi untuk menyimpan barang biasa seperti kunci, kad akses keselamatan, kotak cermin mata hitam, telefon, mahupun Smart Tag.

Okay lah, Yaris masih lagi dilengkapi dengan pemegang cawan di bahagian bawah tengah dan kotak konsol tengah, tetapi ia tidak dapat menandingi betapa praktikalnya Honda Jazz.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 14

Jangan terkejut kerana Jazz mempunyai ruang penyimpanan yang jauh lebih baik daripada sesetengah hatchback kelas segmen C.

Rak stereng nya juga tidak ada pelarasan teleskopik, jadi bagi sesiapa yang tinggi ia akan menjadi sedikit mencabar untuk mendapatkan posisi pemanduan yang ideal.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 15

2. Tak cukup kuasa!

Dengan 107 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm pada 4,200 rpm, Yaris tidak berkuasa seperti Honda Jazz yang menghasilkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm pada 4,600 rpm.

Walaupun Jazz mencapai kuasa dan tork puncaknya lebih lambat daripada Yaris, Jazz juga lebih ringan. Ini bermakna Jazz  mempunyai nisbah kuasa-ke-berat yang lebih baik.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 16

Toyota Yaris mengambil masa sebanyak 12.5 saat pada ujian 0-100 km/j. Honda Jazz 1.5V pula jauh lebih pantas dengan 11.8 saat, Keduanya adalah ujian instrumen RaceLogic kami sendiri. Paling laju? Honda Jazz Hibrid dengan 10.6 saat.

Nasiblah Yaris ni jimat minyak, hanya menggunakan 7.0 liter/100 km pada pemanduan di bandar dan lebuh raya walaupun ia tidaklah sebaik Honda Jazz dengan 6.7 liter/100 km.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 17

3. Sistem infotainmen kurang padu

Sejujurnya, sistem infotainmen pada Honda Jazz pun bukanlah bagus sangat tetapi jika kami perlu memilih satu kekurangan pada Yaris ini, ia adalah head unit nya.

Grafiknya rapuh dan tiada sokongan Android Auto / Apple CarPlay. Terdapat fungsi T-Link MirrorLink tetapi pengguna cukup teruk kerana anda harus memastikan skrin telefon anda tetap menyala dan berorientasi dalam mod landskap. Anda juga boleh menghidupkan radio dengan T-Link.

Konklusi

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 18

Toyota Yaris adalah pembelian yang sangat disyorkan. Kami tidak perlu mengulas lebih lanjut mengenai pengalaman pemilikan tanpa drama dengan Toyota, semua orang tahu betapa tahannya kereta mereka. Malah rangkaian perkhidmatan selepas jualannya juga antara yang terbaik.

3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz? 19

Pada masa dulu, membeli Toyota bermaksud anda lebih utamakan nilai jualan semula dan ketahanan jangka masa panjang. Kini, Toyota mempunyai lebih nilai pembelian daripada Mazda 2 dan Honda Jazz. Ia juga sedap dan selesa untuk dipandu daripada pesaingnya.

Harga bermula dari RM 69,576 untuk model aras 1.5J, RM 75,479 untuk varian pertengahan 1.5E, dan RM 82,475 untuk varian tertinggi 1.5G. Harga termasuk pengecualian cukai SST, sah sehingga 31 Disember 2020.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda