3 tahun menabung duit syiling, pekerja kaki lima beli Toyota Rush RM 80k secara tunai!
Faisal ยท Sep 30, 2021 01:00 PM
0
0
Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual di kaki lima sekitar kota Makassar, Indonesia berjaya membeli Toyota Rush secara tunai dengan hanya menggunakan duit syiling. Hasrat yang disimpan sejak tahun 2018 itu menjadikan beliau nekad untuk menabung wang hasil jualannya.
Menurut penjual itu, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling hasil pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya.
Penjual tersebut, Encik Asriadi Syamsuddin berkata, “Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta Rupiah.”
Menurut pihak bilik pameran Toyota yang beliau berurusan, mereka tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.
Apapun, para pekerja di sana telah membantu Encik Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli Toyota Rush idamannya.
Jurujual Toyota, Puan Nur berkata, “Encik Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta Rupiah (~RM 79,269) untuk membolehkannnya memiliki kereta Toyota Rush.”
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.