window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita

Mersita · Sep 20, 2020 05:41 PM

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 01

Bagi jejaka bujang di luar sana, proses pemilihan kereta yang tepat selalunya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Selain daripada harga dan tren kuasa, ada juga diantara mereka yang mahukan gaya dan sesuatu yang membuatkan mereka nampak lebih menarik dan seterusnya memberikan lebih keyakinan.

Ingat, tujuan entri ini bukannya untuk merendah-rendahkan sesiapa, tapi hakikatnya masing-masing ada persepsi tersendiri tentang gaya yang memikat hati. Sesiapapun ada ‘taste’ dan citarasa tersendiri, itulah sebabnya kereta mempunyai ‘design feel’ masing-masing. Sila teruskan membaca dengan minda yang terbuka.

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 02

Gambar: zipcar.com

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Insure di AS, seramai 2,000 responden yang terdiri daripada lelaki dan wanita menyatakan yang wanita lebih tertarik pada lelaki yang memandu trak pikap (32%), kereta sport (27%), dan SUV (16%). Warna kereta yang mereka anggap paling bergaya pula ialah warna hitam (52%).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan ini pendapat umum, kami percaya wanita di Malaysia juga mempunyai persepsi yang lebih kurang sama. Berdasarkan pendapat ini, kami senaraikan beberapa kereta yang diharapkan boleh meningkatkan keyakinan si pemandu yang ingin berjumpa dengan si gadis.

1. Ford Ranger Raptor 2020

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 01

Kenderaan besar sering dikaitkan dengan keselamatan dan kestabilan, dan perkara ini secara tidak langsung mempengaruhi persepsi. Trak pikap yang penulis rasa cukup ranggi dan bergaya ialah Ford Ranger Raptor, sesuai untuk jejaka yang inginkan kenderaan utiliti yang masih ada ‘style’.

Bagi pasangan muda yang berkemampuan dan merancang untuk membina keluarga bersama-sama, trak pikap boleh jadi pilihan yang tepat. Kalau ada idea nak mulakan perniagaan kecil-kecilan bersama sambil memenuhi impian masing-masing selagi masih muda, trak pikap sememangnya praktikal. Ambil stok, jalan.

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 02

Trak pikap ini juga dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan ADAS termasuklah Autonomous Emergency Braking (AEB) with Vehicle and PedestrianForward Collision Warning, dan Lane Departure Warning and Assist (LDW). Ia juga dibina sebagai 'racing truck' dan bersaiz lebih besar berbanding Ranger standard.

Kenderaan utiliti cukup sesuai bagi gaya hidup aktif. Nak mengembara, ‘hiking’ bersama pun tak ada masalah. Dengan kebolehan ‘off-road’nya, pastinya sesi ‘dating’ anda tak terhad hanya di bandar dan pusat beli-belah.

2. Honda Civic 2020

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 03

Kereta lambang “H” yang tampak ‘sporty’ dan ranggi selalunya dikaitkan dengan Honda Civic. Tambahan pula, ruang dalaman Honda Civic 2020 adalah yang terbaik dalam kelasnya – pelbagai ruang simpanan yang praktikal, salur penghawa dingin untuk penumpang di belakang, tempat duduk selesa, dan ia juga ada Android Auto dan Apple CarPlay. Pasti mudah untuk pastikan teman anda rasa selesa sepanjang perjalanan, ditambah lagi dengan kuasa dan prestasinya - 173 PS / 220 Nm bagi Civic 1.5L turbo dan 141 PS / 174 Nm bagi Civic 1.8L NA.

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 04

Honda Civic sesuai bagi mereka yang masih muda dan mahukan kuasa dan gaya dalam pemanduan. Bagi yang melalui fasa bujang yang mahukan kereta yang cukup memuaskan hati, dan seterusnya melalui fasa perkenalan sebelum membina keluarga, kereta ini cukup padan. Honda Civic cukup sesuai mahupun bagi keluarga kecil dengan ruang simpanannya yang pelbagai. Tambahan pula, Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah antara yang terbaik!

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 05

Nak bawa anak dara orang jalan-jalan, kereta kena selamat, bro.

3. Proton X70

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 06

Pasaran SUV sememangnya besar dengan banyak pilihan. Jika trak pikap terlalu besar bagi anda, SUV cukup sesuai untuk mereka yang mahukan kereta besar tapi untuk pemanduan harian. Pengalaman penulis sendiri – mak-mak dan makcik-makcik suka betul tengok SUV, katanya lebih "selamat" dan ada "security". Antara SUV yang cukup selesa, tampak premium dengan kelengkapan hebat ialah Proton X70.

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 07

Selain daripada kebanggaan memandu kereta jenama nasional, Proton X70 juga cukup praktikal dan sesuai bagi mereka yang mahu memulakan keluarga sambil kekal bergaya. Ia juga cukup selesa dengan pemanduan yang lancar. Bagi SUV segmen C bawah RM 100 ribu, ia dikira sebagai pembelian yang berbaloi. Jika ada bajet lebih, anda boleh dapatkan varian Premium X untuk dapatkan 'panoramic sunroof'.

SUV lain yang boleh dipertimbangkan pastinya Proton X50 baharu. Tapi, bagi mereka yang betul-betul mampu, BMW X6 sememangnya SUV yang paling menarik dan mengancam.

Ekstra – Mitsubishi Xpander

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 08

Secara peribadi, penulis sangat berminat dengan MPV 7 tempat duduk iaitu Mitsubishi Xpander baharu. Rekaan hadapannya tampak moden, sasa, dan agresif - serupa dengan trak pikap Mitsubishi Triton (yang sepatutnya jadi pilihan kedua bagi kategori trak pikap di atas).

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 09

MPV 7 tempat duduk yang cukup ranggi ini bukan sahaja bergaya, ia sememangnya praktikal sebagai kereta keluarga. Mitsubishi mengatakan yang ia adalah satu-satunya kenderaan dalam kelasnya yang kerusi barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata – memberikan ruang simpanan but maksima sehingga 1,630 liter. Ia juga mempunyai ruang bawah kereta dengan ketinggian 205 mm – cukup luas bagi pemanduan selesa. Selain daripada praktikalitinya, sebagai sebuah MPV, Xpander tampak lebih menarik berbanding yang lain.

3 kereta bergaya yang memikat bagi wanita 10

Mitsubishi Xpander baharu akan dilancarkan tak lama lagi dan kami belum berpeluang untuk memandu uji dan merasa ruang dalamannya. Tapi, setakat ini, Xpander tampak cukup hebat dan memuaskan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda