window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 pemandu salahguna lorong kecemasan serah diri di Balai Trafik PD, 6 masih dikesan

Mersita ยท Dec 14, 2021 06:00 PM

3 pemandu salahguna lorong kecemasan serah diri di Balai Trafik PD, 6 masih dikesan 01

Tiga orang pemandu kenderaan yang didapati menyalahgunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan trafik sesak berhampiran Lebuh Raya Seremban – Port Dickson telah menyerah diri ke Balai Trafik Port Dickson pada petang semalam bagi membantu siasatan.

Ini berikutan kejadian tular di media sosial dimana satu rakaman video berdurasi 43 saat menunjukkan aksi sembilan buah kenderaan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Aidi Sham bin Mohamed berkata tiga orang pemandu yang telah hadir ke balai polis semalam ialah pemandu kereta Proton Wira (NAV 7907), Perodua Myvi (VBB 1806), dan Proton Gen2 (CBS 5433).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing berusia 57 tahun, 46 tahun dan 36 tahun. Masing-masing bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

3 pemandu salahguna lorong kecemasan serah diri di Balai Trafik PD, 6 masih dikesan 01

Dengan kehadiran tiga orang pemandu ini, pihak polis masih lagi mengesan enam pemandu/pemilik kenderaan yang terlibat dalam kes tersebut iaitu:

1. Proton Ertiga (JSU 7346)

2. Perodua Axia (NDF 1629)

3. Proton Saga (ALR 7776)

4. Toyota Hilux (JLV 7267)

5. Proton Iswara (NBM 1706)

6. Mitsubishi Triton (MBG 3678)

“Siasatan akan dijalankan bawah Sek 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” tambahnya lagi.

Baca juga: Nak pergi bercuti tapi otak di lutut, 9 kenderaan guna lorong kecemasan diburu polis!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda