window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Haris · Dec 23, 2020 10:00 AM

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 01

Selepas 3 generasi yang cemerlang dalam pasaran Malaysia, Honda Jazz bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasaran ini. 

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hal ini kerana Honda Jazz tidak lagi akan ditawarkan di pasaran ASEAN. Ruang kosong tersebut akan digantikan oleh Honda City Hatchback yang baru sahaja dilancarkan pada bulan November 2020 di Thailand.

Rekaan yang lebih radikal

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 01

Tidak dapat dinafikan, rekaan Honda Jazz dari generasi ke satu generasi memang sangat menarik.

Namun, generasi ke 4 Honda Jazz menampilkan rekaan yang jauh berbeza. Lebih melengkung dan bulat berbanding rekaan generasi sebelumnya yang agresif.

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 02

Honda berpendapat rekaan sebegini tidak sesuai dengan citarasa pasaran membangun seperti Asia dan Amerika Selatan. Malah hingga ke suatu tahap, Honda sendiri terpaksa membuat kemaskini kecil ke atas rekaan pada Honda Jazz GR/GS pasaran Jepun.

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 03

Pasaran maju lebih cenderung terhadap rekaan yang minimal dan kemas. Lihat sahaja trend rekaan yang dibawakan oleh jenama seperti Uniqlo, Muji dan Ikea. Ketiga-tiganya tampil kemas dan minimalis, sesuatu yang kurang menarik minat pembeli negara yang ada lebih 2 buah kereta untuk 1 isi rumah.

Honda City Hatchback tawar kos yang lebih rendah

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 04

Honda sangat mengambil berat pasaran Malaysia. 

Trend Honda dalam 15 tahun belakangan ini menyaksikan sesetengah generasi model Honda menerima penurunan harga berbanding jenama lain yang menaikkan harga bagi model generasi baharu.

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 05

Sukar dibezakan dari hadapan

Pemilihan Honda City Hatchback menawarkan lebih penjimatan kepada Honda dengan hampir separuh badan boleh didapati dari pembekal yang sama dengan spesifikasi yang sama. 

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 06

Dari segi pembuatan, langkah ini adalah suatu langkah yang sangat bijak. Lebih menjimatkan lagi, rekaan dalaman seperti papan pemuka juga boleh dibekalkan oleh satu pengilang

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 07

Tiada perbezaan

Penjimatan ini dibawa ke hujung rantaian bekalan dan menjadi pengurangan kos untuk pelanggan. Tidakkah anda mahu model hatchback Honda yang lebih murah berbanding model sebelumnya?

Ikut jejak langkah pesaing

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 08

Perkongsian antara model hatchback dan sedan telah menjadi trend pengeluar.

Malah, Toyota telah menyempurnakan strategi ini. Toyota Yaris dan Toyota Vios kedua-duanya berkongsi platform dan rekaan yang mirip pada bahagian hadapan tetapi bahagian belakangnya adalah berbeza.

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 09

Proton juga menggunakan platform Proton Iriz (dengan sedikit tambahan) untuk membangunkan Proton Persona generasi baru (BH).

Formula yang dibawakan oleh Toyota sangat berjaya. Model Toyota Yaris sudah pun merampas takhta Honda Jazz sebagai hatchback segmen B paling laris di Malaysia. Honda dilihat akan menggunakan taktik yang sama untuk memberi saingan kepada Toyota Yaris.

Kesimpulan - Citarasa atau terkini?

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 10

Honda Jazz masih dijual, menanti saat-saat akhirnya dalam pasaran Malaysia. 

Bagi mereka yang masih mengidamkan praktikaliti Honda Jazz, anda boleh menemui aspek tersebut pada Honda City hatchback. Tempat duduk ULTRA Seat turut ditawarkan dalam Honda City hatchback.

3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia! 11

Belum ada sebarang khabar rasmi untuk kehadiran Honda City Hatchback di Malaysia. Walaubagaimanapun, jangkaan awal untuk model ini tiba adalah dalam tahun 2021.

Jadi, adakah anda setia pada Honda Jazz atau sudah menemui kekasih baru dengan Honda City hatchback?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda