window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 maut selepas kemalangan dengan Proton Preve, pemandu sempat larikan diri!

Haris ยท Aug 23, 2021 04:00 PM

3 maut selepas kemalangan dengan Proton Preve, pemandu sempat larikan diri! 01

Sebuah Proton Preve hilang kawalan dan merempuh beberapa buah motosikal dari arah bertentangan bertindak melarikan diri selepas kemalangan tersebut. Kejadian tersebut yang berlaku di Sitiawan telah meragut 3 nyawa di samping pemandu Proton Preve kini menjadi buruan pihak polis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, pihaknya telah mengenal pasti lelaki berusia 38 tahun itu dan operasi memburu telah dimulakan.

3 maut selepas kemalangan dengan Proton Preve, pemandu sempat larikan diri! 01

Menurutnya, dalam kemalangan sekitar pukul 5.30 petang itu, dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng, masing-masing berumur antara 22 hingga 29 tahun, meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Preve dan dua orang penumpang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh, manakala enam buah motosikal termasuk sebuah yang membawa pembonceng, kesemuanya pekerja kilang Sapura Energy, dari arah Kampung Acheh ke Sitiawan.

3 maut selepas kemalangan dengan Proton Preve, pemandu sempat larikan diri! 02

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan telah melanggar keenam-enam motosikal yang berada di laluan sah,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Nor Omar lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, 3 individu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 6 lagi individu berumur antara 24 hingga 48 tahun, cedera parah.

3 maut selepas kemalangan dengan Proton Preve, pemandu sempat larikan diri! 03

Seorang penumpang Proton Preve didapati positif ujian air kencing dadah jenis Methamphetamine dan kini telah ditahan oleh pihak polis.

Pemilik/pengguna Proton Preve berkenaan turut dikatakan terbabit dalam urusan penipuan jual beli.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini dan suspek agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lily Suryana Roslaili ditalian 013-6559693 bagi membantu siasatan. Kes turut disiasat di bawah seksyen 41 (1) APJ 1987.

Sosial terkini:

Honda City rentung di Cyberjaya, hilang kawalan sebelum api marak

Ada kawalan stabiliti (VSC) pun tak guna kalau anda memandu tak pakai otak!

Van KKM kemalangan langgar lori dari Kluang-JB untuk ambil vaksin, pemandu maut

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda