window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia!

Haris ยท Sep 2, 2022 06:00 PM

3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia! 01

Chery Malaysia telah mengumumkan bahawa laman web rasmi mereka kini telah dibuka untuk akses orang awam. Penghasilan laman web dengan domain berakhir dot my ini menunjukkan komitmen Chery untuk menawarkan produk keluaran mereka ke pasaran Malaysia. 

3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia! 02

Boleh diakses melalui www.chery.my, laman web tersebut menyenarikan 3 model pada muka hadapan utama iaitu Omoda 5, Chery Tiggo 8 Pro dan Chery Tiggo 7 Pro. Pengguna kini boleh malayari laman web berdasarkan pautan di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai barisan SUV Chery ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Kenderaan CBU China makin dapat perhatian, Chery jadi pengeluar automotif pertama eksport 50,614 unit global!

3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia! 01

Menurut Chery lagi, penghasilan laman web ini membenarkan prospek pelanggan di Malaysia untuk melihat terlebih dahulu spesifikasi yang didedahkan sebelum melakukan pembelian.

Ketika ini, maklumat yang disenaraikan masih terhad kepada falsafah rekaan, sedikit ciri-ciri yang bakal ditawarkan serta pakej bantuan pemandu termaju (ADAS) yang akan melengkapi SUV masing-masing. 

Satu ciri yang dilihat dikongsikan serta mungkin merupakan ciri unik jenama ini adalah bumbung suria pada ketiga-tiga SUV. Ciri ini boleh jadi faktor beli-atau-tidak yang utama bagi pengguna di Malaysia beriklim tropika.

Perincian harga masih belum didedahkan dan menariknya, ketiga-tiga SUV yang disenaraikan bertembung secara langsung dengan model Proton X50, Proton X90 dan Proton X70. Adakah harganya juga mensasarkan 3 model itu kelak?

Baca: Tempahan Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro di Indonesia dibuka, waranti 10 tahun / 1 juta km!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda