3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams!

Mersita · Apr 12, 2021 07:00 PM

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 01

Honda Malaysia hari ini menutup tirai Kempen 1 Million Dreams dengan upacara penyampaian hadiah kolaborasi jenama 1 Million Dreams Honda dengan rakan jenama mereka iaitu CUCKOO, Shopee dan Watsons.

Acara terakhir bagi kempen yang telah berlangsung selama sebulan ini menyaksikan penyampaian model Honda 1 Million Special Edition kepada tiga pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang sedan Honda City serba baru, SUV HR-V, dan juga BR-V.

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 02

Honda City serba baru berjaya dimenangi oleh Cik Megawati bt. Affendi (disampaikan oleh CUCKOO), Honda HR-V oleh En. Muhammed Faisal Adnan (disampaikan oleh Shopee), dan Honda BR-V pula dibawa pulang oleh En. Mohd Aisamuddin b. Mohd Azilah (disampaikan oleh Watsons).

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 01

Sebanyak tujuh model 1 Million Dreams Special Edition direka khas bagi meraikan kejayaan jualan unit kesejuta oleh Honda Malaysia.

Ketujuh-tujuh model ini dihiasi perincian unik seperti badan luaran dwi-tona, kemasan merah pada bahagian hadapan, perumah cermin sisi dengan garisan ‘sporty’ merah, rim aloi hitam-merah, dan lencana 1 Million Dreams Signature pada kedua-dua belah fendernya.

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 02

Di dalam ruang kabinnya pula, sarung kerusinya dihiasi perincian timbul 1 Million Dreams bagi kerusi pemandu dan penumpang hadapan manakala sterengnya pula mempunyai kemasan jahitan benang merah serta garisan tengah merah yang menaikkan seri ruang kabinnya.

Sarung kunci kulit istimewa 1 Million Dreams Signature juga disertakan sekali. Kesemua model ini cukup unik dan satu-satunya dihasilkan bagi pemenang-pemenang bertuah kempen ini.

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 03

Lebih menyeronokkan, Honda Malaysia juga mengumumkan unit model kesejuta yang dihasilkan syarikat itu iaitu sebuah Honda Civic milik En. Ahmad Sirwan b. Mat Tuselim. Honda Malaysia bersama-sama CUCKOO, Shopee, dan Watsons menghadiahkan beliau saguhati bernilai lebih RM 8,000 sebagai tanda penghargaan untuk pemilik Honda kesejuta di negara ini.

3 pemenang bertuah bawa pulang Honda City, HR-V dan BR-V edisi 1 Million Dreams! 04

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Honda Malaysia, Cik Madoka Chujo mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, pelanggan Honda, rakan-rakan media, serta rakan jenama atas sokongan yang diberikan keatas pencapaian bersejarah Honda Malaysia ini.

Tahniah kepada semua pemenang model Honda 1 Million Dreams Special Edition!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru