window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5

Faisal · Jun 26, 2021 04:00 PM

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 01

Nissan X-Trail facelift yang hadir pada tahun 2019 telah perbaiki beberapa rungutan yang ada pada model pra-facelift. Antaranya seperti bilangan beg udara yang terhad kepada dua sahaja walaupun pada varian teratas. Bagi menebus kesilapan tersebut, Nissan telah mendatangkan ciri ADAS Nissan Intelligent Mobility.

Juga bacaKebaikan dan Keburukan Nissan X-Trail – SUV yang sebenarnya bagus dari sangkaan

Kemaskini yang sangat diperlukan itu telah melengkapkan lagi pakej yang ada pada Nissan X-Trail untuk bertarung di pasaran SUV segmen C. Namun begitu, ia masih tidak dapat mencuri hati rakyat Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 01

Jadi, apa yang tak kena? Apa yang perlu diperbaiki lagi supaya ia memperolehi daya kompetitif yang sama seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5?

1. Reka bentuk yang lebih mengancam

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 02

Reka bentuk Nissan X-Trail sememangnya tiada isu bagi kami. Cumanya, ia tidak menarik seperti Mazda CX-5.

Begitu juga pada bahagian dalamnya. Walaupun susunan kabin dan kawalan butangnya begitu ergonomik, penampilannya sendiri seperti tiada seni.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 03

Reka bentuk Honda CR-V juga tidaklah menarik sangat tapi sekurang-kurangnya ruang yang ada cukup memukau. Mazda CX-5 pula jelas lebih mewah.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 04

Melihat kepada Nissan X-Trail 2021 serba baru yang telah didedahkan di Amerika dan China, tidak dinafikan bahawa ia nampak sejuta kali ganda lebih menarik daripada model yang ada di pasaran kita sekarang.

Juga bacaNissan X-Trail serba baru ditayangkan di Shanghai Auto Show 2021! Cukupkah 3 silinder saja?

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 05

2. Trenkuasa yang lebih hebat

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 06

Aspek prestasi dan penjimatan minyak buat enjin petrol aspirasi natural yang ada pada Nissan X-Trail sebenarnya agak sederhana. Walaupun varian hibrid turut ditawarkan, kedudukan varian tersebut sebenarnya tidak begitu selari dengan pesaingnya.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 07

Kebanyakan pihak lawan yang menggunakan enjin turbo ataupun format enjin yang sama sekalipun tetap menghasilkan lebih kuasa. Dipadankan pula dengan transmisi CVT, pengalaman memandu Nissan X-Trail sebenarnya tidak memberikan sebarang isu. Cumanya, ia terasa membosankan.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 08

Untuk maklumat anda, Nissan X-Trail 2021 yang sudah ada di China dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo 3 silinder (204 PS, 300 Nm tork) yang dipadankan juga dengan transmisi CVT. Kuasa sebanyak ini pasti akan menimbulkan rasa teruja.

Juga bacaBukan 8AT, Nissan X-Trail generasi baharu guna transmisi CVT dengan 8 gear maya?

3. Susunan tempat duduk di baris ketiga

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 09

Bagi anda yang belum tahu, Nissan X-Trail adalah sebuah SUV dengan 7 tempat duduk tetapi baris ketiga hanya boleh memuatkan kanak-kanak dan remaja sahaja.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 10

Senang cerita, posisi kerusinya membuatkan kami rasa sempit dan tidak selesa langsung. Dengan tiada corong penyaman udara yang khusus, penumpang di baris ketiga boleh rasa seperti di dalam sauna.

Bagi kami, tawaran 7 tempat duduk sememangnya meningkatkan daya kompetitif tetapi kalau nak buat, biarlah betul-betul. Bak kata pepatah, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Antara contoh terbaik yang kami boleh berikan dari segmen ini ialah Mitsubishi Outlander.

Konklusi

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 11

Sejujurnya, Nissan X-Trail tidak mempunyai banyak isu. Masalahnya, ia tidak berapa menarik.

Menariknya, Nissan X-Trail adalah satu-satunya SUV di segmen C yang menawarkan trenkuasa hibrid. Tetapi perkataan ‘hibrid’ sendiri dianggap sebagai “cari penyakit” buat kategori pembeli di kelas ini. Jadi, ia tetap tidak membantu.

3 perkara yang wajib Nissan X-Trail perbaiki untuk tapau Honda CR-V dan Mazda CX-5 12

Bagi kami, produk di zaman yang serba mencabar ini perlu menangkap jiwa pembeli terlebih dahulu, tidak kisahlah dari segi reka bentuk ataupun trenkuasa sekalipun. Melihat kepada Nissan X-Trail 2021 generasi baru, ia pasti mendapat sambutan yang jauh lebih menggalakkan. Apapun, trenkuasa yang bakal ditawarkan di Malaysia masih menjadi tanda tanya.

Juga bacaNissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda